Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan

Thursday, January 22, 2015

Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan

 "Ini perbuatan mengaibkan dan tidak bertanggungjawab. Pengurusan akan ambil tindakan terhadap pihak terbabit."

Itu pendirian Johan Aziz, komposer dan pengurus kepada penyanyi Zamani Slam berikutan tindakan pihak tertentu yang merakam dan menyebarkan video penyanyi itu yang bergari dan dipaksa menyanyi.

Johan yang dihubungi berkata, perkara itu sudah diserahkan kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

"Memang saya takkan berdiam diri. Saya sudah berbincang dengan peguam dan minta dia jalankan tugas untuk meneliti perkara ini.

"Kalau dapat dibuktikan perkara itu, kita akan teruskan dan ambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan," katanya yang menguruskan Zamani sejak 1994.

Penyebaran video berdurasi 1 minit 23 saat pada hari ini yang menunjukkan Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 44, duduk dalam keadaan bergari dan dipaksa menyanyi dalam balai polis mencetuskan kemarahan kepada orang ramai.

Berikutan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan kepada individu yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman berkenaan.~ Metro

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI