Sehati Sejiwa mengisi TV1 setiap Rabu

Saturday, February 28, 2009

Sejak memulakan siarannya bersama undangan pasangan artis popular Mawi dan Ekin yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 mulai 7 Januari lalu, program Sehati Sejiwa nyata mendapat tempat di hati penonton setiap minggu.

Sepanjang Mac ini program yang mengisi slot Degupan, setiap hari Rabu, jam 3 petang dan disiarkan secara langsung dari Studio IBC, Angkasapuri bakal mengundang pasangan selebriti seperti Edrie Hashim dan Pat (bekas vokalis kumpulan Candy) iaitu pada 4 Mac ini. Sharifah Sahorah dan suaminya Raja Mukhriz (11 Mac), Ashraff Sinclair dan Bunga Citra Lestary (18 Mac) sebelum diakhiri dengan Kenchana Dewi dan Gunasegaran (25 Mac).

Program Sehati Sejiwa program temubual istimewa khusus untuk tontonan seisi keluarga ini bukan sekadar menampilkan pasangan selebriti bercerita mengenai keindahan dan kemanisan hubungan cinta seterusnya hubungan perkahwinan yang dimeterai mereka malah mereka turut berkongsi saat sukar berdepan dugaan yang dilalui mereka dalam melayari bahtera berumahtangga.

Pastinya Sehati Sejiwa yang menampilkan pelakon muda berbakat, Scha sebagai perantara sepanjang satu jam siarannya bakal menemubual pasangan merpati dua sejoli ini dengan pelbagai topik menarik termasuk pasang surut alam perkahwinan mereka untuk dikongsi sama oleh peminat setia mereka yang mengikuti program siaran langsung ini khas menerusi TV1.

Selain itu, Sehati Sejiwa diserikan dengan pengisian klip video artis jemputan, sesi temu bual berkaitan kehidupan berumah tangga, keistimewaan pasangan masing-masing, aktiviti masa lapang serta kegiatan seni yang dilakukan pasangan tetamu undangan.

Begitu juga sesekali diselang selikan dengan foto-foto zaman bujang dan perkahwinan pasangan tetamu glamour yang di undang ke studio dalam melengkapkan lagi program santai ini.

Malah menariknya peminat setia pasangan selebriti undangan yang diundang setiap minggu berpeluang membuat panggilan di studio dan berbual dengan mereka.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI