`El Bulldog' (Jose Luis Chilavert) kepala angin, biodata Jose Luis Felix Chilavert Gonzalez

Wednesday, July 09, 2014

`El Bulldog' (Jose Luis Felix Chilavert) kepala angin

Jose Luis Felix Chilavert Gonzalez memiliki karakter selaku penjaga gol paling `kepala angin' dalam sejarah bola sepak kompetitif antarabangsa.

Di sebalik itu semua, dia bukan saja sekadar penjaga gawang hebat malah mampu menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dan mengambil sepakan penalti untuk pasukannya.

Karier gemilang Chilavert terbukti menerusi aksinya bersama kelab Sportivo Luqueno, Guarani, San Lorenzo de Almagro, Real Zaragoza, Velez Sarsfield, RC Strasbourg, Penarol dan Paraguay.

Chilavert adalah pemenang tiga kali anugerah Penjaga Gol Terbaik Dunia IFFHS.

Dia menjaringkan 67 gol dalam profesional karier dengan kebanyakannya adalah perlawanan genting termasuk lapan pada peringkat antarabangsa.

Empat daripada gol antarabangsa dijaringkan adalah ketika perlawanan kelayakan Paraguay untuk kelayakan Piala Dunia FIFA 2002.

Chilavert juga adalah penjaga gol kedua menjaringkan gol terbanyak sepanjang masa di belakang penjaga gol Brazil, Rogerio Ceni.

Bagaimanapun, penjaga gol itu satusatunya penjaga gol pernah menjaringkan hatrik! Chilavert juga dikenali sikap panas baran dan tidak menentu yang kerap mencetus kontroversi.

Paling diingati ketika dia dibuang padang pada 1997 kerana bergasak dalam padang dengan penyerang Colombia, Faustino Asprilla.

Dia juga mendapat gelaran `El Bulldog' dan sering menggunakan lakaran kartun wajah anjing garang itu pada bahagian dada jersi penjaga golnya.

Chilavert tampil bersama pasukan kebangsaan Paraguay sebanyak 74 kali, menjaringkan lapan gol antara 1989 hingga 2003 dan mewakili negaranya pada lima kejohanan utama. Chilavert tampil pada dua Piala Dunia (1998 dan 2002) selaku kapten pada keduadua temasya itu.

Chilavert bersama dalam tiga kejohanan Copa America (1991, 1993 dan 1997).

Chilavert juga berada dalam kesebelasan Terbaik Piala Diala FIFA 1998.

Merujuk kepada soalan media mengenai perwatakannya, Chilavert berkata: "Mereka boleh berkata apa saja yang mereka mahukan. Mereka tidak pernah memenangi apa-apa," katanya.

"Orang tidak faham bola sepak dan mereka merasakan saya bermain kasar. Seseorang perlu bermain dengan keras di atas padang untuk mengelak diri mengalami kecederaan. Bunyinya mungkin teruk tetapi tiada pilihan kerana jika saya tidak cedera, pemain lawan akan cedera." JOSE CHILAVERT


Jose Luis Felix Chilavert Gonzalez


Biodata Jose Luis Felix Chilavert Gonzalez

Nama penuh: Jose Luis Felix Chilavert Gonzalez

Tarikh lahir: 27 Julai 1965

Tempat lahir: Luque, Paraguay

Tinggi: 1.88 sm

Posisi: Penjaga gol

Kelab: Sportivo Luqueno, Guarani, San Lorenzo, Zaragoza, Velez Sarsfield, Strasbourg, Penarol, Velez Sarsfield

Skuad kebangsaan: Senior Paraguay (1989-2003)

Piala Dunia: 1998, 2002

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI