Suspek Macau Sam (penipuan Macau Scam) ditahan polis

Wednesday, December 17, 2014

Macau Scam tumpas

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman menahan 30 suspek terdiri daripada warga China dan Taiwan dipercayai terbabit dalam penipuan Macau Scam dalam dua serbuan berasingan di Seputeh dan Cheras, di sini, petang tadi.

Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Jenayah Multimedia) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata kesemua suspek ditahan selepas risikan yang dijalankan pihaknya bersama pasukan polis dari China selama seminggu terhadap aktiviti sindiket yang dipercayai sudah menipu mangsa di negara China membabitkan kerugian RM12 Juta.

"Kami percaya anggota sindiket menjadikan dua banglo mewah yang disewa sebagai markas untuk mereka menjalankan kegiatan penipuan dengan menggunakan talian telefon dan internet di Malaysia untuk menghubungi mangsa di negara China," katanya di lokasi serbuan, sebentar tadi.

Beliau berkata, taktik kesemua suspek berusia 20 hingga 40 tahun yang menghubungi mangsa dan memberitahu kesemua data peribadi mangsa secara terperinci serta memperdaya kononnya akaun bank mangsa mempunyai masalah membuatkan kebanyakannya mudah terpedaya.

Menurutnya, mangsa yang panik akan menyerahkan nombor akaun mereka kepada suspek kerana percaya suspek adalah pihak yang bekerja di bank dan memerlukan maklumat akaun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa menyedari mangsa sudah ditipu.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI