Konsert Hore Hore Aznil Haji Nawawi,12 Mac 2011,Taman Tasik Titiwangsa, 8.45 malam.

Wednesday, February 02, 2011

Konsert Hore Hore Aznil Haji Nawawi akan diadakan pada 12 Mac 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pukul 8.45 malam.

Konsert yang dianjurkan oleh RYE Production dengan kerjasama pihak Astro dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu berkonsepkan kekeluargaan dan ia diadakan sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Tiket bagi menyaksikan konsert tersebut telah pun dijual pada harga RM 15 hingga RM 200. Tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.ticket2U.biz atau hubungi di talian 019-6601195 dan 019 340 6832.

“Saya akan menyanyikan lagu-lagu saya. Lagu-lagu popular masa kini mungkin lagu indie, lagu-lagu artis wanita dan pastinya lagu dari Allahyarham Sudirman. Konsert ini akan dibahagikan kepada lima segmen iaitu pengenalan mengenai diri saya sehinggalah saya berjaya pada hari ini.

” Ada beberapa kejutan yang akan dilakukan yang mana mungkin saya akan berduet dengan artis-artis lain tapi semua itu akan diketahui pada hari konsert kelak,” katanya yang menjanjikan bahawa konsert tersebut akan dipenuhi dengan kejutan.

Konsert Hore Hore Aznil Haji Nawawi



Tag: aznil nawawi, Karnival Hore Hore, Konsert Hore Hore Aznil Haji Nawawi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI