Register Domain Imageshack

Monday, February 28, 2011 0 Komen

Sesiapa yang selalu upload gambar di imageshack pasti mempunyai masalah gambar tidak muncul. Yang muncul hanyalah gambar imej katak imageshack.

Rupa-rupanya imageshack telah menetapkan peraturan baru iaitu semua domain atau blog yang ingin menggunakan imej-imej yang diupload di imageshack haruslah mendaftar domain mereka terlebih dahulu.

Caranya senang saja. Mulanya anda perlu daftar dulu di imageshack. Mendaftar di imageshack adalah sangat penting kerana anda akan mendapat beberapa keistimewaan seperti dapat menjejak kembali imej atau gambar yang telah dimuatnaik serta berupaya untuk memadam semula gambar yang tidak diingini.

Setelah mendaftar, klik link ini
http://stream.imageshack.us/content.php?page=register_domain

Senaraikan url domain atau blog anda di borang yang telah disertakan.

Tunggu hingga nama domain anda disahkan oleh pihak imageshack dan voila!! Imej-imej anda pasti akan muncul kembali.

Selamat mencuba!





Boboiboy superhero berwajah tempatan

Monday, February 28, 2011 0 Komen

Animasi Boboiboy merupakan produk sulung milik syarikat Animonsta Studios yang diterajui oleh Mohd. Nizam Abdul Razak serta dua rakan kongsi, Mohd Safwan Ab. Karim (Safwan) dan Muhammad Anas Abdul Aziz (Anas).

Dijangka bakal mencipta satu lagi fenomena terbaru ‘dunia’interaktif tempatan, produk tersebut tidak mustahil mampu membawa kelainan dalam perkembangan profil dan penghasilan animasi tempatan.



Bertemu Nizam, Safwan dan Anas baru-baru ini, masing-masing rancak bercerita perihal siri projek animasi itu yang dijangka menemui peminat di kaca televisyen pada tahun depan.

Siri tersebut bakal disiarkan selama 26 episod di mana setiap satunya dengan durasi selama 11 minit.

“Ketika ini, kami masih dalam peringkat perbincangan. Watak-watak yang bakal memainkan peranan penting dalam siri ini sudah ada dan minggu ini kami akan cuba menyiapkan kesemua karakter itu.

“Berbanding animasi Upin & Ipin, dalam Boboiboy kami ingin berkongsi banyak pengetahuan. Ditambah dengan pengunaan pelbagai gajet,secara tidak langsung ia dapat menimbulkan pelbagai perasaan kepada yang menontonnya nanti.

“Bagi kami yang penting ialah penyampaian. Kalau boleh kami ingin mencipta satu lagi ‘ikon’ untuk kanak-kanak di negara ini,” kata Nizam mewakili rakan-rakannya.

Apa yang menarik dalam Boboiboy ialah beberapa daya tarikan yang terkandung meliputi karakter superhero Bo, Boi dan Boy, nilai-nilai murni, karakter makhluk asing (alien) dan juga unsur futuristik disekitar ibu kota.

Ringkasnya mengenai animasi tersebut, ia memaparkan karakter utama iaitu seorang kanak-kanak bernama Boboiboy dan dibantu oleh beberapa karakter tambahan seperti Gopal, Ying, Yaya.

Dalam usaha menyalur bantuan kepada orang ramai, Boboiboy akan terpisah kepada tiga orang iaitu Bo, Boi dan Boy yang mempunyai tiga kuasa berbeza termasuk tanah, angin dan petir.

Turut diwujudkan ialah karakter makhluk asing yang membawa pulang biji kopi ke planetnya, namun kerana aroma dan rasa kopi yang begitu sedap, seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk mendapatkan kopi tersebut.

Secara ringkasnya juga, Gopal iaitu karakter budak India yang mempunyai kuasa menukar sesuatu barang kepada barang yang lain.

Ying karakter budak Cina yang mempunyai kuasa yang membolehkannya bergerak pantas berbanding rakan-rakannya yang lain. Sementara itu,Yaya pula merupakan karakter kanak-kanak perempuan comel yang bertudung.


Kepada yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai Boboiboy dan Animonsta Studios, sila layari laman sesawang, www.animonsta.com.

Cara bebaskan komputer daripada virus

Monday, February 28, 2011 0 Komen

Apakah langkah terbaik yang perlu diambil untuk memastikan komputer bebas daripada virus?.

Ini kerana sering berlaku keadaan membabitkan sesebuah komputer yang telah dilengkapi perisian anti virus tetapi masih berhadapan dengan masalah serangan virus. — Mohd. Faliq


Beberapa langkah yang boleh diambil

* Pastikan anda menggunakan filem, lagu, permainan, perisian atau program komputer yang tulen.

Ini termasuk bahan yang mengandunginya seperti DVD, CD dan lain-lain.

Berkemungkinan besar bahan-bahan yang tidak tulen tersebut juga mempunyai virus komputer.

* Sentiasa mengemaskini Windows dengan Windows Update pada laman web Microsoft.

* Sentiasa mengemas kini enjin atau program kemas kini perisian anti virus yang digunakan.

* Buat salinan pendua konfigurasi Windows menggunakan Systems Restore.

Namun ia tidak kebal kepada virus tetapi hanya beroperasi seperti biasa dalam masa tertentu sebelum kembali kepada keadaan yang di serang virus komputer.

* Tidak memuat turun program-program komputer yang dicurigai di Internet atau dalam e-mel. Sekiranya mahu memuat turun program komputer itu juga, ia perlu diimbas terlebih dahulu menggunakan perisian anti virus yang telah dikemas kini. Elakkan daripada program-program perkongsian fail P2P seperti Torrent dan Kazaa kecuali anda tahu dari mana fail tersebut di muat turun

* Melayari Internet dengan selamat. Pelayar web yang digunakan seperti Mozilla, IE dan sebagainya perlu dikonfigurasikan dengan selamat dan betul di bahagian fungsi sekuriti seperti sentiasa tidak membenarkan pop-up Windows atau tetingkap terbuka.

* Sentiasa mengimbas program atau fail komputer yang diperolehi daripada luar dengan perisian anti virus yang telah dikemas kini seperti cakera Flash USB, disket, CD, DVD dan sebagainya .

* Pasang program firewalls persendirian atau personal firewall untuk menambah baik sistem perlindungan komputer anda tetapi ia perlu dikonfigurasikan dengan baik.

Dalam Windows sudah terdapat program tembok api ini yang dikenali sebagai Windows Firewall. Program-program yang lain adalah seperti Zone Alarn, Sygate dan lain-lain.

Inilah antara langkah awal yang boleh diambil.

Perdana Menteri Tunisia, Mohamed Ghannouchi letak jawatan

Monday, February 28, 2011 0 Komen

Perdana Menteri Tunisia, Mohamed Ghannouchi meletakkan jawatannya hari ini, ketika keganasan sedang berlaku di negara Afrika Utara tersebut.

Ghannouchi, 69, dikritik hebat kerana kelemahan pimpinannya ketika pemerintahannya bersama presiden Zine El Abidine Ben Ali yang tersingkir daripada pemerintahan kerana kebangkitan rakyat.


Walaupun Ben Ali melarikan diri ke Arab Saudi pada 14 Januari lalu, Ghannouchi yang berkhidmat selama 11 tahun sebagai Perdana Menteri berjanji untuk tetap memerintah negara itu sehingga pilihan raya yang dijangka diadakan pada musim panas ini.

Ghannouchi mengumumkan peletakkan jawatannya di rangkaian televisyen dan radio tempatan sehari selepas empat orang penunjuk perasaan terbunuh dalam satu pertempuran dengan pihak polis.

Empat mangsa itu terkorban dalam satu pertempuran melibatkan pasukan keselamatan dan kumpulan perusuh di tengah Tunisia semalam, kata pegawai Kementerian Dalam Negara kepada Reuters.

Pegawai tersebut yang enggan dikenali menjelaskan, pertempuran itu menyebabkan 12 orang mengalami kecederaan dan ia terjadi selepas rusuhan dicetuskan penyokong setia bekas Presiden Zine al-Abidine Ben Ali.

"Seramai 100 perusuh telah ditangkap dan mereka mengaku dipaksa oleh bekas pegawai Ben Ali. Ada di antaranya memberitahu mereka dibayar untuk melancarkan rusuhan tersebut," kata pegawai itu.

Sebelum ini, seorang saksi Reuters menyaksikan tentera Tunisia melepaskan tembakan ke udara dan menggunakan gas pemedih mata untuk mengawal perusuh yang membawa kayu dan memecahkan cermin tingkap kedai berhampiran Stesen Barcelona, Tunis.

Kadar jenayah di negara Afrika Utara itu naik mendadak sejak satu pemberontakan yang menggulingkan Ben Ali tercetus 14 Januari lalu dan pegawai keselamatan sering berkata, penyokong beliau cuba untuk memporak-perandakan keadaan.

Pertempuran tersebut berlaku selepas satu protes secara besar-besaran diadakan pada malam Jumaat lalu bagi menentang pembentukan kerajaan sementara oleh Ben Ali.

Semasa protes tersebut, pasukan keselamatan bertindak melepaskan tembakan ke udara untuk mengawal perusuh yang membakar tayar dan membaling batu.. - REUTERS

Birmingham City menang Piala Liga buat kali ke-2,menewaskan Arsenal 2-1

Monday, February 28, 2011 0 Komen

Birmingham City memenangi Piala Liga buat kali kedua selepas menewaskan Arsenal 2-1 pada saingan akhir di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Kali terakhir Birmingham memperoleh kejuaraan Piala Liga ialah pada tahun 1963.


Jaringan lewat daripada pemain gantian Obafemi Martins pada minit ke-89 memberikan kemenangan mutlak buat Birmingham.

Sebelum itu penyerang Arsenal, Robin van Persie berjaya untuk menyamakan keputusan 1-1 pada minit ke-39 selepas Nikola Zigic memperoleh jaringan awal buat Birmingham pada minit ke-28. -AFP

Lirik Lagu Marshanda – Sejuta Cinta (OST Sinetron Sejuta Cinta Marshanda)

Monday, February 28, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Marshanda – Sejuta Cinta (OST Sinetron Sejuta Cinta Marshanda)

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi 'tuk selamanya
'tuk selamanya

Mungkin ini sudah suratan

Engkau dan diriku tak bisa bersama
Mungkin ini sudah suratan
Sudah suratan

*
Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis karena hidup tanpa cintamu

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi 'tuk selamanya
'tuk selamanya

Ulang * (2x)

Sejuta Cinta Marshanda





Lirik Lagu OST Sejuta Cinta Marshanda

Monday, February 28, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Sejuta Cinta – Marshanda

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya

Mungkin ini sudah suratan

Engkau dan diriku tak bisa bersama
Mungkin ini sudah suratan
Sudah suratan

*
Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis karena hidup tanpa cintamu

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya

Ulang * (2x)



Aksi Lucu Selebriti Mimik Wajah Kuda

Monday, February 28, 2011 0 Komen

Wajah lucu selebriti Elen Rivas yang dirakam ini dibandingkan dengan seekor kuda, baru-baru ini. Sambil menunjukkan lubang hidungnya dan mulut yang menyeringai, peragawati yang terkenal menerusi program realiti ‘Dancing On Ice’ itu hampir sama dengan mimik seekor kuda.



Gambar lucu itu diterbitkan akhbar The Sun awal minggu ini — tetapi bukan aksi spontan Elen saja yang disamakan dengan seekor kuda.

Berikut adalah gambar lucu selebriti lain yang turut dibandingkan dengan seekor kuda.



Gitaris Kumpulan 90-an, Sera meninggal dunia

Monday, February 28, 2011 0 Komen

Gitaris kumpulan rock yang popular pada 1990-an, Sera, Zainuddin A Karim, 46, atau lebih dikenali dengan panggilan Uban kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi semalam akibat kanser hati dan usus.

Uban menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak berhampiran masjid di Taman Bukit Cheras, dekat sini. Allahyarham dikebumikan selepas waktu Asar semalam.



Bekas penyanyi Sera, Mohammed Zamree Abidin, 44, atau dikenali juga sebagai Oyee menyatakan rasa sedih berikutan kehilangan rakannya.

“Semua ini ketentuan Allah, apapun saya bersyukur kerana sempat juga bertemu arwah pada Khamis lalu selepas terbaca laporan akhbar ini (Harian Metro) mengenai keadaan Uban yang menderita kerana kanser.


“Saya sedih, lebih-lebih kami tidak berjumpa sejak 1996. Tiada siapa dapat melawan takdir, mungkin Allah lebih menyayangi arwah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan bekas gitaris kedua kumpulan Sera menderita barah usus peringkat akhir dan berharap rakan lama, terutama di kalangan anggota kumpulan Sera, melawatnya ketika masih berpeluang.

Kumpulan Sera yang pernah muncul ketika era rock kapak dulu popular dengan Di Badai Asmara. Album pertama Sera, Sentuhan Rasa diterbitkan pada 1991.

Kumpulan ini berkubur selepas anggota kumpulan terbabit berpecah dan membawa haluan masing-masing sekitar 1996 dan 1997.

Gambar dan Biodata Faizal Tahir

Sunday, February 27, 2011 0 Komen

Biodata Faizal Tahir

Biodata Faizal Tahir

NAMA PENUH: Ahmad Faizal Mohd Tahir
TARIKH LAHIR: 26 Oktober 1978
PENDIDIKAN: Diploma Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam
ALBUM: Aku.Muzik.Kamu dan Adrenalin
ANTARA PENCAPAIAN: Naib juara One In A Million (OIAM) musim pertama (2006); Artis Baru Lelaki Terbaik dan Artis Lelaki Paling Popular pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2008; Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), Album Rock Terbaik dan Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15), tempat ketiga pada Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) dan Persembahan Terbaik pada AJL25
PENGALAMAN SENI: Pengacara Gangstarz musim pertama (2007) dan pernah menganggotai kumpulan Mirwana
ISTERI: Siti Raihanim Noran
ANAK: Ahmad Mikaeel Zidane, 6; Siti Raudhah Nur Iman, 5, dan Ahmad Rifa’ie Zidane, 2.





Ratu Colorado Amerika diusir keluar rumah

Sunday, February 27, 2011 0 Komen

Calon Miss USA mempunyai cerita sedih tersendiri walaupun dia baru sahaja dinobatkan sebagai Ratu Colorado.

Blair Griffith kehilangan rumah tempat berteduh hanya beberapa bulan selepas dia dimahkotakan sebagai Ratu Colorado.

Griffith, 23, yang dijadual menyertai pertandingan ratu cantik Miss USA pada 19 Jun ini, diusir bersama-sama ibunya dari rumah mereka pada November lepas.



Dua beranak itu kini menumpang di rumah seorang sahabat keluarga.

Gadis itu juga dijadual kehilangan pekerjaannya di Saks Fifth Avenue apabila cawangan tempat dia bekerja ditutup terus pada bulan depan.

Walaupun dianugerahi kecantikan, Griffith kerap ditimpa kesusahan dalam kehidupannya, termasuk kematian bapanya akibat kanser semasa dia masih kanak-kanak, dan serangan sakit jantung yang dialami oleh ibunya beberapa tahun lalu.

"Kos pembedahan telah banyak menjejaskan kewangan keluarga," jelas gadis itu dalam satu wawancara, baru-baru ini.

Griffith berkata, dia melihat nasib malang yang menimpanya sebagai satu ujian untuk melihat sama ada dia dapat menangani dan mengatasinya.

Sejak beberapa bulan lalu, dia telah membincangkan keadaan hidupnya secara terbuka apabila berucap di sekolah dan acara tertentu.

Pagi semalam, Griffith muncul pada rancangan NBC, Today dan menjelaskan dia tidak menyedari dia dan ibunya akan diusir sehinggalah polis mengetuk pintu rumah mereka.

"Saya tidak ada tempat untuk mengadu mengenai segala perkara yang berlaku dalam kehidupan saya.

"Begitu ramai orang lain yang mengharungi situasi serupa dan saya berharap untuk menjadi inspirasi kepada mereka," katanya kepada Denver 9News. - Agensi

Dira Abu Zahar bakal berkahwin dengan Mohd Helmi

Sunday, February 27, 2011 0 Komen

Dira Abu Zahar, pelakon dan juga pengacara,sudah bergelar tunangan kepada Mohd Helmi Mohd Yusof. Jejaka yang bertugas sebagai Pengarah Fotografi (DOP) itu akhirnya berjaya membuka hati ibu tunggal kepada Tengku Anggun Deandra itu.

Dira Abu Zahar

Mereka bertunang pada 15 Februari lalu di rumah keluarga Dira di Melaka, sekali gus menepis gosip yang pernah mengaitkan Dira dengan aktor seperti Zahiril Adzim dan Craig Fong. Mohd Helmi adalah bekas tunangan kepada aktres dan model, Nasha Aziz.

“Memang benar bagai dikata. Insya-Allah, kalau jadi seperti yang dirancang kedua-dua belah pihak, baik keluarga Dira mahupun Helmi, kami mahu mempercepatkan perkara baik ini. Kalau tiada aral melintang, kami merancang berkahwin tahun ini. Tarikhnya akan diberitahu kelak. Lagipun benda belum jadi. Bimbang pula. Dalam soal hati, saya tak pernah membataskan diri sekalipun perkahwinan pertama saya dulu gagal dipertahankan. Dulu saya kahwin pada usia muda. Jadi dalam soal jodoh ini, saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya.

Dira mengenali Mohd Helmi sejak setahun lalu. Kali pertama mereka bekerjasama ketika Dira terbabit dalam telefilem SMS (Salah Mesej Suami) terbitan Vision Work. Hubungan mereka mula rapat ketika masing-masing terbabit dalam produksi filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki.

“Dia seorang lelaki yang baik dan paling penting kami sangat serasi. Kami juga berkongsi banyak perkara sama. Dia juga mempunyai hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi. Apa yang lebih penting, keluarga merestui perhubungan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Dira turut ditanya mengenai bekas suaminya, Tengku Shafiz Rullah Tengku Mohd Shahid atau Ash. Akui Dira, sekalipun tidak memaklumkan perkara pertunangan itu kepada Ash, dia yakin Ash sudah tahu mengenai perkhabaran gembira itu daripada mulut orang lain.

“Saya yakin dia tahu hal ini. Malah, dia juga ada menghantarkan SMS mengucapkan tahniah kepada saya,” kata Dira.





Dira Pengacara Melodi bermula April 2011

Sunday, February 27, 2011 0 Komen

Dira Abu Zahar atau Dira sah memikul mandat sebagai pengacara Melodi bermula April ini bersama Zizan (Raja Lawak). Kedua-duanya menggantikan tempat pengacara terdahulu, Fara Fauzana dan Wahid Senario. Zizan dan Dira akan mula mengacara pada 3 April ini bersempena hari kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yang bersiaran langsung di Arena of Stars Genting Highlands.

Dira Pengacara Melodi

“Kenyataan daripada TV3 sudah dikeluarkan. Ia perkara baru untuk saya. Insya-Allah, saya akan menjalankan amanah dan tanggung jawab ini sebaik mungkin. Saya juga tidak ada masalah untuk mengacarakan program ini bersama Zizan,” katanya yang pernah menjadi pelapor lokasi untuk program Beat TV dan mengacarakan Fulus Mania serta Jom Ronda.





Google Street View

Sunday, February 27, 2011 0 Komen

Filem Enemy of the State terbitan 1998 lakonan Will Smith dan Gene Hackman memaparkan teknologi canggih yang kononnya digunakan oleh agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) menggunakan imbasan satelit untuk mengesan kedua-dua pelarian tersebut.

Satelit tersebut disambungkan kepada kamera-kamera di jalan raya, CCTV di kedai-kedai dan sebagainya. Bila lokasi Smith dikenal pasti, satu pasukan pemburu dikejarkan ke situ. Ia satu cara berkesan untuk mengesan orang yang dikehendaki dan menahannya, menurut filem itu.

Ada yang percaya AS memang memiliki keupayaan teknologi sedemikian. Ramai juga yang sinikal filem itu tidak lebih sekadar propaganda kerana sehingga sekarang, AS masih gagal mengesan Osama bin Laden, meskipun menggunakan teknologi satelit untuk memburunya di seluruh Afghanistan.

Mungkin teknologi pengimejan satelit tersebut masih di tahap awal ketika filem itu diterbitkan pada 1998 dan mungkin sudah sempurna hari ini. Tidak dapat dipastikan kerana Pentagon tidak pernah mengisytiharkannya secara rasmi dan terbuka. Namun, imej satelit kini tidak lagi eksklusif kepada sektor pertahanan semata-mata. Sebaliknya, ia menjadi milik semua, seiring dengan evolusi ledakan Internet. Hari ini, anda boleh mengaplikasikan kaedah filem Enemy of the State tersebut dari komputer riba atau iPad anda, dengan sekadar melayari laman carian Google Maps dan Google Earth iaitu Google Street View.

Secara asasnya, Google Street View ini boleh dirumuskan sebagai satu peta yang maju kerana ia bukan sekadar membantu menunjuk arah lokasi yang dicari tetapi juga memaparkan gambar, malah ada sesetengah kawasan, gambar masa sebenar!

Ia adalah teknologi yang memberikan pandangan panorama daripada pelbagai sudut jalan-jalan di dunia. Ia dilancarkan pada 25 Mei 2007, bermula di beberapa kota di AS dan secara perlahan-lahan diperluaskan ke negara luar.

Imejnya diambil daripada beberapa kereta yang direka khas dengan kamera. Pada 2008, kereta seumpamanya dilihat di Singapura dan seterusnya perkhidmatan tersebut diperolehi di republik itu setahun kemudiannya. Di Malaysia, belum lagi dilaporkan kewujudan kereta seumpamanya tetapi sementara menunggu ia berlaku, eloklah kerajaan dan pihak berkaitan berbincang mengenai fungsi, manfaat dan keburukan daripada Google Street View ini.

Daripada aspek pelancongan, ia sangat berguna kepada penduduk tempatan untuk meninjau sama ada bangunan yang dituju itu benar-benar wujud atau pelawat luar yang mahu menuju ke destinasi tertentu. Ia membolehkan pengguna ‘melawat’ lokasi tertentu secara maya dalam peta maya dan bila berada di lokasi sebenar, amat membantu kerana ia menunjukkan bangunan, lorong dan arah tuju sebenar yang dilihat sebelum itu. Malah, ia juga sangat berguna kepada penggemar acara memburu harta karun. Ini aspek positif.

