Cinta terhalang buat lelaki culik bekas kekasih

Thursday, September 18, 2014

Cinta terhalang buat lelaki culik bekas kekasih

Seorang lelaki yang terlalu kecewa apabila hubungan cintanya tidak direstui keluarga wanita terbabit bertindak menculik bekas kekasihnya itu dan mencederakan keluarga wanita terbabit dalam kejadian di Taman Desa Pinji, Ipoh.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, suspek berusia 25 tahun bersama dua rakannya bertindak merempuh bahagian depan kereta Perodua Viva dinaiki keluarga mangsa sebelum bertindak menyerang mereka dan melarikan bekas kekasihnya.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek yang menaiki kereta Proton Persona bertindak memecahkan cermin kereta dan menumbuk abang mangsa berusia 30 tahun yang memandu kenderaan dalam kejadian di Taman Desa Pinji itu.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama ibu, kakak ipar dan abangnya yang memandu Perodua Viva dirempuh secara tiba-tiba oleh kereta Proton Persona dinaiki suspek.

Kenderaan hitam, rim warna merah dengan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti datang dari arah depan dan melanggar depan Perodua Viva sebelum suspek yang juga bekas teman lelaki mangsa bersama dua rakannya keluar dari kereta itu lalu memecahkan cermin kereta serta memukul abang dan ibu mangsa sebelum melarikan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, bimbang dengan kejadian itu, abang mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Khas (D9) dikerahkan bagi menyiasat kejadian seterusnya mengesan suspek terbabit.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI