Nasi Kangkang (tangas) penunduk suami - luahan suami

Friday, September 19, 2014

“Saya tak tahulah sama ada cerita nasi kan gkang itu betul atau tidak, tetapi
melalui pembacaan dan rujukan, saya terasa nasib diri saya sebagai suami ada
kaitan dengan nasi ka ngkang.”

Itu permulaan cerita Saifuddin Bahari dari Pandamaran, Kelang yang kesal tidak

mampu berbuat apa-apa selain mengikut sahaja apa kata isteri sejak berkahwin
empat tahun lalu.
nasi kan gkang
“Usia perkahwinan kami masih muda dan kami pun masih belum dikurniakan
zuriat. Tetapi selama berkahwin, saya jadi seperti pak turut yang disuruh duduk
saya duduk, disuruh berdiri, saya berdiri.
“Saya langsung tak berani bersuara dan hanya mendiamkan diri melihat
perangai isteri saya memang tidak seperti isteri-isteri rakan-rakan yang begitu
menghormati suami,” cerita lelaki berusia 32 tahun ini.
Bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, Saifuddin berkata,
rumahtangganya dibina atas dasar cinta yang terjalin selama dua tahun.
“Ketika berkawan, isteri saya merupakan seorang gadis yang penuh sopan
santun dan kalau bercakap suaranya amat perlahan.
“Memang itulah yang menjadi tarikan saya untuk menjadikan Laila suri hidup
dan dia tidak menolak apabila saya menyuarakan isi hati.
“Segalanya berjalan lancar sehinggalah tiba hari pernikahan yang disambut
penuh meriah dengan dihadiri saudara mara dan sahabat handai,” katanya.
Jelas Saifuddin, dia merasakan dirinya amat bertuah kerana berjaya memiliki
Laila yang disifatkan cukup sempurna sebagai isteri.
“Kami berbulan madu di Cheng Mai, Thailand selama satu minggu dan hidup
saya ketika itu amat bahagia apa lagi isteri tersayang ada bersama.
“Saya sering berangan agar hubungan kami ini akan kekal selamanya begitu dan
tidak putus berdoa agar cepat dikurniakan zuriat untuk menyerikan lagi
kebahagiaan kami.
“Malangnya, hubungan yang diharapkan itu cuma dirasai selama satu bulan
sahaja selepas kami menjadi suami isteri,” jelasnya.
Menurut Saifuddin, dia tiba-tiba merasakan dirinya terlalu kecil dan semakin
hari semakin takut untuk bertentang mata dengan isterinya sehinggalah ke hari
ini.
“Saya tidak diperlakukan seperti seorang suami, sebaliknya saya sering
dijadikan seperti budak suruhan untuk buat itu dan ini.
“Hairannya, saya tidak pernah membantah dan tidak boleh bersuara pun untuk
mengatakan tidak pada setiap arahannya.
“Hubungan kel a min sempat berlaku selama setahun sahaja dan selepas itu,
saya tidak berupaya untuk bersamanya seperti orang hilang selera makan,”
ujarnya lagi sambil meneguk minuman yang dipesan.
Saifuddin berkata, keluarganya tidak pernah tahu masalah yang dialaminya
kerana Laila cukup pandai berlakon bila mereka pulang ke kampung.
“Arwah ibu saya perah bertanya kenapa saya seperti orang sakit dan tidak
setegas dulu tetapi saya bagi alasan umur yang semakin meningkat
menyebabkan perangai asal turut berubah.
“Laila cukup baik dengan keluarga saya dan memang tidak akan nampak ada
masalah dalam hubungan kami selama ini.
“Lagi pun dia tak pernah meninggikan suara pada saya dalam keadaan apa
sekali pun menyebabkan saya tidak mahu berpisah dengannya,” ceritanya lagi.
Soal makan minum kata Saifuddin, sejak mereka tidak berhubung kel am in,
Laila tidak lagi menyediakan makan minumnya.
“Sesekali kalau dia masak, pandai-pandailah saya ambil dan makan sendiri.
Untuk makan bersama memang sangat jarang berlaku.
“Sebenarnya saya tidak patut bercerita hal rumahtangga pada orang lain tetapi
saya sangat tertekan memikirkan apa kesudahan nasib saya. Adakah saya
dayus dan tidak layak bergelar suami?
“Adakah benar saya termakan ‘nasi kang kang’ hasil perbuatan isteri sendiri
menyebabkan saya sukar untuk melepaskannya?,” soal Saifuddin.
Bukan untuk menuduh isteri sendiri tetapi apa yang dibaca selama ini semakin
mencelarukan fikirannya.

Nasi kangkang bukan dongeng

KEMAMAN – Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk  Shamsuri Safie
mendedahkan masih terdapat wanita Islam yang menggunakan nasi kan gkang
bukan sahaja untuk menundukkan suami, bahkan ada yang bertujuan
memporak-perandakan kebahagiaan jiran tetangga seperti kes yang terjadi di
Dungun.
Shamsuri berkata, kisah nasi ka ngkang bukan cerita dongeng, sebaliknya sihir
itu masih lagi menjadi amalan segelintir kecil wanita untuk mencapai matlamat
songsang mereka. – Sinar Online

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI