Intan Sarafina Selamat Berkahwin

Saturday, October 18, 2008


Penyanyi Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya, 27, selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Iskandar Ezzahuddin Dr. Ahmad Zulkifli, 32, di kediaman keluarganya Villa Laman Tasik Bandar Seri Permaisuri di sini semalam ( 17 Oktober 2008 )

Pasangan pengantin yang mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos lalu kelihatan secocok dan anggun memakai baju berwarna putih ketika upacara akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah dan Rujuk Masjid Saidina Othman Bandar Tun Razak, Mohamad Afandi Che Harun.

Dengan sekali lafaz, Iskandar Ezzahuddin sah menjadi suami kepada Intan Sarafina yang turut menerima mas kahwin RM80 beserta wang hantaran sejumlah RM15,000.

Rombongan lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang digubah cukup menarik dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Intan dan suaminya memilih untuk melangsungkan akad nikah dengan hanya disaksikan oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat sahaja.

Sejurus selesai majlis akad nikah yang dinanti-nantikan oleh pasangan pengantin dan semua tetamu, Intan mengakui terharu dan gembira dengan kelancaran majlis pernikahannya serba sederhana itu sambil menyatakan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.

Oleh AQMAR ALLADAD

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI