Rozana Misbun terima hak penjagaan tiga anak penyanyi Rock Awie

Thursday, January 15, 2015

Rozana Misbun terima hak tiga anak

Kuala Lumpur: Hak penjagaan tiga anak penyanyi Rock Awie kini diserahkan kepada isterinya, Rozana Misbun selepas Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam membatalkan perintah hak penjagaan anak sementara sebelah pihak (ex-parte) yang sebelum ini diperoleh Awie.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rozana, 37, untuk mengetepikan perintah itu.

Susulan itu, semua kes yang berkaitan termasuk hak penjagaan kekal yang difailkan Awie dibatalkan.

Rozana Misbun

Justeru, mahkamah memerintahkan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, membayar kos mahkamah RM5,000.

Terdahulu, dalam penghakimannya Mohd Amran berkata, selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah berpuas hati Awie tidak tinggal di Wilayah Persekutuan ketika membuat permohonan penjagaan anak sementara ex-parte di Mahkamah Tinggi Syariah, Julai tahun lalu.

Sebaliknya, dia menggunakan alamat permastautinan seperti tercatat dalam kad pengenalannya di Ukay Perdana, Ampang, Selangor.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI