Pingat emas pertama Malaysia lebur, gagal ujian dadah

Tuesday, September 30, 2014 0 Komen

Pingat emas pertama Malaysia lebur, gagal ujian dadah

Nasib malang bagi pasukan Malaysia di kejohanan Sukan Asia ke-17 di sini apabila Majlis Olimpik Asia (OCA) menarik balik pingat emas pertama yang dimenangi menerusi atlet wushu wanita Tai Cheau Xuen kerana beliau didapati gagal ujian dadah.

Menurut kenyataan pihak penganjur, ujian sampel air kencing Cheau Xuen yang dilakukan pada 20 Sept selepas pertandingan mendapati ia mengandungi Sibutramine iaitu bahan terlarang dalam Senarai Larangan Agensi Anti Doping Sedunia (Wada) 2014.
   
Selepas dilakukan proses mengikut peraturan dan prosedur OCA, ditentukan bahawa hasil dapatan itu merupakan pelanggaran peraturan antidoping, katanya.
   
"Sehubungan itu sekatan telah dikenakan. Peserta dibatalkan daripada pertandingan selain kejohanan dan kelayakannya turut dibatalkan sementara pingatnya ditarik balik," kata OCA.
  
Menurut OCA, hasil penemuan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa   negara peserta berkenaan, persekutuan antarabangsa sukan tersebut (Persekutuan Wushu Antarabangsa Asia) dan Wada untuk tindakan lanjut.
   
Katanya ini merupakan kes ketiga yang berlaku di kejohanan kali ini. - Bernama

Nasi Kangkang (tangas) penunduk suami - luahan suami

Friday, September 19, 2014 0 Komen

“Saya tak tahulah sama ada cerita nasi kan gkang itu betul atau tidak, tetapi
melalui pembacaan dan rujukan, saya terasa nasib diri saya sebagai suami ada
kaitan dengan nasi ka ngkang.”

Itu permulaan cerita Saifuddin Bahari dari Pandamaran, Kelang yang kesal tidak

mampu berbuat apa-apa selain mengikut sahaja apa kata isteri sejak berkahwin
empat tahun lalu.
nasi kan gkang
“Usia perkahwinan kami masih muda dan kami pun masih belum dikurniakan
zuriat. Tetapi selama berkahwin, saya jadi seperti pak turut yang disuruh duduk
saya duduk, disuruh berdiri, saya berdiri.
“Saya langsung tak berani bersuara dan hanya mendiamkan diri melihat
perangai isteri saya memang tidak seperti isteri-isteri rakan-rakan yang begitu
menghormati suami,” cerita lelaki berusia 32 tahun ini.
Bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, Saifuddin berkata,
rumahtangganya dibina atas dasar cinta yang terjalin selama dua tahun.
“Ketika berkawan, isteri saya merupakan seorang gadis yang penuh sopan
santun dan kalau bercakap suaranya amat perlahan.
“Memang itulah yang menjadi tarikan saya untuk menjadikan Laila suri hidup
dan dia tidak menolak apabila saya menyuarakan isi hati.
“Segalanya berjalan lancar sehinggalah tiba hari pernikahan yang disambut
penuh meriah dengan dihadiri saudara mara dan sahabat handai,” katanya.
Jelas Saifuddin, dia merasakan dirinya amat bertuah kerana berjaya memiliki
Laila yang disifatkan cukup sempurna sebagai isteri.
“Kami berbulan madu di Cheng Mai, Thailand selama satu minggu dan hidup
saya ketika itu amat bahagia apa lagi isteri tersayang ada bersama.
“Saya sering berangan agar hubungan kami ini akan kekal selamanya begitu dan
tidak putus berdoa agar cepat dikurniakan zuriat untuk menyerikan lagi
kebahagiaan kami.
“Malangnya, hubungan yang diharapkan itu cuma dirasai selama satu bulan
sahaja selepas kami menjadi suami isteri,” jelasnya.
Menurut Saifuddin, dia tiba-tiba merasakan dirinya terlalu kecil dan semakin
hari semakin takut untuk bertentang mata dengan isterinya sehinggalah ke hari
ini.
“Saya tidak diperlakukan seperti seorang suami, sebaliknya saya sering
dijadikan seperti budak suruhan untuk buat itu dan ini.
“Hairannya, saya tidak pernah membantah dan tidak boleh bersuara pun untuk
mengatakan tidak pada setiap arahannya.
“Hubungan kel a min sempat berlaku selama setahun sahaja dan selepas itu,
saya tidak berupaya untuk bersamanya seperti orang hilang selera makan,”
ujarnya lagi sambil meneguk minuman yang dipesan.
Saifuddin berkata, keluarganya tidak pernah tahu masalah yang dialaminya
kerana Laila cukup pandai berlakon bila mereka pulang ke kampung.
“Arwah ibu saya perah bertanya kenapa saya seperti orang sakit dan tidak
setegas dulu tetapi saya bagi alasan umur yang semakin meningkat
menyebabkan perangai asal turut berubah.
“Laila cukup baik dengan keluarga saya dan memang tidak akan nampak ada
masalah dalam hubungan kami selama ini.
“Lagi pun dia tak pernah meninggikan suara pada saya dalam keadaan apa
sekali pun menyebabkan saya tidak mahu berpisah dengannya,” ceritanya lagi.
Soal makan minum kata Saifuddin, sejak mereka tidak berhubung kel am in,
Laila tidak lagi menyediakan makan minumnya.
“Sesekali kalau dia masak, pandai-pandailah saya ambil dan makan sendiri.
Untuk makan bersama memang sangat jarang berlaku.
“Sebenarnya saya tidak patut bercerita hal rumahtangga pada orang lain tetapi
saya sangat tertekan memikirkan apa kesudahan nasib saya. Adakah saya
dayus dan tidak layak bergelar suami?
“Adakah benar saya termakan ‘nasi kang kang’ hasil perbuatan isteri sendiri
menyebabkan saya sukar untuk melepaskannya?,” soal Saifuddin.
Bukan untuk menuduh isteri sendiri tetapi apa yang dibaca selama ini semakin
mencelarukan fikirannya.

Nasi kangkang bukan dongeng

KEMAMAN – Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk  Shamsuri Safie
mendedahkan masih terdapat wanita Islam yang menggunakan nasi kan gkang
bukan sahaja untuk menundukkan suami, bahkan ada yang bertujuan
memporak-perandakan kebahagiaan jiran tetangga seperti kes yang terjadi di
Dungun.
Shamsuri berkata, kisah nasi ka ngkang bukan cerita dongeng, sebaliknya sihir
itu masih lagi menjadi amalan segelintir kecil wanita untuk mencapai matlamat
songsang mereka. – Sinar Online

Adam Adli dihukum penjara 12 bulan

Friday, September 19, 2014 0 Komen

Adam Adli dipenjara 12 bulan

Aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dihukum penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah, Mei tahun lalu.

Pelajar UiTM Shah Alam maut kemalangan dilanggar kereta pensyarah

Friday, September 19, 2014 0 Komen

Pelajar UiTM Shah Alam ( Fatin Farradia Yusof) terlibat kemalangan

Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut akibat dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah universiti berkenaan di dalam kawasan kampus di sini petang semalam.

Mangsa, Fatin Farradia Yusof, 20, dilanggar kenderaan itu ketika berjalan selepas bergambar bersama rakan-rakannya di kawasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sehingga menyebabkannya terjatuh dari kawasan berbukit ke perhentian bas berdekatan.

Fatin Farradia merupakan penuntut tahun kedua Diploma Sains Sukan dan Rekreasi meninggal dunia kira-kira 7.30 malam tadi, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berikutan pendarahan dalaman.

Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya ketika dihubungi berkata dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa yang baru selesai menghadiri kuliah, dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh kereta itu, menyebabkannya tercampak.

"Kereta pensyarah itu kemudian melanggar pembahagi jalan manakala mangsa jatuh ke bawah bukit setinggi kira-kira lima meter dan pengsan sebelum dia dikejarkan ke HTAR," katanya.

Menurut Azizul, pensyarah wanita berumur 58 tahun yang memandu kenderaan tersebut difahamkan mengalami sakit kepala sebelum kejadian itu, menyebabkan beliau gagal mengawal kereta tersebut.

"Pensyarah itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini untuk pemantauan lanjut daripada doktor," katanya.

Sementara itu, jenazah Fatin Farradia difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu selepas proses bedah siasat selesai.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. ~ Awani

5 universiti Malaysia antara 400 terbaik dunia 2014

Thursday, September 18, 2014 0 Komen

5  universiti Malaysia antara 400 terbaik dunia 2014

Tahniah kepada lima universiti Malaysia yang meraih tempat antara 400 universiti terbaik dunia dalam senarai QS World Universiti Rankings 2014.

Tahun ini, Universiti Malaya berjaya memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-167 kepada 151, Universiti Kebangsaan Malaysia menduduki tangga ke-259 daripada 269 dan Universiti Teknologi Malaysia  meningkat ke-294 daripada 355 tahun lepas.

Universiti Sains Malaysia juga mencatat peningkatan dengan berada di tempat ke-309 daripada ke-355 dan Universiti Pertanian Malaysia ke 376 daripada kategori 411-420.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula kekal dalam kategori 501-550 seperti tahun lepas.

Universiti Teknologi Mara membaiki kedudukannya dengan berada dalam kelompok 651 hingga 700 berbanding kedudukan 701 ke atas sebelum ini.

Berdasarkan senarai itu, bermakna Malaysia kini mempunyai lima universiti berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia.

Penilaian QS World University Rankings berdasarkan empat tonggak utama - penyelidikan, pengajaran, kebolehgajian dan pengantarabangsaan. – Bernama, 17 September, 2014.

Cinta terhalang buat lelaki culik bekas kekasih

Thursday, September 18, 2014 0 Komen

Cinta terhalang buat lelaki culik bekas kekasih

Seorang lelaki yang terlalu kecewa apabila hubungan cintanya tidak direstui keluarga wanita terbabit bertindak menculik bekas kekasihnya itu dan mencederakan keluarga wanita terbabit dalam kejadian di Taman Desa Pinji, Ipoh.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, suspek berusia 25 tahun bersama dua rakannya bertindak merempuh bahagian depan kereta Perodua Viva dinaiki keluarga mangsa sebelum bertindak menyerang mereka dan melarikan bekas kekasihnya.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek yang menaiki kereta Proton Persona bertindak memecahkan cermin kereta dan menumbuk abang mangsa berusia 30 tahun yang memandu kenderaan dalam kejadian di Taman Desa Pinji itu.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama ibu, kakak ipar dan abangnya yang memandu Perodua Viva dirempuh secara tiba-tiba oleh kereta Proton Persona dinaiki suspek.

Kenderaan hitam, rim warna merah dengan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti datang dari arah depan dan melanggar depan Perodua Viva sebelum suspek yang juga bekas teman lelaki mangsa bersama dua rakannya keluar dari kereta itu lalu memecahkan cermin kereta serta memukul abang dan ibu mangsa sebelum melarikan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, bimbang dengan kejadian itu, abang mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Khas (D9) dikerahkan bagi menyiasat kejadian seterusnya mengesan suspek terbabit.

 

ZONFINITI