Lirik Bicara Neguran - Phlowtron

Wednesday, October 08, 2008

Intro:-
Kuala Lumpur!!!…
Tiba masanya untuk Phlowtechanology!
Andika! Khazanah! Alia! Ulat bulat!
Phlowtron!!!…

Khazanah:-
Jika dunia ini hanya sementara
Seumpama sutradara manusia boneka
Layar lara, satu ketika kisah yang membara
Gadis dara yang dilanda dilema
Sandera rencana, matanya hanya pada yang kaya
Jangan lupa! Pengorbanan dan pencabulan diri
Maksudnya berbeza jauh berbeda
Jadi pabila caramu dibubar oleh kiasan Khazanah
Ku hanya menyatu kamu dengan intisari rizab Malaya pusaka
Jika ghairah dengan hiasan dunia semata-mata
Tiada gembira tiada bahagia
Jika mukadimah cara hidup mata duitan
Suci daranya tiada sinarnya

CHORUS:-
Dilema!
Kau fikirkan dua
Cahaya!
Dimanakah ia?
Sepinya!
Yang kau sangka
Sinarnya!
Mengabur mata

Alia:-
Mengapa?

Andika:-
Masihkah kau tertanya-tanya arah tuju dan haluan?

Alia:-
Siapa?

Khazanah:-
Kau menyambut kembali binasa hati tak berkeruan

Alia:-
Yang menghancur diri jadi buka mata,
Terima gemar irama wahai adinda,
Dunia hanya sementara dua rupa,
Asal –usul tradisi di lupa sahaja,
Kebahagiaan mu akan hadir jua,
Jika kau lupakan pastinya kan bersua,
Hapuskan nafsu yang menodai jiwa mu,
Biarlah pergi beban dari bahumu

CHORUS:-
Dilema!
Kau fikirkan jua
Cahaya!
Dimanakah ia?
Sepinya!
Yang kau sangka
Sinarnya!
Mengabur mata

Andika:
Kebahagiaan jelas di hadapan mata,
Yang buruk sah dipilih sungguhpun yang baik nyata,
Asal usul tradisi dilupakan saja,
Bukalah mata, wahai adinda,
Kaulah pemberi nyawa kurniaan yang indah,
Pada kau hanya yang lacur diberi endah,
Sederet emas-emasan yang tak sudah,
Tidakkah kau lihat wajah-wajah memandang rendah,
Harga dirimu hanya sekecil talam,
Sebenar-benar dirimu dibiar karam,
Sungguh jarang kau tatang cahaya malam,
Jangan biar jiwamu berkecai sehalus garam,
Waktu-waktu yang lalu tak mungkin kembali,
Bagai jagung hangus kau mereka diri,
Kini masanya kau menyoal akan diri,
Tidak pernah lewat tuk hidupmu kembali abadi

CHORUS:-
Dilema!
Kau fikirkan jua
Cahaya!
Dimanakah ia?
Sepinya!
Yang kau sangka
Sinarnya!
Mengabur mata

OUTRO
Jangan ragu –ragu…. Phlowtron sudah tiba
Khas buat orang-orang kuatku
Battalion Sabah, Sarawak
Seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura
Satu dunia

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI