Penggambaran filem 'Don 2' Shah Rukh Khan di Melaka,Kuala Lumpur dan Langkawi

Monday, February 14, 2011

Shah Rukh Khan (SRK) ke Malaysia lagi untuk menjalani penggambaran sekuel filem Bollywood, Don.

Kedatangannya turut ditemani oleh pelakon Priyanka Chopra dan 60 orang kru filem tersebut yang akan terlibat dalam penggambaran filem aksi ngeri, Don 2.

Bintang Bollywood itu, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 7.25 pagi telah menjadi perhatian ramai sehingga mereka terpaksa bergegas ke arah kereta yang membawa mereka ke destinasi seterusnya.

Walaupun dihambat dengan jadual yang padat, pasangan pelakon itu tidak mengecewakan peminat untuk merakamkan gambar bersama-sama.

Don 2 akan menyambung kisah tentang Don yang dilakonkan oleh SRK, seorang pegawai penyiasat yang menyamar sebagai ketua kumpulan penyeludupan dadah antarabangsa. Sementara Priyanka melakonkan watak kekasihnya, Roma.

Sekuel ini akan mempromosikan Malaysia seperti mana yang telah dilakukan oleh filem tersebut sebelum ini.

Filem tersebut turut dilakonkan oleh pelakon tempatan, Ady Putra akan terlibat dalam penggambaran dengan SRK di Sungai Udang.


Rakan baik SRK sejak 16 tahun lalu, Datuk Lorna Enan Muloon berkata SRK yang memilih Melaka sebagai salah satu lokasi di Malaysia untuk penggambaran filem tersebut.

“Negeri tersebut merupakan tempat istimewa di hatinya,” kata Lorna selepas bertemu dengan bintang Bollywood itu di KLIA.

Don 2 juga akan menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan Langkawi. SRK dijangka akan menghabiskan masa di negara ini selama sebulan.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI