Pengakuan Memey Suhaiza

Thursday, January 15, 2009

Memey Suhaiza
Kehadiran Mohamed Norhakim Zaidon, 32 atau Norman Hakim dalam hidup pelakon muda, Suhaiza Suhaimi, 20, atau Memey pada masa yang tepat kerana ketika itu Memey sedang terumbang-ambing mencari dahan untuk berpaut selepas dia mengambil keputusan keluar dari rumah keluarga Darling Ngasri.

Dengan niat di hati untuk berdikari, tidak lama selepas itu Memey mendapat tawaran daripada Skop Productions Sdn Bhd untuk berlakon dalam drama Pasrah. Drama itu turut dilakonkan Norman Hakim.

Daripada perkenalan sebagai rakan sekerja akhirnya mereka dikatakan menjalin cinta.

Pun begitu kala ditanya, sama ada Memey atau Norman, mereka menafikan sekeras-kerasnya. Bagaimanapun, penafian mereka menimbulkan persoalan yang tidak terjawab sehingga kini apabila mereka ditangkap khalwat di pejabat Norman di Ukay Perdana, 30 Oktober lalu.

Sejurus kejadian itu, Memey terus menghilangkan diri. Kini selepas hampir dua bulan Memey muncul semula di tengah-tengah masyarakat. Namun pendirian Memey tetap tidak berganjak yang hubungannya dengan Norman hanya sekadar kawan.

Pada pertemuan dengannya selepas kemunculannya dalam program Wanita Hari Ini di TV3, kelmarin, bicaranya kelihatan matang daripada usianya. Susunan dan pemilihan bahasa yang digunakan juga terlalu berhati-hati.

Barangkali sebelum Memey mengambil keputusan untuk menonjolkan dirinya semula, dalam masa persembunyian itu Memey sudah bersedia menjawab apa juga soalan yang bakal diajukan kepadanya. Tutur katanya seperti membaca apa yang tertulis pada skrip.

Puas diasak dan didesak namun Memey tetap mengatakan dia dan Norman tiada hubungan istimewa walaupun tanpa berselindung dia memuji kebaikan lelaki itu.

"Bukan mudah untuk menghadapi dugaan ini. Selama ini orang mengatakan saya bersembunyi, sebenarnya saya minta pandangan mereka yang berpengalaman macam mana menangani kejadian tidak dijangka itu. Antara pandangan itu, ialah lebih baik saya berdiam diri buat seketika sehingga keadaan reda sedikit.

"Saya mengakui tertekan dengan apa yang berlaku. Masyarakat meletakkan saya sebagai pesalah utama dalam keruntuhan rumah tangga Norman dan kak Abby. Saya tidak minta perkara itu berlaku namun siapa dapat menahan kehendak Allah Taala. Jadi selepas kejadian itu lebih baik saya menghilangkan diri seketika kerana tidak mahu keadaan semakin menjadi keruh.

"Demi mencari semula semangat yang sudah hilang, saya amat memerlukan sokongan keluarga. Alhamdulillah emak dan ayah banyak memberikan sokongan. Sebagai anak, sejak tinggal di KL (Kuala Lumpur) setiap gerak-geri saya beritahu kepada emak supaya beliau tidak susah hati dan tahu ke mana saya pergi.

"Saya juga beritahu keluarga yang saya berkawan dengan Norman dan selalu ke pejabatnya untuk membantunya menguruskan pentadbiran syarikatnya. Di samping itu saya turut belajar mengenai perniagaan. Sebab itulah kalau tiada penggambaran drama saya selalu ke pejabatnya.

"Tetapi malang nasib saya apabila tiba-tiba pada awal pagi 30 Oktober kami ditangkap khalwat. Dalam keadaan panik saya masih sempat menghubungi emak dan beritahu apa yang berlaku.

"Emak tidak terkejut kerana dia tahu yang saya selalu berada di pejabat Norman atas urusan kerja dan minta saya banyak bersabar.

"Sungguhpun begitu, kes ditangkap khalwat itu memang mengaibkan saya dan keluarga apatah lagi ditangkap khalwat dengan suami orang. Tetapi hendak buat macam mana, perkara sudah terjadi. Mujur selepas kejadian itu selain keluarga, Norman sendiri banyak memberikan nasihat kerana dia lebih tahu hebatnya cabaran menjadi anak seni.

"Sebelum itu pun saya tengok Norman lelaki yang baik, bijak dan sangat mengambil berat. Sikapnya itu berterusan sehingga kini dan kami selalu juga berjumpa. Dia banyak memberi semangat kepada saya," katanya.

Memey mengakui dia sedia maklum latar diri Norman yang pernah bercerai dengan Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 31, dua tahun lalu dan juga puncanya. Bagaimanapun, kata Memey itu semua kisah lama Norman dan pengalaman hidup aktor itu.

"Saya dengan Norman pun bukannya ada hubungan serius. Walaupun ditangkap khalwat kami tidak pernah berbincang untuk berkahwin. Masih banyak yang saya perlu kejar dalam bidang lakonan dan ingin terus mengembangkan bakat yang ada. Biarlah orang hendak kata apa kerana itu hak mereka untuk menilai tetapi saya ada matlamat sendiri.

"Dalam memburu impian dalam bidang seni, saya tersungkur dan sekarang mahu bangkit semula mengutip sisa harapan untuk menjadi insan berjaya. Oleh demikian, saya terpaksa ketepikan dulu soal hati dan perasaan. Apa pun saya minta maaf kepada masyarakat di atas apa yang terjadi. Saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada ujian Allah," katanya.

Profil

NAMA: Suhaiza Suhaimi

NAMA KOMERSIAL: Memey

TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988

ASAL: Kota Tinggi, Johor

KELUARGA: Anak ketiga daripada enam beradik

PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Tenggaroh A, Kota Tinggi, Johor

DRAMA: Graduan, Elit, Pasrah, Dunia Baru 3, Roda-Roda Kuala Lumpur,

Tragedi Oktober, Lara Rindu Mahsuri dan Farah Syakira.

PROGRAM TV: Pengacara Diari Anak Seni (RTM)

Oleh Nor Akmar Samudin

10 Komen:

Anonymous said...

ala, memey kau tapaya tunjuk baik ah! kau da tau tu laki orang, pehal kau still na kawan dgn dye! esh, mmg tatao malu tul kau nee! satu family muke tatau malu!! wey, pikir prasaan org laa! satu ary nti norman akn uat alek kat kau ape yg dye da uat kat abby!

orang TENGGAROH,MERSING JOHOR said...

Sekolah Menengah Kebangsaan Tenggaroh A NOT at KOTA TINGGi but at MERSING..kenapa malu sangat nak mengaku orang Mersing..aku bangga je..blah ar memey...geografi xlulus ke ape??ko yang buat malu nama sekolah jer..

Izza-Crystal on 31 January 2009 at 19:04 said...

kalu dulu i like this gurl..coz lakonan nyer bagus....but now, im really hate her...pengakuan yg sudah terang lagi nk bersuluh...

Anonymous said...

weh x yah cite banyak ar..da name pun pelakon pandai2 ar susun ayat cantek nak ckp diri tu x brsalah..memalukan kaum hawa je..sedar ar diri tu sikit da la budak mentah..kalau norman tu baik mesti dia xkan buat Abby mcm tu..xdpt memang ar baik cuba da dpt nasib kau sme gak cam Abby..Abby lagi kenal suami die dari kau..pompuan tak tau malu!!!

ISLAMIC CENTER said...

BUZZ!!! JGN LAH NAK CKP SUME TU KETENTUAN ILAHI CZ TUHAN XN MENGANIAYA MAKHLUKNYA TAU X.XTAU CKP PSL AGAMA JAGN CKP!!INGAT, YANG BAIK DATANG DARI NYA YANG BURUK DATANG DARI DIRI KAU SENDIRI!MERUNTUHKAN MASJID ALLAH BESAR DOSANYA!!!TERUTAMA BERMESRA DENGAN SUAMI ORANG.BUKAN MUHRIM BEB!!!

Anonymous said...

yang buruk pon datng dr Allah, tapi disampaikn melalui kekurangan dn kekhilafan kita semua sebagai hambaNya..
siapalh kita untuk menghukum...

Anonymous said...

pelikla korang ni...korang pulak beriya2 marah tak tentu hala..ada dpt hadiah ke..lantak dia la nak kawan suami org ke, bapak org ke,..korang yg mengumpat kat cni lagi banyak dosa drpd dia tau tak..bertaubatlah...

nuraizad bin md jadi said...

wassalam

Anonymous said...

kalau rasa tak runtuhkan rumahtangga org knp pertontonkan gaya manja kau kat org berpeluk dgn norman.mmgkah kau ni x malu ,memalukan kaum perenpuan aje ,dari kau buat mcm tu bail kau jadi gro aje .lakunan kau pun buat orag memaki kau buat apa.kau bukan lawa pun .satu masa kalau kau kawin dgn norman aku rasa x lama setahun aje

Anonymous said...

bawak2 lah tawbt nak rebut laky owg tooooooooo....cantk ag abby ar.....

Post a Comment

 

ZONFINITI