Pihak berkuasa Malaysia perlu mengikuti dengan teliti perbahasan dan tindakan perundangan yang diambil oleh sebilangan daripada 27 negara khususnya AS, Jerman dan Austria terhadap perkhidmatan Google ini yang didakwa melanggar kebebasan peribadi individu.

Seorang ahli Kongres AS dari Savannah, Mike Rogers menggesa Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan AS supaya menyiasat Google yang mengaku telah ‘mencuri masuk’ ke transmisi Wi-Fi pengguna awam semasa mengumpul data program pemetaan Street View.

”Selepas hampir sembilan bulan sejak Google mengaku mengumpul data ini, kita masih tidak menerima jawapan kenapa ia dibenarkan berlaku dan berapa ramai orang terjejas, apalagi jaminan sahih bahawa ia tidak akan berlaku lagi,” kata Rogers dalam surat rasminya.

Kereta Street View dipandu mengelilingi kota dan mengambil gambar yang kemudiannya disiarkan dalam talian dan disepadukan dengan Google Maps. Google mengaku kenderaannya itu juga mengumpul data dari rangkaian Wi-Fi yang terbuka, tetapi mengatakan ia tidak lagi berbuat demikian.

Antara maklumat yang diperoleh dari Wi-Fi terbuka ialah alamat e-mel, pesanan ringkas, URL, nama pengguna dan kata laluan, nama, telefon rumah dan alamat rumah dan paling membimbangkan, nama orang yang menderita penyakit tertentu, lengkap dengan nama dan alamat mereka.

(Dalam konteks ini, anda yang gemar ‘menumpang’ menggunakan Wi-Fi percuma di bistro atau restoran, kenalah berhati-hati kerana Wi-Fi seumpamanya langsung tidak selamat dari segi mengawal selia data peribadi yang keluar dari telefon pintar atau komputer riba anda).

Pengetahuan

Google adalah sebuah organisasi enjin carian Internet yang memainkan peranan penting dan hebat dalam memajukan lagi Internet tetapi pengguna harus mengetahui apa yang tersirat, tersurat dalam pengalaman mereka membangunkan Internet, terutama yang membabitkan soal keselamatan data pengguna.

Dari konteks keselamatan negara, Google Street View juga menimbulkan keresahan. Singapura dilaporkan mengenakan syarat khas kepada Google supaya tidak memaparkan kawasan-kawasan ketenteraan. Tindakan yang sama diambil oleh rejim Zionis Israel, yang masih gementar jika lokasi ketenteraannya dijadikan sasaran oleh pejuang Palestin.

Uniknya dalam kes Israel ini ialah ia telah rejim Yahudi ini telah berjaya meletakkan Tel Aviv sebagai kota pembangunan teknologi canggih (banyak perisian Internet yang kita guna hari ini, di inovasi dari Israel yang memindahkan operasinya ke Amerika, dan dianggap sebagai produk Amerika bukan Israel). Tetapi pada masa yang sama, pihak tenteranya amat risau Google Street View akan diguna oleh pejuang Palestin untuk mengenal pasti lokasi strategik sebagai sasaran serangan.

Isnin lalu, satu pasukan petugas Kabinet Israel diketuai Menteri Perisikan, Dan Meridor mengarahkan pakar-pakar untuk bekerjasama dengan Google Inc. bagi mencari cara untuk melaksanakan program Street View ‘seberapa segera yang boleh’. Pasukan tersebut mempertimbangkan manfaatnya seperti meningkatkan tarikan pusat pelancongan tetapi dengan keselamatan awam dan peribadi terjamin.

Kritikan yang melekat pada Street View ini ialah ia boleh mendedahkan orang di lokasi- lokasi yang mereka tidak mahu dilihat atau melakukan sesuatu yang memalukan. Misalnya, dilihat keluar dari pusat hiburan malam atau berdua-duaan dengan kekasih gelap.

Alat Internet ini juga menjadi masalah kepada industri hiburan. Ia terkena pada program popular seperti The Amazing Race. Blogger yang suka ‘merosakkan program’ menggunakan Google Street View untuk mengenal pasti destinasi seterusnya peserta, berdasarkan sedutan gambar yang disiarkan semasa promosi program. Bangunan yang dikenal pasti itu diumumkan dalam blog dan dari situ, mereka membuat unjuran mengenai lokasi seterusnya.

Untuk menerima bulat-bulat Google Street View ini pun tidak elok, malah sama negatif jika menolaknya sama sekali. Ia ada kelebihan untuk memajukan sektor pelancongan tetapi berisiko daripada segi keselamatan negara. Tentulah kita tidak mahu lokasi kem tentera atau polis kita dipantau dengan mudah oleh negara asing atau penyangak profesional.

Semua ini harus diambil serius oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia. Pesanan ini ditekankan di sini kerana kerajaan macam tidak ambil berat mengenai kelebihan dan keburukan penggunaan telefon pintar Blackberry tatkala banyak negara mengambil langkah proaktif mengawalnya. Bukan hendak menyarankan Blackberry atau Google Street View diharamkan, cuma sekadar meminta kerajaan mengambil inisiatif mengadakan penilaian sewajarnya mengenai kaedah penggunaannya agar kita tidak rugi dalam ledakan Internet ini.

Oleh JOHARDY IBRAHIM





Datuk Illani Isahak

Sunday, February 27, 2011 0 Komen

Pada pagi Khamis, 24 Februari 2011, Pengerusi Jawatankuasa untuk Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA), Datuk Illani Isahak pergi mengadap Ilahi.

Pemergiannya pada saat jawatankuasa itu sedang giat berdialog bagi memulakan usaha membina kepercayaan antara penganut-penganut agama bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Urus setia bersama sedia maklum tentang tahap kesihatan beliau. Pada waktu itu, kudrat beliau semakin lemah sehingga bersolat pun dilakukan secara duduk. Namun, keikhlasan hati dan semangat tinggi beliau (tanpa pejabat dan kemudahan-kemudahan sokongan) mahu melaksanakan tugas itu dalam apa sahaja masa yang tersisa sangat menyerlah.

Datuk Illani Isahak

Kami kerap menerima SMS daripada beliau tidak kira masa menyebabkan urus setia menggandakan usaha agar matlamat murni persefahaman berkaitan isu-isu agama dapat terus dipupuk dan diperkukuhkan secara muhibah semasa hayat beliau.

Beberapa program telah berjaya diadakan walaupun jawatankuasa menerima amanah secara rasmi pada 9 Julai 2010. Sebelum melangkah jauh, beliau dengan sokongan padu urus setia bersama telah menganjur bengkel untuk membangunkan pelan strategik bagi jawatankuasa.

Keazaman beliau untuk memastikan visi dan misi jawatankuasa serta terma rujukan dan bidang tugas dimantapkan dihadiri sepenuhnya walaupun kesihatan beliau pada waktu itu kurang baik. Antara batuk dan kepayahan bernafas, beliau mahu pelan jangkamasa pendek dan panjang dirangka bersama. Dalam ucapan aluan, beliau mengingatkan bahawa setiap ahli perlu berhati-hati kerana tidak mahu terjebak dengan prasangka-prasangka buruk. Atas ingatan tersebut, landasan yang dibina selama dua hari itu memfokuskan kepada usaha-usaha yang mempromosi persefahaman dan keharmonian di antara penganut agama melalui cara mewujud, menggalak serta memantapkan iklim perhubungan yang baik di kalangan pemimpin serta penganut pelbagai agama.

Penekanan itu dilakukan agar terbina jambatan persahabatan berteraskan semangat saling hormat menghormati, percaya mempercayai dan bekerjasama di semua peringkat kepimpinan serta akar umbi. Kerja-kerja tersebut diamanahkan kepada Jawatankuasa Kerja Aktiviti bagi melaksanakan secara bersama aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni.

Dalam mempromosikan persefahaman tersebut, semua pertubuhan agama diingatkan supaya berpegang kepada terma rujukan utama iaitu jawatankuasa ini hendaklah menghormati serta patuh kepada Perlembagaan Persekutuan khususnya yang berkaitan dengan agama. Adalah menjadi harapan beliau supaya jawatankuasa ini dapat mencadang kepada kerajaan, dasar-dasar yang berteraskan nilai-nilai murni keagamaan demi mengekalkan pegangan rakyat kepada prinsip Rukun Negara – “Kepercayaan kepada Tuhan”. Jawatankuasa Kerja Persefahaman Terhadap Isu-isu Antara Penganut Agama bekerja mengikut terma ini.

Sebagai seorang yang mendapat pendidikan undang-undang, beliau mempunyai pandangan positif kepada usaha mediasi dalam menyelesaikan pertelingkahan. Dalam sesi perbincangan tentang pendekatan yang berkesan, cadangan beliau disambut oleh kebanyakan ahli dan jawatankuasa ini (JKMPKA) telah diterima untuk bertindak sebagai satu mekanisma dan melaksanakan aktiviti intervensi apabila isu keagamaan, salah faham atau pertelingkahan antara penganut pelbagai agama mulai merebak atau berpotensi menjadi isu yang mungkin mengancam keharmonian masyarakat dan ketenteraman negara. Jawatankuasa Kerja Mediasi Antara Penganut Agama telah diberikan tugasan tersebut dan kemahiran untuk menjalankan mediasi termasuk latihan khusus mediasi menjadi agenda utama bagi jawatankuasa tersebut.

Rangka landasan berjaya dibina dalam tempoh dua hari tersebut menantikan kapalterbang untuk terbang jauh dan tinggi. Dalam ucapan penutup, beliau menyatakan perasaan terharunya kerana bengkel itu berjalan lancar dan dalam suasana harmoni.

Di celah-celah kesibukan, beliau sempat menghadiri tiga program penting berkaitan persefahaman antara penganut agama iaitu Seminar Agama dan Hak Asasi Manusia: Ke Arah Pemurnian Kefahaman yang dianjurkan oleh IKIM.

Bersusah payah

Pada 19-20 Oktober pula, beliau sekali lagi dengan bersusah payah datang ke IKIM untuk seminar berkaitan dengan “Kesihatan Mental: Mendepani Cabaran Hidup Semasa”. Dengan bilangan pesakit mental yang ramai dan kadar bunuh diri yang meningkat, agama dilihat sebagai penyelesai kepada kekalutan emosi dalaman seseorang individu. Wakil agama Islam, Hindu, Sikh dan Kristian telah ditemukan dalam satu forum yang dipengerusikan oleh beliau turut disertai oleh 130 peserta.

Pada bulan itu juga, dalam salah satu mesyuarat jawatan kuasa, beliau telah menunjukkan pada saya buku baru bertajuk “Religion and Pluralistic Coexistence: the Muhibbah Perspective.” karangan Prof. Madya Dr. Kamar Oniah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuludin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau membayangkan sama ada IKIM boleh menganjurkan dialog antara agama berkaitan dengan buku tersebut. Permintaan tersebut disambut dan dalam waktu yang singkat satu majlis dialog telah dianjurkan secara tertutup oleh Urusetia Bersama pada 2 November, 2010 dihadiri oleh 40 orang ahli Jawatankuasa tersebut. Perbincangan semasa majlis dialog yang dipengerusikan oleh beliau sendiri ditumpukan kepada kepentingan menghormati setiap agama yang dianuti oleh rakyat di Malaysia berlandaskan semangat muhibah supaya keharmonian yang dinikmati dapat dikekalkan demi kesejahteraan negara ini.

Antara program terakhir yang turut sempat dibuat semasa hayat beliau adalah seminar berkaitan dengan “Peranan Agama dalam Menangani Gejala Sosial” pada 8 dan 9 Disember, 2010. Beliau hadir kerana yakin dengan peranan positif yang agama boleh mainkan di dalam menangani isu gejala sosial seperti penagihan dadah, perjudian, pelacuran, ketagihan arak dan rasuah. Wakil-wakil agama Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Sikh juga turut dijemput untuk menjayakan seminar ini.

Program terakhir yang dipengerusikan oleh beliau adalah Majlis Dialog Bersama Penasihat Bersama Jawatankuasa ini di IKIM pada 20 Januari 2010. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan muhibah antara ahli-ahli jawatankuasa ini dengan kedua-dua Menteri Penasihat iaitu Tan Sri Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Itulah kali terakhir JKMPKA bersua muka dengan beliau.

Usaha yang telah diatur bersama tetapi tidak dapat dihadiri beliau kerana telah dimasukkan ke hospital adalah pada 14 Februari 2010. Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri bersama pemimpin-pemimpin agama sempena World Interfaith Harmony Week berlangsung dengan jayanya. Ramai pemimpin agama pada waktu itu ingin menziarahi beliau di hospital tetapi atas permintaan keluarga, hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan.

Walaupun beliau telah pergi meninggalkan kita menyahut panggilan Illahi, semangatnya kekal bersemadi di hati jawatankuasa ini. Semangat beliau sama seperti semangat Jentayu yang dinyanyikan oleh Nora, iaitu “patah sayap, bertongkat paruh, patah paruh, bertongkat siku, patah siku , bertongkat dagu…”

Dengan semangat yang ditinggalkan itulah, usaha dialog perlu diteruskan supaya isu-isu yang memerlukan pendekatan agama dapat dijayakan secara bersama oleh pemimpin-pemimpin agama di Malaysia. Perjalanan jawatankuasa ini masih jauh. Perjalanan beliau di alam barzakh baru bermula. Didoakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin





Lirik Lagu Kekasih Barumu - Baim

Sunday, February 27, 2011 0 Komen

Kekasih Barumu Lirik – Baim

Jika nanti kau merasa sepi
ku di sini temanimu lagi
sekali lagi ooo sekali lagi

Walaupun kini
kau bukan milikku lagi
diriku ini
tetap akan temanimu

reff:
apakah kekasih barumu
sebaik diriku
menyayangi dirimu
sebaik diriku

sebenarnya aku
masih sayang padamu
jangan kau ragu
ku tetap kan menjagamu

repeat reff

reff2:
janganlah pernah kau sesali
keputusan ini
aku tetap di sini
sampai akhir hidupmu

repeat reff

janganlah pernah kau sesali
keputusan ini
aku tetap di sini
sampai saat kau nanti milikku lagi



Kekasih Barumu Lirik – Baim

Got To Go Lyrics – Najwa

Sunday, February 27, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Got To Go – Najwa

This time I'm gonna live my life
I ain't no stepford wife
No I ain't perfect
Gonna find somebody who's worth it
And no you ain't that person
Coz i caught you constantly flirtin'
With my best friend

So I guess I'll say goodbye
I'll find me another guy

Why (why why why)
You always makin' me
Cry (cry cry cry)
No I can't stand it
No you can't be my man
It don't matter who you are,
Even if you were a star
You've got to go
(Go go go go go go)

Read my lips I'm leavin'
And no no I ain't teasin'
This time it's for real
Gotta find you another girl
Coz this one sure ain't stayin
By the time you finish what you're sayin'
I'll be gone



Got To Go Lyrics – Najwa, Lirik Lagu Got To Go – Najwa

Daphne Iking peluk Islam

Saturday, February 26, 2011 0 Komen

Pengacara Daphne Iking peluk Islam bulan lalu

Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas.

Pemenang anugerah Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu turut mengakui beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, 30-an, pada 8 Januari lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua Daphne, 31, yang sebelum ini mengahwini Ryan Chong Yiing Yih, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 4.

"Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah," akui Daphne.

Biodata Redza Minhat

Saturday, February 26, 2011 0 Komen

Nama Penuh: Shah Redza Minhat
Panggilan: Redza Minhat
Usia: 30 tahun
Asal: Ipoh, Perak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan, Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
Filem: Pisau Cukur, Gol & Gincu
Drama: Impian, Goda
Teater: Tat Nenas, Gadis Jalan Burmah, Right Toast, Serangan Zombie Pertama Di Kuala Lumpur, Medea, Romeo & Juliet


Biodata Profil Miera Leyana

Saturday, February 26, 2011 0 Komen

Biodata Profil Miera Leyana

NAMA: Miera Leyana Kasmi
PANGGILAN KOMERSIAL: Miera Leyana
TARIKH LAHIR: 28 Ogos 1993
USIA: 18 tahun
TEMPAT LAHIR: Johor Bahru
KARIER: Pelakon dan model
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
HOBI: Membeli-belah, berenang dan menari
CITA-CITA: Ahli perniagaan
DRAMA: Antaranya Luna Fantasiku, Ceria- Ceria Cikgu Rubina, Kecuali Cintamu, Apa Itu Cinta, Ada Ubi Ada Batas, Kamelia Katrina, Aalia, Sejambak Bukan Serumpun dan Nana Naruto
FILEM: Apokalips (arahan Mamat Khalid)

Lauren Booth : Wartawan Penyiaran Britain Yang Memeluk Islam

Friday, February 25, 2011 0 Komen

100 ribu orang di United Kingdom telah memeluk Islam dalam sedekad yang lepas, kata wartawan penyiaran, Lauren Booth.

Bagaimanapun reaksi media di Britain mengenai pendedahan ini dan perkara lain berkaitan dengan Islam adalah dramatik dan negatif. Sehinggakan The Independent - akhbar Britain yang terkenal dengan pendekatan neutral - sanggup melabel penyebaran Islam sebagai 'PengIslaman Britain'.


Panggilan ini tentu sahaja mampu menimbulkan kegusaran banyak pihak yang selama ini menganggap Islam satu agama yang ekstremis.

"Ingat", kata Booth, "ini bukan risalah perkauman yang diedarkan oleh masyarakat di pinggiran, ini akhbar utama yang sangat disegani.

"Ia membuatkan anda terfikir bahawa memeluk Islam bukan sesuatu tindakan yang popular," katanya tergelak, merujuk kepada fitnah yang dilemparkan oleh media British terhadapnya sejak memeluk Islam tahun lepas.

Satu petikan dari The Independent mendedahkan bagaimana negatifnya pandangan rakyat British terhadap tindakan beliau memeluk Islam dengan mengajukan soalan ini kepada Booth: "Wanita jenis apa yang sanggup memeluk agama yang menganjur penyeksaan, penindasan dan pembunuhan beribu-ribu orang Kristian, homoseksual dan wanita yang berfikiran bebas di seluruh dunia?" "Ini langsung tidak masuk akal," kata Booth kepada hampir 300 hadirin semasa syarahan umum di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, baru-baru ini. "Tiada langsung pemikiran kritikal yang digunakan apabila bercakap tentang Islam. Tiada seorang pun yang bertanyakan soalan-soalan kerohanian seperti "Bagaimanakah sifat Allah?" "Apa yang anda tahu tentang Nabi (Muhammad)?" "Apakah maknanya jika kita sembahyang lima kali sehari?" "Adakah Islam spiritual? Saya teringin betul ditanya soalan-soalan sebegini.

"Sebaliknya, selepas saya habis sesuatu temubual di Britain, soalan yang biasa diajukan adalah "Adakah tudung yang anda pakai itu ketat?" atau "Tak rindu ke nak pergi pub?"

Agama tidak popular di UK

Booth berkata, frasa hidup pada Zaman Jahiliah lazim digunakan dalam menggambarkan cara hidup Islam.

Sebaliknya, cara hidup British dan Amerika adalah dianggap sebagai moden dan sesuatu yang didambakan.

Islam dianggap sebagai tidak sesuai dengan nilai-nilai British, yang sebelumnya bersifat Kristian, tetapi kini tidak lagi diamalkan dalam apa-apa cara yang bermakna.

Booth sendiri sebelum ini ialah seorang Yahudi, tetapi berkata beliau dibesarkan tanpa penekanan kepada agama. Beliau mendakwa kebanyakan anak orang kulit putih di Britain tidak mempunyai agama. Ibu bapa akan menandakan anak mereka sebagai Kristian di ruang bancian hanya kerana ia menjadi kebiasaan.

"Yang pastinya, semasa generasi saya membesar, tiada siapa yang memastikan diri mereka ke gereja setiap Ahad. Namun ketika saya kecil saya suka berdoa.

"Semasa berusia tujuh tahun, saya akan merapatkan kedua-dua tangan untuk berinteraksi dengan Tuhan.

"Kami beranggapan bahawa kami lebih kaya dari segi emosi dan psikologi berbanding wanita Islam.

"Tetapi dalam masyarakat kami ini, kebebasan bermakna kebogelan," katanya.

Beliau berkata seorang wanita di Britain merasa berhak untuk mendedahkan tubuhnya sebanyak mana dan pada bila-bila masa yang dikehendakinya.

"Kami juga ditanam dengan perasaan perlu untuk kelihatan cantik di hadapan lelaki pada setiap peringkat usia, sehinggalah zaman pencen. Jika anda tidak berusaha mengghairahkan setiap lelaki yang anda temui dan menarik perhatian mereka secara seksual, anda dianggap tidak menjaga badan.

"Panggilan yang paling teruk ialah jika anda dikatakan seperti mak orang. Peranan sebagai ibu dianggap sebagai jalan mati. Cubalah bayangkan," katanya.

Beliau berkata, sememangnya sesuatu yang menyedihkan apabila seseorang wanita itu dianggap tiada aspirasi selain hanya untuk kelihatan cantik bagi lelaki.

"Ini seolah-olah mengatakan, kalau sudah tidak cantik, tiada lagi yang boleh didambakan selain kematian. Tiada peranan lain dalam masyarakat untuk wanita selain untuk kelihatan seksi dan cantik sahaja.

"Tetapi ingat, ini yang dikatakan kebebasan."

Tanggapan salah akan wanita Islam

Booth mengakui beliau pernah memandang rendah wanita Islam sebelum memeluk Islam. Bagaimanapun, lawatan ke negara-negara Asia Barat atas kapasiti beliau sebagai aktivis hak asasi manusia, mendedahkan kepada beliau kepada personaliti sebenar seorang wanita Islam.

Mengenang semula lawatan beliau ke Lebanon pada 2007 untuk menemubual seorang pemerintah militia Hezbollah, Booth berkata beliau bersua dengan beberapa orang siswi, yang berhijab penuh, begitu lantang bersuara dan pintar.

"Mereka bukannya wanita yang hidup dalam ketakutan, yang akan dipaksa berkahwin dengan seorang yang tidak diingininya seperti yang digambarkan oleh mereka di Barat.

"Mereka mengiringi saya untuk menemubual seorang sheikh. Saya kagum betapa bebas mereka mencelah semasa beliau berbicara, dengan sekali-sekala mengangkat tangan untuk meminta beliau berhenti sebentar untuk membolehkan mereka menterjemah untuk saya," katanya.

Di UK pula, Booth berasa kagum dengan perbezaan kekuatan wanita Islam berbanding yang bukan Islam.

Rakannya, seorang ibu muda dengan dua orang anak boleh menguruskan keluarga pada waktu siang dan belajar untuk ijazah perubatan pada sebelah malam. Pada hujung minggunya pula beliau masih mampu menjalankan kerja sukarela.

"Berbanding dengan seorang rakan bukan Islam saya dengan hanya seorang anak, tidak mampu meneruskan kerja sambilannya tanpa bersungut, tidak memasak untuk keluarga, apatah lagi melakukan kerja-kerja sukarela," ujar Booth.

Booth percaya tenaga bagi menjaga keluarga dan menjalankan kerja sukarela datangnya daripada solat.

"Saya juga rasa ia hasil daripada kebijaksanaan dan tidak meminum arak," ketawa beliau.



Kartun Untuk Berdakwah

Friday, February 25, 2011 0 Komen

Sebut nama Jaafar Taib, Lat, Cabai, Ujang, Nudin, Zainal Buang Hussein, Rejabhad, Nan, Rossem, Don, Aloy, Rasyid Asmawi, Fatah dan ramai lagi nama yang seangkatan mereka, tentu ada yang sudah tergelak atau kalau tidak pun, tersenyum sendirian.

Ingatan kita sepantas kilat akan terbayang kembali kepada kartun-kartun jenaka, lawak maut dan tidak kering gusi seperti Jungle Joke, Kampung Boy, Aku Budak Minang, Ayop Anak Tulakang, From Taiping With Love, Pendekar Mata Tiga, Tiga Gadis Pingitan, Lagak A. Mahmud dan banyak lagi.

Inilah barisan kartunis popular tanah air yang cukup sinonim dengan kemunculan majalah Gila-Gila pada 1 April 1978.


Gila-Gila melakar pelbagai sejarah penting dalam landskap perkembangan seni lukis kartun dan penerbitan tanah air dengan menjadi perintis, pencetus, penggalak, trend setter, melahirkan tokoh dan kartunis baru dan mengangkat martabat dan kedudukan seni lukis kartun dan komik secara umumnya.

Pensyarah Sejarah dan Kritikan Seni di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, Profesor Dr. Muliyadi Mahamod dalam buku tulisannya berjudul Dunia Kartun: Menyingkap Pelbagai Aspek Seni Kartun Dunia dan Tempatan ada menjelaskan dalam salah satu bab di dalam buku ini bahawa Gila-Gila lahir tepat pada waktunya ketika negara ketandusan bahan bacaan berasaskan kartun, komik dan karikatur yang kukuh.

Ia beracuan konsep formal kartun global seperti dalam majalah popular Amerika Syarikat (AS), Mad serta berlatarbelakangkan masyarakat, dunia hiburan dan komik tanah air.

Kata Dr. Muliyadi, penerbitan majalah ini ibarat pemangkin yang mencetuskan semacam kebangkitan kartun Melayu. Apabila Gila-Gila terbit ketika itu, kelihatan kartunis ada ruang untuk menyalurkan hasil karya mereka.

“Selepas itu, kita lihat penerbitan majalah-majalah lain seperti Gelihati, Mat Jenin, Batu Api, Humor, Ujang sehinggalah sekarang telah muncul majalah seperti Gempak, Utopia, Starz, Jom, G3 dan banyak lagi.

“Tahun 1980-an pula dilihat era kecemerlangan kepada dunia kartun Melayu kerana kemunculan lebih banyak penerbitan majalah, pelbagai pameran dan seminar. Kemuncaknya pada tahun 1990 ditubuhkan Persatuan Kartunis Malaysia (Pekartun) dan diikuti International Gathering of Cartoonist, anjuran oleh Datuk Lat dengan Kampung Boy Sdn. Bhd. yang berjaya menghimpunkan para kartunis seluruh dunia seperti Filipina, Perancis, China, Belanda,” katanya kepada Mega, Utusan Malaysia, di pejabatnya, baru-baru ini.

Menurut Dr. Muliyadi, seni lukis kartun mempunyai sejarahnya yang panjang. Bermula daripada lukisan pada gua, wang kulit dan media cetak sehinggalah kepada media digital.

Kata beliau, dalam tahun 30-an kartun banyak menyentuh hal berkaitan semangat kebangsaan Melayu, kritikan terhadap penjajahan, isu kedatangan bangsa dagang, perjuangan kemerdekaan dan menegur orang Melayu.

Selepas merdeka, kartun-kartun adalah berkaitan polisi kerajaan yang mahu menekankan perpaduan bangsa, konsep muhibbah, menunjukkan kesatuan antarabangsa Melayu dengan bangsa-bangsa lain dan ada juga kartun di Utusan Zaman yang fokus kepada isu konfrantasi dengan Indonesia.

“Ini membuktikan kartun sangat berkait dengan perkembangan politik, keadaan ekonomi, sosio-politik negara, pemilikan akhbar, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan penapisan diri sendiri,” jelasnya.

Dalam konteks ini kata Dr. Muliyadi, kartun terus digunakan sebagai ‘senjata’ untuk memperbaiki sikap Melayu.

Selain itu, kartun terus berperanan sebagai senjata mengkritik, menyindir serta mendedahkan pelbagai kepincangan dalam isu-isu setempat dan sejagat.

“Kalau dahulu, selepas merdeka kita melihat kebanyakan akhbar didominasi oleh media arus perdana. Sekarang, kita melihat sudah adanya akhbar-akhbar alternatif.

“Ini mempengaruhi bentuk kartun agar menjadi lebih terbuka. Maksudnya, tidak semua kartun memberi sokongan kepada dasar-dasar kerajaan,” terang Muliyadi kartun bukan hiburan semata-mata.

Menurut beliau lagi, peranan kartun itu memang sentiasa ada dan sentiasa konsisten. Cuma mungkin kita mempunyai banyak pilihan sama ada melihat dalam bentuk yang bagaimana?

Contohnya, kekuatan animasi Upin & Ipin adalah pada unsur hiburan, pengajaran dan unsur jenaka yang dipersembahkan dalam watak-watak yang agak universal. Ia sesuai bukan hanya kepada masyarakat Malaysia tetapi masyarakat global.

Sebenarnya, kata Dr. Muliyadi, kartun-kartun sebelum merdeka di akhbar sudah mencerminkan unsur-unsur dakwah, contohnya mengkritik orang Melayu yang kebaratan.

“Begitu juga dengan kartunis Lat sendiri iaitu pada tahun 2001, beliau membuat siri kartun di Berita Harian bertajuk, Ayuh Ke Masjid’.

“Contohnya mengajak kanak-kanak ke masjid, cara sembahyang dan cara berwuduk. Ini sudah jelas sifat dakwah yang cuba disampaikan oleh Lat. Agak unik juga kerana sebelum ini Lat banyak menghasilkan kartun yang agak simbolik.

“Rossem pula hasilkan kartun Kristian vs Islam, Kartun Lanun, karya Ujang dan kawan-kawannya juga banyak menekankan aspek dakwah yang ketara.

“Begitu juga dengan majalah Ana Muslim dan Sayang Muslim,” kata Dr. Muliyadi.

Oleh ZUARIDA MOHYIN

Yuhaizat Abdullah calon PAS pilihan raya kecil DUN Merlimau

Friday, February 25, 2011 0 Komen

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizat Abdullah, 38 dipilih sebagai calon PAS tanding pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang, membuat pengumuman itu di Markas PAS As-Solihin Merlimau Pasir dekat sini, kira-kira jam 11.25 malam tadi.

Hassanudin Salim calon PAS di DUN Kerdau

Friday, February 25, 2011 0 Komen

Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanudin Salim, diumumkan sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac depan.

Demikian pengumuman Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat

Dividen Bank Rakyat 15%

Friday, February 25, 2011 0 Komen

Buat tahun ke-12, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Dividen itu membabitkan pembayaran sejumlah RM294.9 juta yang akan mula dibayar kepada anggotanya mulai esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negari, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, agihan dividen yang konsisten oleh bank itu hasil keuntungan sebelum cukai dan zakat Bank Rakyat sebanyak RM1.72 bilion.

Ia merupakan kenaikan sebanyak 10.8 peratus atau RM167.1 juta berbanding RM1.55 bilion pada 2009.

Pertambahan keuntungan itu dipacu oleh pertumbuhan pembiayaan terutama pembiayaan peribadi dan pendapatan berasaskan yuran serta kenaikan deposit.

''Bank Rakyat turut merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.34 bilion berbanding RM1.13 bilion pada tahun sebelumnya,'' katanya pada sidang akhbar bagi pengumuman prestasi Bank Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, bank itu masih mengekalkan pemberian dividen sebanyak 15 peratus meskipun keuntungan meningkat.

''Kita akan membawa keuntungan yang diperoleh untuk menjana pendapatan pada masa depan,'' tambah beliau.

Kamaruzaman berkata, untuk tahun ini, bank itu mengunjurkan peningkatan pendapatan meningkat sebanyak 10 peratus, lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Beliau menyifatkan pertumbuhan 10 peratus itu adalah kadar yang selesa bagi Bank Rakyat selepas mengalami pertumbuhan besar pada 2010.

''Unjuran yang dibuat itu adalah normal, tanpa ada sebarang ekstra dan kita jangkakan prestasi masih kekal kukuh sekiranya kadar faedah stabil,'' ujarnya.

Beliau berkata, pada tahun ini Bank Rakyat berhasrat untuk menambah lapan lagi cawangan sedia ada yang berjumlah 127 buah dengan membabitkan pelaburan sebanyak RM1 juta setiap sebuah.

Bank Rakyat juga merekodkan kenaikan pendapatan kasar sebanyak 24.3 peratus kepada RM4.70 bilion manakala pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit sebanyak RM3.05 bilion berbanding RM2.61 bilion tahun sebelumnya.

Pendapatan sumber pembiaya melonjak kepada RM4.04 bilion, yang mana 92 peratus atau RM3.71 bilion disumbangkan oleh perbankan pelanggan dan bakinya sejumlah RM323.9 juta melalui perbankan komersial.

Pendapatan berasaskan yuran juga bertambah sebanyak RM92.3 juta.

Jumlah aset meningkat sebanyak 22.3 peratus atau RM11.27 bilion kepada RM61.91 bilion berbanding RM50.64 bilion pada tempoh sebelumnya.

Jumlah deposit Bank Rakyat naik kepada RM52.49 bilion bagi tahun lalu dan kedudukan kecairan kekal kukuh pada kadar 27.3 peratus berbanding 25.2 pada 2009.

Dana pemegang saham Bank Rakyat juga meningkat kepada RM5.95 juta dengan bilangan anggota seramai 758,356 orang.

Pelakon lelaki popular dicekup JAIS

Friday, February 25, 2011 0 Komen

Seorang pelakon terkenal bersama dua rakan serumahnya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam.

Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.

Menurut sumber, tiga anggota penguat kuasa JAIS dan tiga anggota polis telah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 6.45 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.

"Serbuan dilakukan setelah polis menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam rumah melakukan perkara tidak bermoral dan mencurigakan," katanya di sini semalam.

Senarai Pemain Skuad Olimpik Malaysia?

Friday, February 25, 2011 0 Komen

Antara pemain yang disenaraikan dalam Skuad Olimpik Malaysia adalah :



1.KHAIRUL FAHMI B CHE MAT - KELANTAN

2.AHMAD SHAKIR B ALI - KEDAH

3.FAIZAL ABU BAKAR - KEDAH

4.MOHD FAKRI B SHAARANI - NEGERI SEMBILAN

5.GURUSAMY GOVANDAR A/L KANDASAMY - HARIMAU MUDA A

6.MAHALI B JASULI - HARIMAU MUDA A

7.MOHAMAD MUSLIM B AHMAD - HARIMAU MUDA A

8.MOHD AFFIZE FAIZAL FAISAL B MAMAT - HARIMAU MUDA A

9.MOHD FAIZAL B MUHAMAD - HARIMAU MUDA A

10.SIVANESAN A/L SHANMUGAM - HARIMAU MUDA A

11.MOHD IRFAN B FAZAIL - HARIMAU MUDA A

12.WAN ZACK HAIKAL B WAN NOR - HARIMAU MUDA A

13.WAN ZAHARULNIZAM B WAN ZAKARIA - HARIMAU MUDA A

14.MOHD IZHAM TARMIZI B ROSLAN - HARIMAU MUDA A

15.MOHAMMAD FADHLI B MOHD SHAS - HARIMAU MUDA A

16.GARY STEVEN A/L ROBBAT - HARIMAU MUDA A

17.MOHD FANDI B OTHMAN - HARIMAU MUDA A

18.MOHD FERRIS DANIEL B MAT NASIR - HARIMAU MUDA A


Artis yang bakal membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010)

Friday, February 25, 2011 0 Komen

Berikut senarai artis dan selebriti yang akan membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010)yang bakal berlangsung di Arena All Stars, Genting Highland pada 3 April 2011.:-


Artis Yang Membuat Persembahan:

1. Adira

2. Along

3. Altimet

4. Alyah

5. Ana Raffali

6. Angah Raja Lawak

7. Anuar Zain

8. Azlan & The Typewriter

9. Siti Nurhaliza

10. Ella

11. Farhan

12. Hujan

13. Johan Raja Lawak

14. Nabil Raja Lawak

15. Ning Baizura

16. Shima Bintang Idola

17. Suhaimi Meor Hassan

18. Yuna

19. Zizan Raja Lawak

Senarai penyampai trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010)

Friday, February 25, 2011 0 Komen

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) bakal berlangsung di Arena All Stars, Genting Highland pada 3 April 2011.

Berikut senarai penuh penyampai trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010)

Penyampai trofi

1. Aeril Zefril

2. AG- Hot FM

3. Ahmad Idham

4. Aida Aris

5. Aida Khalida

6. Anita Sarawak

7. Ashraf Muslim

8. Bintang Idola

9. Dynaz Mokhtar

10. Fahrin Ahmad

11. Faizal Tahir

12. Fasha Sandha

13. Fizz Fairuz

14. Hans Isaac

15. Irma Hasmie

16. Jehan Miskin

17. Juliana Evans

18. Kamal Adli

19. Natasha Hudson

20. Raja Azmi

21. Rita Rudaini

22. Sharnaaz Ahmad

23. Shah Jaszle

24. Sharifah Zarina

25. Sheera Iskandar

26. Suraya Hot FM


Islamic Song Festival (ISF),30 April - 1 Mei ini, Kuala Lumpur Convention Centre

Thursday, February 24, 2011 0 Komen

Konsert nasyid bertaraf antarabangsa, Islamic Song Festival (ISF)dianjurkan syarikat pengurusan Out of This World Sdn. Bhd. (O2TW)akan berlangsung selama dua malam iaitu pada 30 April dan 1 Mei ini, Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre. Ia diserikan dengan kehadiran 14 artis nasyid, secara berkumpulan, solo dari dalam dan luar negara.

Artis nasyid solo tempatan yang bakal berdiri di atas pentas Konsert ISF ialah pendendang lagu Mimpi Laila, Yassin.

Kumpulan Brothers turut diberikan peluang untuk muncul dalam konsert berdurasi empat jam, bermula pukul 8 malam itu.
THE BROTHAHOOD


Pentas Konsert ISF akan dikongsi bersama The Brothahood dari Australia, Khaleel Mohamad, Aashiq Al-Rasul (United Kingdom), Khalid Belrhouzi, La Rappel (Perancis) dan Ziryab (Arab Saudi).

Lain-lain artis ialah Bennami (Brazil), Zain Bhikha (Afrika Selatan), Fez dan Meghani & Aftab Ali, kumpulan Native Deen, kumpulan Noor (Amerika Syarikat) dan Opick serta kumpulan Debu (Indonesia).

Menurut Pengarah Operasi O2TW, Afizah Ismail, idea untuk menganjurkan ISF buat kali kedua tercetus atas dasar kesedaran terhadap cita rasa muzik di kalangan remaja di negara ini mahupun di seluruh dunia.

Kali pertama konsert itu diadakan ialah pada tahun lalu.

“Sebab itulah kami menjemput artis-artis nasyid antarabangsa yang memperjuangkan irama nasyid moden dengan susunan muzik yang catchy dan terkini untuk mengadakan persembahan.

“Mulanya kami menghantar surat jemputan kepada 40 artis nasyid seluruh dunia. Namun setelah diteliti dari segi genre muzik dan jadual acara, kami hanya menetapkan 12 artis sahaja.

“Kemudian kami memutuskan untuk menjemput kumpulan Brothers dan Yassin bagi melengkapkan senarai penghibur pada festival dua hari itu nanti.

“Jadi, pada hari konsert nanti, seramai 14 artis nasyid yang akan mengadakan persembahan,” kata Afizah ketika dihubungi baru-baru ini.

Beliau berkata, Konsert ISF adalah peluang yang diberikan kepada artis-artis nasyid untuk kembali mendapat tempat di hati peminat lagu-lagu nasyid di Malaysia.

Selain daripada itu, acara ini juga berkaitan dengan imej negara sebagai hab terbaik untuk perkembangan irama nasyid di mata dunia.

Justeru, katanya, sejajar dengan imej Malaysia sebagai model negara Islam yang menuju ke arah status negara maju, konsert ini adalah platform terbaik untuk mengimbangi di antara hiburan dan dakwah.

Lirik Lagu Cuma Aku - Heliza Helmi

Thursday, February 24, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Cuma Aku - Heliza Helmi

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu, aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Apa kata kamu, mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tahu

Untuk apa cinta jika tidak sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang



Wan Syamira Putri Octavia (Anak Iwan dan Rosnah) berkahwin

Wednesday, February 23, 2011 0 Komen

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu-lagu dangdut, Wan Syahman Wan Yunus, 48, (Iwan), bersyukur apabila anak kedua hasil perkahwinannya dengan aktres popular era 1980-an, Rosnah Mohd. Noor, selamat diijabkabulkan Sabtu lepas.

Majlis persandingan Wan Syamira Putri Octavia dengan jejaka pilihannya, Mohd. Izat Abdul Rahman pula diadakan di rumah Rosnah di Taman Putra Perdana, Puchong.

Iwan yang pernah berkahwin dengan Rosnah selama lapan tahun, dikurniakan tiga cahaya mata.

Yang sulung, Wan Ramadha, 22, kini masih menuntut di salah sebuah universiti di Australia, Wan Syamira Putri Octavia, 20, dan yang bongsu, Wan Shahira, 18.

Selepas bercerai dengan Rosnah, Iwan berkahwin buat kali kedua dengan Wan Rafidah Abu Bakar tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Iwan dan Rafidah sebaliknya mempunyai seorang anak angkat bernama Nursyafiqah Emisya yang kini berusia sembilan tahun.


Majlis persandingan Wan Syamira yang diadakan dalam suasana yang cukup meriah, turut dihadiri artis-artis senior seangkatan Iwan seperti Rohana Jalil, Nassier Wahab dan Siti Fairuz.

Iwan yang pernah diberi gelaran Raja Dangdut kerana di tangannya, lahir ratu dangdut, Amelina pada pertengahan tahun 1990, kelihatan begitu sibuk melayan tetamu yang hadir pada majlis persandingan anaknya.

Namun dalam kesibukan itu, dari raut wajahnya, Iwan nampak lega dan lapang kerana tanggung jawabnya sebagai seorang ayah kepada Wan Syamira bukan sahaja telah tertunai tetapi juga dapat diserahkan kepada menantunya.

“Tiada kata-kata yang dapat saya ucapkan selain daripada bersyukur ke hadrat Tuhan kerana puteri sulung saya ini telah selamat diijabkabulkan.

“Biarpun usia anak dan menantu saya sebaya dan masih muda namun itu bukan bermakna mereka tidak boleh melayari bahtera rumah tangga.

“Apabila saya mewalikan pernikahan anak saya semalam, dalam dada ini saya mendoakan agar dia bahagia dan selamat menjalani alam perkahwinan," katanya.

Pelantun lagu Yang Sedang-Sedang Saja memberitahu, majlis akad nikah anaknya diadakan di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur selepas Zuhur.

Setengah jam sebelum dinikahkan, Wan Syamira ditunangkan dengan Mohd. Izat dalam satu majlis yang cukup ringkas.

Selain wang hantaran berjumlah RM20,211, pasangan itu turut bertukar-tukar hantaran. Pihak perempuan menyerahkan 13 dulang, dibalas 11 daripada Mohd. Izat.

Kata Iwan, ada sebab mengapa dia membenarkan anaknya berkahwin pada usia muda.

“Pada saya, daripada berkawan dan bebas keluar ke mana-mana tanpa ikatan yang sah, lebih baik mereka dinikahkan. Dari situ, masing-masing akan tahu tanggung jawab yang perlu ditunaikan.

“Apabila dia sudah bersuami, biarlah suaminya yang menjaganya dan tanggungjawab saya sebagai ayah, sudah selesai,” kata Iwan.

Filem Kembar Siang Ada Tarikan

Wednesday, February 23, 2011 0 Komen

Filem baru, pelakon Intan Ladyana, Kembar Siang arahan Dr Hatta Azad Khan yang akan ditayangkan di pawagam mulai esok (24 Februari), punya tarikan tersendiri kerana bergandingan bersama kekasih hati, Kamal Adli sebagai pelakon utama.

Akui Intan, mereka sudah banyak kali berlakon bersama dalam pelbagai drama antaranya Seribu Kali Cinta dan Kekasihku Is Setan, tetapi untuk filem ini adalah pertama kali digandingkan. "Secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah berlakon bersamanya. Sebaliknya, saya tidak tahu bagaimana persepsi penonton terhadap kami dalam filem kali ini. Berdasarkan lakonan lalu, saya terima respon positif.

"Setiap kali penggambaran, saya selalu bertanya kepada pengarah mengenai lakonan sendiri. Jika dulu saya tidak tahu apa itu konti, kini saya lebih faham kerja pelakon.

"Memang pengalaman banyak mengajar saya dan apabila berlakon seterusnya, saya cuba perbaiki lakonan agar lebih baik," katanya.

Sepanjang dua tahun berpacaran, Intan berkata, dia bersama Kamal masih sibuk memberi fokus pada kerjaya masing-masing dan belum merancang menamatkan zaman bujang.

Menerusi Kembar Siang terbitan Metrowealth MIG Production yang membawa genre komedi romantik, Intan dan Kamal membawa dua watak iaitu pasangan kembar seiras. Kamal melakonkan watak Awal dan Awi manakala Intan Ana dan Ani dan untuk membezakan kedua watak itu, Ana tampil bertudung.

Dalam kesibukan mempromosi Kembar Siang, Intan juga sibuk di lokasi penggambaran filem baru, Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hasim. Filem genre aksi komedi ini sekali lagi menggandingkan Intan bersama Sam sebagai suami isteri dan turut dijayakan Norliana Samsudin (Yana). Kali ini Intan dan Yana bermadu apabila Intan memegang watak Riana iaitu isteri kedua dan Yana isteri pertama. Intan juga baru selesai proses memasukkan suara untuk filem seram, Flat 3A arahan Azhari Zain. Menariknya, Intan menghayati watak gadis kilang yang tergamak membuang anak dalam filem ini. Sementara itu, Hatta berkata, pemilihan Kamal dan Intan untuk filem ini bukan kerana kisah cinta mereka tetapi apa yang berlaku secara kebetulan. Katanya, dia puas hati dengan lakonan mereka berdua.

"Ini juga filem kedua saya bersama MIG selepas Senario Asam Garam yang ditayangkan hari raya tahun lalu dan masih selesa membawa genre komedi dalam karya saya.

"Dalam Kembar Siang, saya menyampaikan kisah kembar seiras antara Awal menjaga adiknya, Awi yang mengalami terencat akal tetapi mempunyai kelebihan pada pengetahuan seperti subjek sejarah dan matematik.

"Orang sekeliling keliru melihat fizikal mereka sama tetapi dari aspek perwatakan, baru mereka kenal. Cabaran membawa dua watak kembar ini bukan hanya pada saya tetapi pada Kamal sendiri.

"Dalam filem ini, saya dibantu 16 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Ketika menyiapkan filem ini, saya berbincang bersama pelajar mengenai sesuatu adegan untuk mendapat pandangan penonton muda sama ada adegan itu menjadi atau tidak. Ada pandangan mereka saya ambil untuk menjadikan adegan itu lebih menarik," katanya.



Pengarah terkenal filem Mat Som dan Wayang ini berkata, dialog yang membawa dua maksud berbeza dan sindiran adalah perkara lazim digunakan dalam cerita komedi. Malah, dalam filem ini beliau turut menyampaikan mesej mengenai sikap peniaga dan pelanggan yang jujur serta kasih sayang abang terhadap adik hingga sanggup mencari jodoh. Bagi produser MIG, David Teo, melihat penerbitan filem kali ini tambah mencabar kerana bilangan filem baru yang diterbitkan termasuk menanti tayangan semakin banyak.

"Selepas kejayaan besar Ngangkung meraih kutipan RM8.45 juta, filem Kembar Siang menjadi pembuka tirai filem MIG tahun ini. Buat masa ini, saya tidak tahu berapa banyak filem sendiri yang akan ditayangkan. Masih ada tujuh filem baru lain berbaris menunggu tayangan. "Namun, apa yang penting saya mahu membangun modal insan pada karyawan dan penonton. Seperti filem baru kali ini, ia sesuai ditonton penonton muda," katanya.

Kembar Siang adalah filem keempat ditayangkan selepas Khurafat arahan Syamsul Yusof pada 13 Januari dan mencatat kutipan membanggakan lebih RM8 juta diikuti Haq (27 Januari) dan Sini Ada Hantu (10 Februari).

Mulai Mac ini, satu filem ditayangkan setiap seminggu bermula dengan Hikayat Merong Mahawangsa pada 10 Mac, Ratu The Movie (17 Mac), ...Dalam Botol (24 Mac) dan Cun (31 Mac).

Syed Ibrahim Syed Ahmad calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau

Wednesday, February 23, 2011 0 Komen

"Saya berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik dan bekerja kuat untuk membela nasib rakyat Kerdau," itulah janji Syed Ibrahim Syed Ahmad sebaik dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Syed Ibrahim, 44, berkata, pencalonan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sri Ketumbit, di sini, hari ini, merupakan satu amanat dan tanggungjawab besar yang harus digalas beliau sebaik mungkin.

Sambil mengucapkan jutaan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti yang memilihnya, anak kelahiran Kampung Kuala Tekal, Temerloh itu berkata, peluang itu tidak akan disia-siakannya.

“Saya dengan rendah hati menerima pencolanan itu dan saya akan memastikan nasib rakyat akan dibela," katanya kepada pemberita. – Bernama





Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru perlu diteliti

Wednesday, February 23, 2011 0 Komen

Kerajaan diminta memperhalusi Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru sebelum ia dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen Mac ini bagi memuaskan hati penduduk kawasan berkenaan.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, ini kerana beberapa cadangan dalam rang undang-undang itu didapati menimbulkan keresahan di kalangan penduduk Kampung Baru seperti terma mengenai “kuasa mutlak menteri”.

Justeru, katanya, Kementerian Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar diminta mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyelesaikan perkara yang ditimbulkan oleh mereka sebelum Mac ini.

“Saya melihat ketika dibentangkan kali pertama, akta ini menakutkan orang. Contohnya, kuasa menteri adalah mutlak, maknanya tidak boleh didakwa.

“Bagi pemilik tanah di Kampung Baru, makna kuasa mutlak ialah apabila menteri itu berbuat sesuatu, ia harus dilaksanakan. Itulah maksud tersirat yang difahami pemilik tanah Kampung Baru,” katanya.

Beliau ditemu bual dalam rakaman program Sembang Online bertajuk ‘Pembangunan Kampung Baru: Realiti atau Retorik’ di Bangunan Zikay di Kampung baru di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Zikay, Datuk Mohd. Khay Ibrahim.

Johari menambah, selain isu kuasa mutlak menteri, akta itu juga merunsingkan penduduk terbabit terutama mengenai cadangan pembubaran badan Penempatan Tanah Pertanian Melayu (Mas) di Kampung Baru.

Katanya, perkara itu meresahkan penduduk kerana mereka merasakan Mas perlu dikekalkan demi kepentingan dan kelangsungan Melayu.

Dalam perkembangan sama, Johari memberitahu, UMNO akan terus memperjuangkan nasib para pemilik tanah di Kampung Baru agar mereka berupaya mendapat pulangan memuaskan menerusi program pembangunan pada masa depan.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk Kampung Baru agar tidak terpengaruh dengan hasutan mana-mana pihak yang dilihat cuba memanipulasi isu tersebut demi kepentingan politik mereka. - Utusan

Email dan laman web palsu TNB

Wednesday, February 23, 2011 0 Komen

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya oleh e-mail dan laman web palsu mengenai pengambilan pekerja, yang dikatakan dicipta penjenayah siber untuk tujuan mencuri maklumat peribadi dan sulit mereka.

Dalam kenyataan di sini hari ini, TNB menasihati orang ramai supaya mengabaikan dua e-mail berkenaan iaitu recruit@tnb-my.com dan hrd@tnb-my.com yang menawarkan peluang pekerjaan dalam TNB.

"Orang ramai juga dinasihati supaya tidak mengklik laman pemancing data http://www.tenaganasionalenergy-my.com/ yang mirip laman web sebenar TNB http://www.tnb.com.my,” kata kenyataan itu. - Bernama

Gempa Bumi New Zealand: Wisma Putra buka bilik operasi

Wednesday, February 23, 2011 0 Komen

Kementerian Luar telah menggerakkan Bilik Operasinya di Putrajaya bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berhubung situasi terbaru gempa bumi di Christchurch, New Zealand.

Kementerian itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, bilik operasi itu boleh dihubungi menerusi nombor 03-88874570, 03-88874770, 03-88892746 dan 03-88892830.

Gempa Bumi New Zealand

Orang ramai boleh juga menghubungi Siti Jalilah Abd Manap, pegawai di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, menerusi nombor 64-21-02102167 atau faks 64-43856973 dan emel: jpanz01@xtra.co.nz.

Suruhanjaya Tinggi itu sedang memantau keadaan dan sentiasa berhubung dengan persatuan pelajar Malaysia di Christchurch dan dengan pihak berkuasa New Zealand bagi mendapatkan maklumat terbaru dan nasihat sewajarnya.

Suruhanjaya itu telah menghantar pegawai-pegawai untuk membuka dan mengendali bilik operasi di Christchurch bersama Jabatan Pelajar Malaysia, kata kenyataan itu. – Bernama





Gempa Bumi New Zealand: Christchurch seperti zon perang

Tuesday, February 22, 2011 0 Komen

Seperti zon perang. Itulah gambaran yang diberi pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 melanda wilyah itu hari ini.

"Keadaan seperti kena bom dan seolah-olah berada di zon perang. Saya tercampak beberapa meter dari tempat bekerja hingga menyebabkan kaki saya lebam teruk serta kasut koyak,” kata Abdullah Mohd Nawi ketika dihubungi Bernama.




Pelajar ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Canterbury itu berkata, beliau sempat berlindung di bawah meja bagi mengelakkan dihempap oleh benda yang jatuh.

"Sebaik keluar dari bangunan itu, saya agak hilang arah dan tidak tahu hendak ke mana, rasa takut jangan cakaplah apatah lagi apabila melihat keadaan sekeliling orang berlari-lari untuk selamatkan diri serta bunyi siren bomba, polis dan ambulans,” katanya. - Bernama

EYE - Bimbang Serumpun Kasih Terbuang Lirik

Tuesday, February 22, 2011 0 Komen

EYE - Bimbang Serumpun Kasih Terbuang Lirik

Kemana nak ku bawa
Hati ini hancur tak terkata
Kiambang nan terapung
Akar tak jejak ke dasar gayanya

Namun ku masih keliru
Bila engkau mencurahkan kata
Kita harus berpisah
Apa benar atau kau bersenda

Kasih katakanlah
Bicara mu itu hanya gurauan
Hanya engkau sahaja
Idaman ku payah ku temu

Bimbang aku bimbang
Engkau hilang
Bawa serumpun kasih
Yang telah ku semaikan
Di hati ku
Hanya untuk mu

Lagu : Izam (EYE)
Lirik : Izam (EYE)

Biodata Randy Pangalila dan Gambar

Tuesday, February 22, 2011 0 Komen

Bioadata Randy Pangalila / Galang

Nama Penuh : Randy D Pangalila
Nama Panggilan : Randy Pangalila
Tempat dan Tarikh Lahir : Surabaya, 19 Oktober 1990
Pendidikan Terakhir : Pendidikan di Rumah
Nama Ayah : E.H.A. Pangalila
Nama Ibu : Aghata Lisa
Hobi : Randy pangalilawondo
Makanan Kegemaran : Sate Padang
Warna Kesukaan : Hitam
Zodiak : Libra

Sinetron Randy Pangalila

* Alyssa
* Gue Banget
* Cinta Fitri
* Cinta Kirana
* Chelsea
* Karissa
* Sumpah I Luv U

Filem Randy Pangalila

* Oh Baby

Gambar Randy Pangalila

Galang Cinta Kirana

Biodata Randy Pangalila

Randy Pangalila

Randy Pangalila

Randy Pangalila gambar

Galang Cinta Kirana/Randy Pangalila

Biodata Randy Pangalila

Randy Pangalila





Siti Sarah & Shuib (Sepah) nikah 26 Februari 2011

Tuesday, February 22, 2011 0 Komen

Sarah Raisuddin bakal melangsungkan pernikahan dengan Shuib Sepah, Sabtu ini (26 Februari 2011).

Majlis akad nikah mereka akan berlangsung di Jeumpa D'ramo, Bukit Bangsar pada jam 4 petang.

Sarah merancang untuk menggunakan konsepkan moden kontemporari dan tema warna emas, putih dan oren sebagai tunjang utamanya dalam majlis tersebut.

Memilih rekaan Hatta Dolmat dan Deq Sha untuk menatarias dirinya dan Shuib pada hari tersebut, penyanyi berusia 27 tahun ini mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.

"Bohonglah kalau saya cakap tak bersedia untuk jadi seorang isteri. Saya sedang dalam fasa mempelajari dan bersiap sedia dengan menukar status diri. Lagipun bagi saya tak elok untuk ditangguhkan lagi benda yang elok dan sudah tiba juga masanya bagi kami menokhtahkan hubungan ini kepada ikatan perkahwinan," katanya yang telah pun mengikat tali pertunangan bersama Shuib sejak November tahun lalu.

Anak Ayah Pin, Mohd Khairul Adhar Arifin cemerlang STPM Terengganu

Tuesday, February 22, 2011 0 Komen

Anak Arifin Mohamad atau 'Ayah Pin' adalah antara 12 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Terengganu.

Mohd Khairul Adhar Arifin, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, memperolehi 4A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Seni Visual, Bahasa Melayu dan Sastera.

Anak keempat daripada enam adik beradik itu tidak menjadikan kontroversi yang berkisar mengenai ayahnya sebagai halangan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

"Apa yang berlaku ke atas ayah saya, saya tidak ambil kisah dan ia tidak mengganggu pelajaran saya. Sudah enam tahun saya tidak jumpa ayah dan ibu yang banyak memberikan saya semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan supaya dapat mengubah nasib kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di sekolahnya hari ini.

Mohd Khairul Adhar memperuntukkan masa selama lima jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran selain menyertai diskusi kumpulan dengan rakan sekelas.

Dengan pencapaian yang cemerlang itu, Mohd Khairul menyimpan hasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Lirik Lagu Jangan Lama Lama Jinbara

Monday, February 21, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Jangan Lama Lama Jinbara

Jangan tunggu lama-lama
Nanti lama-lama dia diambil orang

Apabila engkau berjumpa dengan seorang dara
Yang banyak memberi harapan
Dengan sepenuh jiwa
Jangan biarkan dia menunggu
Janganlah sampai dia berlalu

Jangan fiqir lama-lama
Nanti lama-lama dia diambil orang

Jiwaku ragaku hatiku nafasku untukmu
Senyummu jelingmu manjamu sinismu untukku
Bayang dalam pesona
Cerita dan ceritera
Sanubara dunia nyata
Satu alam dua jiwa

Tak tahan hatiku menanggung rindu
Tak sabar rasanya untuk bertemu
Jangan biarkanku lama menunggu
Karam di hati tak siapa tahu

Sesal dan kesal engkau nantinya
Bila bungamu dirayu orang
Kemana engkau akan mencari
Bila sang bunga melangkah pergi

Kerna tunggu lama-lama
Nanti lama-lama dia diambil orang

Apabila engkau berjumpa dengan seorang dara
Yang terlalu banyak meminta
Tiada menimbang rasa
Jangan dimanja atau dipandang
Walaupun hanya sebelah mata

Lagi-lagilah lama





Lirik Lagu Parasit - Jinbara

Monday, February 21, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Parasit – Jinbara

Dedaun kecewa gugur menjamah
Bumi sekian lama
Kabur sehingga bertukar warnanya
Dan ia gugur lagi

Duka dendam sakit hati
Tindih menindih membusung x2

Ku alihan, ku pusing, ku adun
Segenggam pengawet yakin
Setitis kimia tabah dicampur
Menjadi bahan pengajaran

Duka dendam sakit hati
Tindih menindih membusung x2

Ku semaikan pohon cinta
Bersiramkan pengalaman
Berbajakan pengajaran
Tumbuh subur mekar segala
Parasit disula
Cintaku abadi…

JINBARA Lirik Lagu Parasit   Jinbara

Artist: Jinbara
Title: Parasit
Album: Interpretasi Mental



Jinbara, Lirik Lagu Parasit

Lirik Lagu Karma Faizal Tahir

Monday, February 21, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Karma Faizal Tahir

Seumur hidup memang tak mungkin
Untuk aku terus bersama mu
Seumur hidup hanya untuk mu
Menyakitkan, memuaskan diri mu

Halalkan segala makan dan minum ku
Dan cari aku kira kau masih berani
Berdepan realiti

Hey! Jangan kau sentuh
Aku bukan boneka
Hey! Kamulah kamu
Aku bukan boneka
Hey! Kelak kau tahu
Lewat hari mu

5 tahun dalam kegelapan
Hari ini kau bebas berjalan
5 tahun dalam kebenaran
Hari ini hari kamu dan aku

Dan karma kan mengambil tempat
Menjemput kau pulang
Ku harapkan kau kembali

Hey! Biar kau tahu
Aku bukan boneka
Hey! Akulah aku
Aku bukan boneka
Hey! Kini kau tahu
Lewat hari ku

Hey! Biar kau tahu
Aku bukan boneka
Hey! Akulah aku
Akulah aku
Hey! Kini kau tahu
Lewat hari ku

Lirik Lagu Karma Faizal Tahir

Marsha : Bila Lirik

Monday, February 21, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Bila – Marsha AF

Tiap hari
Semakin hati bertanya
Bila oh bila
Cinta kan lebih bermakna

Tiap janji
Ku pegang sehingga kini
Bila oh bila
Permata menghias jari

Setiap kali ku tanya kau kata "sabar sayang
Yang tertulis ini memang jodoh kita, tunggu lah"
Tapiku dah bayang masa depanku
Tak mahu yang lain cuma kamu

Bila Oh bila
Bilakah harinya itu

Bila oh bila
Kau dan aku kan bersatu

Aku angankan gaun putih itu
Tetamu senyum lihatku didamping mu
Bahagia bilakah harinya itu
Ooo ooo ooo ooo ooo ooh
Ooo ooo ooo ooo ooo ooh

Tapiku dah bayang masa depanku
Tak mahu yang lain cuma kamu
Bila Oh bila
Bilakah harinya itu (Ulang 2x)





Lirik Lagu Bila - Marsha AF

Monday, February 21, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Bila - Marsha AF

Tiap hari
Semakin hati bertanya
Bila oh bila
Cinta kan lebih bermakna

Tiap janji
Ku pegang sehingga kini
Bila oh bila
Permata menghias jari

Setiap kali ku tanya kau kata “sabar sayang
Yang tertulis ini memang jodoh kita, tunggu lah”
Tapiku dah bayang masa depanku
Tak mahu yang lain cuma kamu

Bila Oh bila
Bilakah harinya itu

Bila oh bila
Kau dan aku kan bersatu

Aku angankan gaun putih itu
Tetamu senyum lihatku didamping mu
Bahagia bilakah harinya itu
Ooo ooo ooo ooo ooo ooh
Ooo ooo ooo ooo ooo ooh

Tapiku dah bayang masa depanku
Tak mahu yang lain cuma kamu
Bila Oh bila
Bilakah harinya itu (Ulang 2x)


Avril Lavigne What The Hell Lyrics

Monday, February 21, 2011 0 Komen

Avril Lavigne What The Hell Lyrics

You say that I’m messing with your head
All ’cause I was making out with your friend
Love hurts whether it’s right or wrong
I can’t stop ’cause I’m having too much fun

You’re on your knees
Begging please
Stay with me
But honestly I just need to be a little crazy

All my life I’ve been good but now, I’m thinking what the hell
All I want is to mess around and I don’t really care about
If you love me, if you hate me, you can’t save me, baby, baby
All my life I’ve been good but now, what the hell

What, what, what, what the hell?

So what if I go out on a million dates
you never call or listen to me anyway
I rather rage than sit around and wait all day
don't get me wrong. I just need some time to play

You’re on your knees
Begging please
Stay with me
But honestly
I just need to be a little crazy

All my life I’ve been good but now, I’m thinking what the hell
All I want is to mess around and I don’t really care about
If you love me, if you hate me
You can save me, baby, baby
All my life I’ve been good but now, what the hell

You say that I’m messing with your head
Boy, I like messing in your bed
Yeah, I am messing with your head
When I’m messing with you in bed

All my life I’ve been good but now, I’m thinking what the hell
All I want is to mess around and I don’t really care about
All my life I’ve been good but now, I’m thinking what the hell
All I want is to mess around and I don’t really care about.
If you love me, if you hate me
You can save me, baby, baby
All my life I’ve been good but now, what the hell

avrillavignemain Avril Lavigne What The Hell Lyrics



Avril Lavigne What The Hell Lyrics

Krisis Timur Tengah: Ibu bapa pelajar diminta bertenang

Monday, February 21, 2011 0 Komen

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meminta kerjasama semua pihak terutama ibu bapa dan keluarga rakyat Malaysia yang mempunyai anak atau keluarga di beberapa negara Timur Tengah dan Afrika Utara yang sedang mengalami protes dan demonstrasi supaya bertenang dan bersabar.

Beliau berkata, walaupun keadaan keselamatan yang dipaparkan di kaca TV dan internet terutama oleh Al Jazeera, BBC dan CNN adalah amat membimbangkan dan seolah-olah berlaku secara meluas, pada hakikatnya keadaan masih terkawal dan demonstrasi itu hanya tertumpu di tempat tertentu.

Anifah berkata, demikian kepada wartawan Malaysia di sini sebagai mengulas kejadian rusuhan yang masih berterusan di beberapa negara Timur Tengah dan Afrika Utara terutama di Algeria, Bahrain, Libya dan Yemen.

Menteri Luar itu berada di sini untuk mengiringi lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Turki mulai esok hingga Rabu ini.

Anifah berkata, Kementerian Luar sentiasa memantau perkembangan yang berlaku di negara-negara berkenaan dan sehingga kini, semua Kedutaan Besar Malaysia di Algiers, Manama, Tripoli dan Sana”a telah melaporkan bahawa semua rakyat Malaysia di sana berada dalam keadaan selamat dan tidak terlibat dalam rusuhan dan tunjuk perasaan yang berlaku. — Bernama

Lirik Lagu Tragis - Fiq

Monday, February 21, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Tragis - Fiq

Dalam pilu, dalam sendu
Dalam sayu, nasib mu
Ditangismu… Kau mengaju…
Mana milikmu?… dan dunia mu?
Serentak waktu ranap kota mu
Rebah keluarga mu…
Dan hanya peluru menjawab seluruh
Pertanyaanmu…

*Korus
Air mata ku mencurah laju…
Melihat tubuh mu terkulai layu
Berserak darah mu, noktah hidupmu
Tragis begitu…
Ku juga merasa kesengsaraan mu

Dalam pilu, Dalam sendu
Dalam sayu, Nasib mu
Serentak waktu ranap kota mu
Rebah keluarga mu…

*Ulang Korus
Menggeletar aku
Melihat tubuh mu terkulai layu
Berserak darah mu, noktah hidupmu
Tragis begitu…
Ku juga merasa kesengsaraan mu

*Bridge
Doa ku akan menyusul
Buat mu… saudaraku…
Damai lah… di taman mu
Di tempat yang nyata
Di alam yang sebenar…

*Ulang Korus
Menggeletar aku
Melihat tubuh mu terkulai layu
Berserak darah mu, noktah hidupmu
Tragis begitu…
Ku juga merasa kesengsaraan mu

 

ZONFINITI