Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada 12 Januari depan bagi membuat tuntutan terhadap empat perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Pada perhimpunan ‘Grand Final’ itu peserta akan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berkaitan.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, perhimpunan itu diadakan susulan daripada Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi tidak dilayan kerajaan.
Menurutnya, selain perhimpunan ‘Grand Final’ berkenaan, pelancaran perhimpunan kebangkitan rakyat akan berlangsung di Seremban pada 3 November ini.
“Pada awalnya perhimpunan besar-besaran itu dijangkakan pada 3 November tetapi atas alasan tertentu ia akan diadakan pada 12 Januari 2013 sekiranya Pilihan raya belum berlangsung.
“Pada perhimpunan itu peserta akan memakai baju kuning sebagai tuntutan Pilihan raya bersih dan tuntutan Bersih 3.0, (warna) hijau tuntutan terhadap penjagaan alam sekitar termasuk mengenai projek Lynas, merah menuntut royalti minyak di Kelantan, manakala oren tuntutan berkaitan Felda," katanya sempena ucaptama Konvensyen PR Peringkat Pahang, di Bukit Sekilau di sini, semalam.
Katanya, tujuan pemakaian baju empat warna itu agar segala tuntutan yang dilakukan pada perhimpunan itu akan ditunaikan.
“Mengenai lokasi, kita akan memilih sama ada di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Merdeka seperti yang pernah dijanjikan Perdana Menteri dan jika tidak dibenarkan perhimpunan akan diteruskan di luar stadium,” katanya.
Beliau berkata, perhimpunan kebangkitan rakyat bukan sahaja akan dilakukan di Seremban tetapi akan diadakan secara berperingkat mengikut lokasi atau zon dan seramai sejuta penyokong disasarkan.
Hadir sama, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan pemimpin PR yang lain serta seramai 630 peserta hadir menjayakan konvensyen itu.
Sementara itu, Mohamad Sabu berkata, bukan mudah untuk menentang Umno yang mempunyai banyak agenda.
“Kita sebenarnya mempunyai harapan besar untuk menggantikan kerajaan sekarang dan menjadikannya sebagai kerajaan persekutuan PR,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan. ~ SH