Guru dibebaskan tuduhan edar gambar lucah

Monday, January 26, 2015

Guru dibebaskan tuduhan edar gambar lucah

Seorang guru bahasa Inggeris hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini daripada pertuduhan mengedar gambar lucah kepada seorang remaja, lima tahun lepas.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki membuat keputusan itu terhadap C. Shanmuga, 35, selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

"Sehubungan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan serta wang jaminan dipulangkan,"kata Namirah.

Mengikut pertuduhan, guru berkenaan didakwa mengedar gambar lucah kepada remaja itu yang berumur 21 tahun, di Jalan GU 3/10, Taman Garing Utama, Rawang di sini antara 21 hingga 27 April, 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 293 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni manakala Shanmuga diwakili peguam Haresh Mahadevan. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI