BANJIR: Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) tangguh sesi 2015

Wednesday, December 31, 2014 0 Komen

BANJIR: Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) tangguh sesi 2015

Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) menangguhkan tarikh permulaan pengajian sesi 2015 dan peperiksaan yang dijadualkan pada awal tahun depan, berikutan banjir melanda beberapa negeri di Semenanjung.

KPTM dalam satu kenyataan, memaklumkan pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Januari, pelajar lama (15 Januari) dan penuntut program profesional (17 Januari).

Sesi kuliah kedua kumpulan A (pra-diploma, asasi dan diploma) bagi program kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor bermula pada 11 Januari, manakala negeri-negeri lain bermula pada 12 Januari.

Sementara itu, pendaftaran penutut latihan industri di kolej yang terjejas banjir iaitu Kota Baharu, Gua Musang di Kelantan dan Kuantan, Pahang ditetapkan pada 15 Januari, manakala di kolej-kolej pada 8 Januari.
Selain itu, peperiksaan program Diploma Kejururawatan semester 6 dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak semester 5, dijadualkan pada 19-23 Januari. - Bernama

Bilangan mangsa banjir meningkat di Pahang

Wednesday, December 31, 2014 0 Komen

Bilangan mangsa banjir meningkat di Pahang          
  
Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Pahang, Perak dan Johor meningkat, manakala di Terengganu berkurangan menjadikan keseluruhan yang dipindahkan menurun kepada 216,703 orang di lima negeri tengah malam ini berbanding 223,224 orang, petang tadi.

Di KELANTAN, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 143,955 mangsa 12 tengah malam berbanding 142,582 mangsa, 8 malam tadi.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir turun kepada 13,080 orang daripada 3,211 keluarga ditempatkan di 49 pusat pemindahan hingga 12 tengah malam ini berbanding 21,452 orang, 7 malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, Kemaman mencatat 15,827 mangsa, Dungun (8,815 orang), Kuala Terengganu (213) dan Hulu Terengganu (39).

Di PAHANG, bilangan mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan kepada 51,905 orang membabitkan 12,635 keluarga sehingga 12 tengah malam ini berbanding 51,484 orang daripada 12,588 keluarga yang direkodkan 8 malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh masih menempatkan jumlah pemindahan mangsa banjir paling banyak iaitu 21,284 orang yang ditempatkan di 65 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 10,441 orang, Jerantut (5,674 orang), Maran (4,098 orang), Kuantan (3,852 orang), Lipis (3,090 orang), Bera (2,879 orang) dan Rompin (166 orang).

Di PERAK, mangsa banjir meningkat 7,591 orang daripada 2,025 keluarga sehingga 11 malam tadi berbanding 7,553 orang daripada 2,006 keluarga, 6 petang tadi.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 172 orang daripada 42 keluarga pada 12 tengah malam ini berbanding 153 orang daripada 43 keluarga, pada 8 malam tadi.

Harian Metro : Rabu, 31 Disember 2014 @ 12:57 AM

Cara menderma kepada mangsa banjir melalui SMS

Wednesday, December 31, 2014 0 Komen

Menderma kepada mangsa banjir melalui SMS

Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) telah dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM, serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sehingga 31 Januari 2015.

Jom ramai-ramai hulurkan bantuan dan meringankan beban mangsa banjir melalui SMS.


Hanya taipkan perkataan BANJIR serta amaun yang anda ingin derma, contohnya BANJIR 5 (BANJIR jarak 5) untuk derma RM5 (Lima Ringgit) dan hantarkan kepada 13999.

Amaun-amaun yang boleh diderma adalah seperti berikut: RM1, 3, 5, 10, 15, 20, 30, 40 atau 50. Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan.

Awasi penyakit bawaan air

Wednesday, December 31, 2014 0 Komen

Awasi penyakit bawaan air

Hujan lebat yang turun awal bulan ini menyebabkan beberapa daerah di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor ditenggelami banjir. Selain masalah bencana alam itu sendiri yang menyebabkan kerosakan harta benda yang teruk, masalah lain yang mungkin lebih membinasakan tetapi dipandang ringan adalah isu kesihatan.

Banjir adalah punca utama pelbagai penyakit bawaan air seperti demam kepialu, taun, Hepatitis A dan leptospirosis kerana mangsa terdedah dengan air yang tercemar.

Jangan pandang ringan dengan penyakit-penyakit tersebut yang mempunyai simptom biasa seperti cirit-birit dan demam kerana jika lambat dirawat, ia boleh membawa maut.

Walaupun cuaca dikatakan semakin elok dan banjir semakin surut, mangsa masih perlu berhati-hati kerana sumber air yang tercemar dan keadaan persekitaran yang kotor.

Pakar Gastroenterologi dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr. Gan Ing Earn berkata, ramai yang mengambil lewa simptom-simptom seperti cirit-birit sedangkan ia petanda keadaan yang boleh menyebabkan maut.

"Apabila mengalami cirit-birit yang teruk, badan pesakit akan kehilangan air yang banyak.

"Ia lalu menyebabkan darah semakin berkurangan ke buah pinggang kerana air diperlukan untuk semua sistem berfungsi lalu keadaan ini menyebabkan buah pinggang rosak.

"Keadaan ini boleh berlaku dengan pantas. Ada pesakit yang baru sahaja cirit-birit selama dua hari dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," ujarnya.

Terang Ing Earn, apa yang penting adalah elakkan makanan dan minuman yang tercemar serta mengutamakan penjagaan kebersihan yang betul. ~ Utusan

Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin meninggal dunia

Wednesday, December 31, 2014 0 Komen

Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin meninggal dunia

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brigedier Jeneral (B) Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini akibat sesak nafas hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.20 malam di sisi keluarganya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras selepas pukul 11 pagi esok.- UTUSAN ONLINE

QZ8501: Jokowi mohon maaf kepada waris

Wednesday, December 31, 2014 0 Komen

QZ8501: Jokowi mohon maaf kepada waris

SURABAYA 30 Dis - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi memohon maaf dan memberi kata semangat kepada waris mangsa pesawat AirAsia QZ8501 dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Ir. Juanda di sini hari ini.

Jokowi juga berharap kerja-kerja mengeluarkan mayat dan bangkai pesawat diberi fokus utama.

Menurutnya, dua kapal kini dalam perjalanan ke lokasi nahas, namun cuaca buruk menghalang pihak berkuasa untuk tiba di tempat kejadian.

Katanya lagi, akan ada satu koordinasi operasi menyelamat membabitkan beberapa helikopter.

Jokowi juga mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang terlibat dalam membantu kerja-kerja pencarian pesawat Airbus 300 berkenaan. - AGENSI

KENYATAAN AKHBAR SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA BERKENAAN INSIDEN PESAWAT AIR ASIA INDONESIA QZ8501

Wednesday, December 31, 2014 0 Komen

KENYATAAN AKHBAR SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA BERKENAAN INSIDEN PESAWAT AIR ASIA INDONESIA QZ8501

“Malaysia Airlines extends its heartfelt condolences and deepest sympathies to the families and friends of all passengers on flight QZ8501.

As an airline that has recently experienced such great sadness, we stand in solidarity to offer our thoughts and prayers to everyone affected by this tragedy and with the team at AirAsia.


This is indeed a sad time for everyone working in aviation and for all guests who fly.

We urge everyone to stay strong during this extremely trying time and to always"

Kejadian banjir luar biasa, kemusnahan dahsyat-PM

Wednesday, December 31, 2014 0 Komen

Kejadian banjir luar biasa, kemusnahan dahsyat-PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri sebagai luar biasa dengan kemusnahan yang serius dan dahsyat.

Najib berkata, kerugian yang besar bukan sahaja ditanggung pada peringkat individu tetapi juga pada peringkat kerajaan Persekutuan.

"Saya diberitahu sampai tiga hari tak ada bekalan makanan sebab keadaan kali ini amat luar biasa.
Air naik begitu mendadak dan arus amat deras.

" Tentu sekali skala kerosakan dan kemusnahan pada kali ini sangat dahsyat dan serius. Kesan dari segi kerugian pada peringkat individu adalah besar," kata Najib pada sidang akhbar selepas melancarkan Skuad Cuci Banjir Wanita UMNO/BN di Menara Dato' Onn hari ini.

Jelas Najib, kerajaan juga bakal berhadapan dengan perbelanjaan tambahan yang tidak terduga dengan jumlah amat besar terutama sekali bagi membaik pulih kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah dan lain-lain.

Menurut Najib, kerajaan telah mengambil tindakan fasa pertama iaitu untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir telah dilakukan dengan berjaya.

Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir sementara dan memastikan bantuan-bantuan terutama makanan disampaikan kepada mereka.

Ketika ini pihak kerajaan sedang membuat anggaran awal jumlah kos yang bakal ditanggung bagi kerja-kerja bantuan dan baik pulih.

"Kita belum tahu lagi jumlah kerugian. Saya telah minta anggaran awal terutama bilangan keluarga yang rumah mereka musnah sam sekali.

"Saya mahu tahu jumlah dahulu kemudian kita akan bina rumah sementera iaitu rumah panjang kemudian rumah tetap. Kerajaan akan buat keputusan selepas itu," kata Najib.

Skuad Sayang Wanita UMNO/BN yang dilancar Najib berperanan membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah yang berlumpur dan membantu mengasingkan peralatan yang masih boleh digunakan.

Kira-kira hampir 200,000 ahli Skuad Sayang Wanita UMNO/BN di seluruh negara telah digerakkan bagi tujuan tersebut.

Selain itu ibu pejabat UMNO turut membuka bilik gerakan bantuan banjir dikendalikan oleh Pergerakan Wanita UMNO yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 12 malam.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi ibu pejabat UMNO dan agihan bantuan akan disalurkan melalui bahagian dan cawangan UMNO.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil-UTUSAN ONLINE
   





Lirik Lagu Hakeleh - SonaOne

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

Lirik Lagu Hakeleh - SonaOne

What's new apa baru dengan lu?
SonaOne on the mic check 1, 2
Minah-minah sini sana tapi ku cari wanita dengan medula oblongata
Mereka kata ku celup memang aku rojak
Muka mat salleh tapi Malaysian dalam otak
Ku tak jahil suka fikir luar otak
Walaupun pelat aku suka borak

So let's talk about rap
Aku tak suka berlagak
Tapi ku rasa macam otai
Let's talk about money
Rapper rapper lain suka berlagak kaya
Tapi gua pokai
Styleku 100% berapa?
Beratus beratur merata dan kata ku bagus
Bila ku meludah lirikku lu hangus
I'm fresh to death
Aku segar nak mampus
Jangan sampai ku kejar semua berambus
Masih akan rap sampai umur 60
Gulung semula jam semua ke pukul 4:20
Tak kisah kalau mengantuk

Opah ku kata aku havoc tapi lebih suka atuk

Gadis manis perempuan baik ku bujang lapok
Budak campur makan croissant nasi campur dalam mangkuk
Lepak rumah layan YouTube makan Mamee Monster rangup

Hakeleh, hakeleh
Jangan perasan lebih
Hakeleh, hakeleh
Jangan perasan lebih

Aku SonaOne nak cerita
Cerita muda aku di kota
Umur muda sudah berjaya
Cakap besar tapi belum kaya
Siang malam rap sampai pekak
Sampai mata dah naik bengkak
Perut buncit makan banyak
Tapi gadis masih kata ku kacak
Ku buat dia kata ooooh lalalala
Ajak ikut pergi Paris makan foie gras dia tak nak

Ok sorry beb aku memang suka buat lawak
Hidupku semanis kuih bakar warna katak
Minum air sirap warna mata rabak pink!
Itu rawak that's random
Ok now I shut up
Tapi ku tak pandai duduk diam
Stay hype from the am to the pm
And I get it like this!
Main lagu ini pertama kali sekali dah sangkut
Sekarang lu pun nak lepak rumah
Layan YouTube makan Mamee Monster rangup

Hakeleh, hakeleh
Jangan perasan lebih
Hakeleh, hakeleh
Jangan perasan lebih

Opah ku kata aku havoc tapi lebih suka atuk
Gadis manis perempuan baik ku bujang lapok
Budak campur makan croissant nasi campur dalam mangkuk
Lepak rumah layan YouTube makan Mamee Monster rangup

Isyarat telefon penumpang petunjuk lokasi pesawat QZ8501

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

Isyarat telefon penumpang petunjuk lokasi pesawat QZ8501

JAKARTA: Isyarat telefon bimbit seorang daripada penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dipercayai menjadi petunjuk lokasi pesawat berkenaan terhempas.

Ketua Polis Republik Indonesia, Jenderal Pol Sutarman, berkata penemuan itu hasil daripada usaha pasukan mencari dan menyelamat di lapangan terbang yang bekerjasama dengan pasukan teknologi maklumat untuk mencari isyarat telefon milik penumpang melalui stesen transmisi pangkalan (TBS).

Sutarman berkata, selepas mengesan isyarat satu daripada nombor telefon penumpang, pihaknya segera mengerahkan kapal untuk ke titik koordinat isyarat berkenaan.

"Saya tidak tahu adakah akan menemui isyaratnya di hujung Kalimantan," katanya.

Selepas penemuan itu, Sutarman berkata beliau segera meminta nombor telefon milik semua penumpang pesawat berkenaan.

Belaiu berkata, terdapat kemungkinan beberapa penumpang lupa mematikan talian telefon bimbit mereka sehingga isyarat telefon berkenaan dapat dikesan oleh BTS.

"Itu adalah penemuan analisis IT kerana saya minta nombor telefon milik semua penumpang. Kerana telefon bimbit berkenaan dibawa terbang lalu dikesan oleh BTS," katanya.

Hari ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui tiga mayat yang dipercayai penumpang penerbangan QZ8501 yang hilang pagi kelmarin.

Tiga jenazah itu ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Ketika ini, bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di perairan Pangkalan Bun, masih belum ditemui. - Kompas.com

QZ8501: Hanya tiga mayat ditemui - BASARNAS

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

QZ8501: Hanya tiga mayat ditemui - BASARNAS 

JAKARTA: Ketua Badan SAR Nasional Indonesia (BASARNAS), Bambang Soelistyo, berkata hanya tiga mayat yang ditemui dari kawasan pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa selepas seorang pegawai lain menyatakan 40 mayat sudah ditemui.

"Hari ini kami membawa keluar tiga mayat dan mereka berada dalam kapal perang Bung Tomo," katanya pada sidang media di sini sambil menambah mayat yang ditemui ialah dua wanita dan satu lelaki.

Terdahulu, jurucakap tentera laut Indonesia, Manahan Simorangkir, memberitahu AFP bahawa berdasarkan komunikasi radio, sebuah kapal perang sudah menemui lebih 40 mayat.

Namun kemudian beliau menyatakan laporan itu berpunca daripada kesilapan komunikasi antara anggotanya.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal itu dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura apabila ia terhempas. - AFP

Gegaran Cinta Lirik - Nazz THR Gegar feat Wanie

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

Nazz THR Gegar feat Wanie - Gegaran Cinta Lirik

Mengapa cinta ada dugaannya
Dalam hidupku yang ingin bahagia
Keindahan itu hanya seketika
Lara di jiwa akhir yang ku rasa

Dengarlah cinta ku ingin bahagia
Hilanglah duka hapuskan derita
Damailah hidup tenanglah jiwa
Dalam melayari indah cinta bersama

Oh Tuhan.. ku cintakan dia
Restuilah cinta kami berdua
Dalam menghadapi liku perjalanan cinta
Menikmati indah cinta bersama

Getaran cintamu
Getaran cintaku
Moga menjadi satu

Noh Salleh - Bunga Di Telinga Lirik

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

Noh Salleh - Bunga Di Telinga Lirik

Tersibak helai nestapa menggulung lesu rambutmu
Di khayalan yang melada jantungku
Terasuk resah yang melimpuhkan rindu

Disanalah ku bersandar menunggu
Derapan lajumu yang menggontai pilu

Dan mengapa bunga di telinga jadi rajutan mimpi
Segenap cahaya yang mengalahkan gelap
Yang ada di penjuru batin yang risau

Kemanakah kau kan berpulang
Sematkan dirimu risalah ini
Dalam sentuhan yang menyatukan derita ini

Kamu lebih ayu dengan bunga di telinga
Kamu lebih ayu dengan bunga di telinga

Damai terpana bersada raya
Menunggu hadirmu yang santun
Ku terpaku

Kamu lebih ayu dengan bunga di telingamu
Kamu lebih ayu dengan bunga di telingamu

Damai terpana bersada raya
Menunggu hadirmu yang santun
Ku terpaku

Lirik Pertama Kali - Nuha

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

Lirik Lagu Pertama Kali - Nuha AF2014

Pertama kali ku melihatmu
Tak terlintas di hati ini
Untuk selalu berada bersamamu
Kerna cinta bukan keutamaanku

Kau hulurkan perkenalan
Ku menyambut tanpa ada rasa
Seperti tiada apa
Kerna jiwaku yang kosong

Chorus

Ku ingin menyatakan
Dalam diam ku mencintaimu
Takkan bisa berubah
Walau apa terjadi
Ku kan terus mencintaimu
Walau kau tak pernah tahu

Tak semudah langkah
Ku serah diriku
Agar kau tahu
Ku bukan sembarangan wanita

Ulang chorus

Gerak tari dirimu
Mula merubah diriku
Siapa sebenarnya
Dirimu yang mula membuka
Pintu hatiku dalam diam

Ulang chorus

Lagu : Pertama Kali
Penyanyi : Nuha
Komposer : Nuha
Penulis Lirik : Nuha
Publisher : Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd

Lirik Lagu Hati - Adel

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

Lirik Lagu Hati - Adel

Artist : Adel
Title : Hati
Composer : Kuncidemak
Lyricist : Kuncidemak

Setulus hati aku persembahkan
Semua kata luah perasaan
Walaupun jauh namun
Cintaku masih tersimpan

Sekalung tasbih ku jadikan teman
Bukan pengganti hanya tanda jalan
Membawa aku jauh
Ke lembah percintaan
Kau hidupku kau matiku kau nyawaku

Ohhh kasih kau tiada selamanya
Mulanya saat ku terjaga sampai waktunya ku pejamkan mata
Ohhh kasih kaulah segalanya
Biarpun apa saja kaulah cinta

Sekalung tasbih ku jadikan teman
Bukan pengganti hanya tanda jalan
Membawa kau jauh ke lembah percintaan
Kau hidupku kau matiku kau nyawaku

Ohhh kasih kau tiada samanya
Mulanya saat ku terjaga sampai waktunya ku pejamkan mata
Ohhh kasih kaulah segalanya
Biarpun apa saja kaulah cintaku
Biarpun apa saja kaulah cinta


Caller Ringtone (Maxis) : Dail *131*427446# dan hantar
CMT (Celcom) : Dail *888*230171# dan hantar
DiGi (RBT) : Dail *233*0444896# dan hantar
Colour Tones (U-Mobile) : Dail *118*5*2*611103# dan hantar

Lirik Misteri - Nina AF

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

Lirik Lagu Misteri - Nina

Semalam, kau mati
Semalam kau tak bernafas
Semalam kau tidur
Semalam kau pergi

Sehari ku tunggu
Sehari mencarimu
Sehari ku mabuk
Sehari khayalanku

(repeat 2x)

Kau misteri dari ufuk jantung ini
Tunjuk aku apa yang engkau cari
Mereka pun pura pura mengerti
Apa yang ku cuba tuk katakan ini
Hilang..dari pandangan mata hati
jauh...berkelip pun tak kelihatan lagi

Sehari ku tunggu
Sehari mencarimu
Sehari ku mabuk
Sehari khayalanku

(repeat 2x)

Kau misteri dari ufuk jantung ini
Tunjuk aku apa yang engkau cari
Mereka pun pura pura mengerti
Apa yang ku cuba tuk katakan ini
Hilang..dari pandangan mata hati
jauh...berkelip pun tak kelihatan lagi
Hilang..dari pandangan mata hati
jauh...

Kau misteri dari ufuk jantung ini
Tunjuk aku apa yang engkau cari
Mereka pun pura pura mengerti
Apa yang ku cuba tuk katakan ini
Hilang..dari pandangan mata hati
jauh...

Penyanyi : Nina
Komposer : AG Coco & Amir Jahari
Penulis Lirik : Amir Jahari
Publisher : Kamar Seni Enterprise

2015 tahun terbaik melabur

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

2015 tahun terbaik melabur  
        
Kuala Lumpur: Orang ramai disarankan supaya melakukan lebih banyak pelaburan pada tahun depan kerana pasaran saham dijangka kembali rancak terutama pada separuh kedua tahun didorong faktor domestik dan pelaksanaan pembentangan Bajet 2015 pada Oktober lalu.

Presiden Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM), Norizam Tukiman berkata, mereka perlu mengenepikan sentimen yang menyatakan ekonomi dunia akan meleset tahun depan sebaliknya merebut peluang dan melihat potensi yang bakal tercetus berdasarkan penurunan harga saham bagi tahun ini.

“Tahun 2014 menyaksikan kebanyakan saham bermodal rendah dan pertengahan sudah mencatatkan penurunan dan 2015 adalah masa terbaik bagi mereka memulakan pelaburan memandangkan trend penurunan harga minyak dunia pada masa ini,” katanya.

Beliau menyarankan supaya pelabur memberi fokus kepada industri seperti kepenggunaan, barangan pengguna, kesihatan dan teknologi kerana ia dijangka menawarkan prospek keuntungan lebih baik dan stabil.

“Secara keseluruhannya, 2015 adalah tahun terbaik bagi pasaran saham dan orang ramai disarankan supaya membuat pelaburan dalam bidang yang berpotensi untuk memberikan pulangan yang diingini,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai impak kehilangan pesawat QZ8501 kepada harga saham AirAsia, Norizam berkata situasi itu akan menyumbang kepada penurunan harga saham syarikat itu, namun ia tidak akan berlaku secara mendadak dan ia hanya bersifat sementara memandangkan rekod baik yang dimiliki sebelum ini.

Menurutnya,harga saham dan prestasi syarikat disenarai awam tidak akan begitu terjejas dengan sesuatu peristiwa negatif sekiranya syarikat terbabit memiliki rangkaian pengurusan terbaik, kewangan kukuh dan menawarkan faedah terbaik.

“Penurunan harga saham memang dijangka berlaku, namun ia tidak begitu terkesan kerana AirAsia menikmati keuntungan daripada penurunan harga minyak dunia sebanyak 40 peratus pada sebelum ini. Saya menjangkakan harga saham AirAsia akan berada pada tahap mendatar iaitu pada RM2.50 hingga RM3.00 dalam tempoh 12 bulan akan datang,” katanya.

Harga sesaham AirAsia menurun sebanyak 0.25 mata atau 8.5 peratus kepada RM2.69 pada jam lima petang daripada RM2.94 pada jam lapan pagi semalam manakala AirAsia X mencatatkan penurunan 55 mata atau lapan peratus kepada RM0.63 daripada RM0.68 dalam tempoh masa sama.

Lirik Lagu Hukuman Pada Pesona - Meditasi

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

Lirik Lagu Hukuman Pada Pesona - Meditasi

Masih diburu lagi
Bayang cinta yang pergi
Titis kasihku mengalir lesu
Dingin matamu...

Walau hanya bayangan
Luka makin mendalam
Kulalui batasan derita
Tanpamu pesona

Yang tiada...

Kasihmu yang menghilang
Lukaku berpacaran
Menjadi mimpi hitamlah
Kenangan...

Ke manakah kau sayang
Pandanganku terhalang
Hingga kerlipan airmata
Berlinangan...

Oh sayang... pulang padaku...
Dan pulang menyinar restu

Semalaman... dihukum rindu

Kemusnahan Di Kuala Krai Selepas Banjir Seperti Kesan Tsunami Aceh

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

Kemusnahan Di Kuala Krai Selepas Banjir Seperti Kesan Tsunami Aceh

Seorang sukarelawan menceritakan keadaan banjir di Kelantan terutama Kuala Krai sama seperti keadaan selepas tsunami di Aceh pada 2004.

"Keadaan di Kuala Krai memang teruk. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya. Lebih teruk daripada Kota Baharu. Ia mengingatkan saya tentang Aceh semasa saya menyertai misi bantuan di sana 10 tahun lalu," demikian mesej yang dihantar Razi Pahlavi Abdul Aziz, 40, kepada rakan-rakannya.

"Bandarnya (Kuala Krai) tiada penghuni, kereta-kereta rosak tersadai di tengah jalan, rumah kedai dan rumah-rumah musnah, dinding-dinding runtuh, jalan-jalan turut rosak. Saya melihat rumah dibawa arus sejauh 100 kaki.
Manek Urai Selepas Banjir

"Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya... sedih, kecewa dan putus asa melihat bagaimana banjir boleh memusnahkan sebuah bandar, kampung dan orang," katanya menerusi laman Twitternya.

Razi sedang menyelaras misi bantuan kumpulan alumni Akrab Jaya, Gos dan R8 yang bekerjasama rapat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan Mercy Malaysia.

Pasukan itu menggunakan empat pacuan empat roda meredah Kelantan pada 27 Dis lalu selama 18 jam menuju Kota Baharu beserta tiga buah bot dan barangan bantuan.

Misi mereka ialah untuk membekalkan bantuan logistik kepada HUSM dengan membawa petugas dan bekalan perubatan ke kawasan pedalaman.

Menurutnya, pasukan itu yang telah bertugas 48 jam tanpa henti turut mengagih makanan dan minuman kepada mangsa di sekitar Kota Baharu dan kawasan berdekatan bersama pasukan Wataniah HUSM.

Beliau berkata kekangan logistik masih menjadi masalah utama untuk pasukan bantuan sampai kepada mangsa banjir.

Namun Razi kagum dengan semangat tinggi yang ditunjukkan pasukan bantuan  termasuk Jabatan Pertahanan Awam, Mercy Malaysia dan lain-lain anggota sukarelawan dalam membantu mangsa banjir.

"Senyuman masih terbayang di wajah mereka, walaupun mereka kelihatan letih.

Mereka adalah wira-wira yang bertungkus-lumus siang malam. Mereka berada di sana sebelum banjir gelombang pertama, mereka terputus bekalan makanan, elektrik, air bersih, tetapi mereka tetap bertugas... menggadai segala-galanya untuk menyelamat nyawa orang.

"Mereka menakjubkan, mereka memiliki semangat yang menakjubkan," demikian antara lain bunyi teks mesejnya. ~ Mstar

Angka Kematian Banjir: 21 Maut, 10 Hilang Di Negeri Pantai Timur - KPN

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

Banjir: 21 Maut, 10 Hilang Di Negeri Pantai Timur - KPN

Penduduk Kampung Tengah terkandas apabila jalan utama dilimpahi air banjir selepas daerah Temerloh dilanda banjir luar biasa ketika tinjauan udara di Temerloh,

Banjir yang berlaku di Pantai Timur mengakibatkan 21 maut dan 10 lagi dilaporkan hilang di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak 17 Disember lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat Selasa, sebanyak 14 kematian dilaporkan dan empat lagi masih hilang di Kelantan.

"Di Terengganu, empat kematian dan seorang mangsa masih hilang, manakala tiga kematian dan dua lagi masih hilang di Pahang," katanya di Bukit Aman pada Selasa.

Khalid turut mendedahkan bahawa seramai 947 anggota polis turut menerima kesan akibat bencana alam itu.

Pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir yang diadakan di Bukit Aman, Selasa, polis menerima bantuan berjumlah RM75,000.

Khalid berkata, sumbangan itu disalurkan oleh syarikat swasta, Jason Roadwork Construction dan Royal Malaysian Cooperative Limited.

"Berbanyak terima kasih di atas bantuan ini, kami amat menghargainya.

"Kita akan menyalurkan sumbangan ini berdasarkan keperluan mangsa," katanya.

Sumbangan itu akan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir termasuk anggota polis terbabit.

Update: Selasa, 30 Disember 2014 5:06 PM

QZ8501: ‘Pesawat pecah sebaik sentuh air’

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

QZ8501: ‘Pecah sebaik sentuh air’

Jakarta: Pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 membuahkan hasil selepas sejumlah serpihan, jasad dan bayangan pesawat ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Pemerhati penerbangan, Alvin Lie ketika menganalisis penemuan serpihan dan jasad berkata, maklumat yang diterima membawa kemungkinan pesawat itu terjatuh dan pecah apabila menyentuh air.

“Mungkin pesawat itu pecah sebaik menyentuh air,” katanya ketika dihubungi detik.com.

Analisis Alvin itu masih bersifat telahan, namun beliau turut mengatakan bahawa ada kemungkinan kecil pesawat terbabit meletup di udara.

“Kalau meletup di udara pasti serpihannya merebak," ujarnya.


Pasukan gabungan carian AirAsia mencari serpihan pesawat dan enam jenazah di perairan Pangkalan Bun.

Tiga dari enam jenazah dipindahkan menggunakan KRI Bung Tomo. Selain penemuan itu, pesawat Hercules Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) mencari objek yang menggambarkan bayangan pesawat di dalam laut. - detik.com

Tony Fernandes ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat AirAsia QZ8501

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

Tony Fernandes ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat AirAsia QZ8501

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga mangsa pesawat AirAsia QZ8501, ekoran laporan terbaru bahawa serpihan pesawat dan beberapa mayat terapung telah ditemui di lokasi pencarian.


Beliau telah menulis, tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan sedihnya terhadap insiden tersebut.

Di dalam tweet yang berasingan, Fernandes berkata beliau akan berlepas ke Surabaya secepat mungkin.

Sebelum ini, Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia mengesahkan bahawa serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.

QZ8501: Waris pengsan terima berita penemuan jasad

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

QZ8501: Waris pengsan terima berita penemuan jasad  
        
Surabaya: Jeritan tangisan ahli keluarga pesawat QZ8501 sebaik disahkan penemuan pesawat itu jelas kedengaran sehingga seorang daripada ratusan waris pengsan sebelum terpaksa diusung keluar dari Pusat Krisis Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya tadi.


Malah pusat itu yang seawalnya tenang mula bertukar kecoh apabila ahli keluarga dimaklumkan penemuan terbaru itu.

Wartawan yang berada di lokasi mendapati ada keluarga yang saling berpeluk dan menangis selepas menerima berita itu.

Media tempatan dan antarabangsa turut mengambil kesempatan menggerumuni pintu hadapan pusat ini namun dihalang pegawai bertugas.

Detik suasana sedih dan pilu itu hanya sempat dirakam beberapa seketika sebelum kesemua cermin ditampal dengan kertas dan kain bagi menghalang media merakamkannya.

Ambulans juga sudah ditempatkan di luar pusat ini sebagai langkah persediaan.

~ Metro

QZ8501: Mayat ditemui dibawa menaiki kapal tentera laut Indonesia

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

QZ8501: Mayat ditemui dibawa menaiki kapal tentera laut Indonesia
 
SURABAYA: Pegawai Indonesia berkata, pihaknya mengesan beberapa jasad di dalam air berdekatan lokasi pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia dilaporkan kali terakhir dikesan.

Mayat berkenaan sudah dibawa menaiki kapal tentera laut Indonesia. - AP

Seluruh jentera dan komponen dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) kini dikejarkan ke titik penemuan objek-objek yang sudah disahkan sebagai serpihan pesawat AirAsia QZ9501 yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura Ahad lalu.

Setakat ini, pihak SAR Indonesia sedang mempersiapkan pasukan penyelam saat 11 orang dari pejabat penyelam TNI, dan 10 orang penyelamat Pasukan Khas Basarnas.

Pengesahan penemuan lokasi nahas itu diumumkan oleh Ketua Penyelaras SAR Indonesia, F. Henry Bambang Sulistyo.

Antara lain pengumuman tersebut bertitik-tolak daripada laporan awal seorang pembantu juruterbang Hercules C130 dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, Leftenan Tri Wibowo.

Berdasarkan laporan Kompas.com, Tri ketika dalam misi SAR, ada menyebut tentang penemuan objek-objek yang terapung di Selat Karimata sewaktu dia memantau kawasan perairan di sekitar Ketapang, Kalimantan Barat.

Objek-objek itu menyerupai jasad manusia, bagasi, pelampung, dan serpihan pesawat.

Berhubung jasad manusia itu, Tri mengakui pada awalnya dia menyangka bahawa objek tersebut seolah-olah manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat. Namun, setelah didekati, ia sebenarnya mayat yang teroleng-oleng dipukul ombak dan keadaannya sudah membengkak.

Berita palsu BANJIR: ‘Keyboard warrior’ terus diburu

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

BANJIR: ‘Keyboard warrior’ terus diburu

"Kami kini meneruskan siasatan penyebaran berita palsu berhubung banjir di Pantai Timur dalam dua kes lagi. Kes pertama adalah berita palsu kematian ramai mangsa banjir yang kononnya disorok oleh kerajaan.

“Kami sudah mengenal pasti individu yang boleh membantu siasatan ini. Untuk kes kedua pula membabitkan tiga lagi individu yang kami sudah kenal pasti berkaitan penyebaran berita palsu kematian 10 mangsa di Kuala Krai yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita,” kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Menurutnya, mereka yang diminta untuk tampil membantu siasatan adalah seperti berikut:

1. Norizan binti Osman (No MyKad: 660113-03-5810). Alamat terakhir: A-1-6 Desa Bangsawan Jln 27/117A, Off Jln Budiman, Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur

2. Siti Hawa binti Mat Yunan (No MyKad: 940125-03-5320). Alamat terakhir: Kg Seneng Jelawat, Bachok 16370 Kelantan

3. Nik Hasnan Izani bin Husain (No MyKad: 750923-03-6275). Alamat terakhir: Kampung Bukit Mas, Tanah Merah 17500 Kelantan

4. Raja Rubiah binti Raja Abu Bakar (No MyKad: 600106-01-5286). Alamat terakhir: No. 21, Jalan Jaya 1, Taman Jaya, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur

Katanya, mereka diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat SKMM, Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera.

Sementara itu, Mohamed Sharil mengesahkan Empat individu tampil di pejabat SKMM untuk memberi keterangan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai, Kelantan.

Katanya, siasatan menyeluruh berhubung perkara itu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. ~ Metro

Liverpool menewaskan Swansea 4-1 (30 DISEMBER 2014)

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

Liverpool menewaskan Swansea 4-1 (30 DISEMBER 2014)
Adam Lallana menyumbat dua gol membantu Liverpool yang kembali menemui sentuhan jaringan apabila menewaskan Swansea 4-1, awal pagi ini.

Kemenangan ini di Anfield adalah yang terbesar dalam Liga Perdana Inggeris, musim ini untuk anak didik Brendan Rodgers.

Selepas Alberto Moreno membuka tirai jaringan pada minit ke-33, Lallana menyumbat gol kedua dengan sedikit tuah hasil kesilapan penjaga gol Swansea, Lukasz Fabianski yang tersalah membuat hantaran tepat ke arah pemain tengah itu.

Bola itu melantun daripada bahu pemain itu dan terus bergolek masuk ke dalam gawang untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-51.

Gylfi Sigurdsson membalas untuk Swansea selang seminit kemudian tetapi Lallana mengekalkan pendahuluan dua gol untuk Liverpool dengan rembatan paras rendah pada minit ke-61.

Jonjo Shelvey pula menanduk masuk gol sendiri pada minit ke-69 untuk memberikan tuan rumah itu empat gol dalam satu perlawanan buat pertama kali, musim ini.

Kemenangan ini menyaksikan Liverpool melonjak dan memintas Swansea pada kedudukan tempat kelapan berbekal 28 mata - lima di luar kedudukan tempat empat teratas Liga Juara-Juara.

Lallana bergandingan dengan Raheem Sterling dan Philippe Coutinho di hadapan manakala Mario Balotelli memanaskan bangku sekali lagi.

Kapten pasukan, Steven Gerrard juga direhatkan tetapi Liverpool jelas nampak berbahaya apabila menjana serangan.

"Ini adalah apa yang kami mencari sepanjang musim ini," kata pengurus pasukan, Rodgers selepas perlawanan. - AFP

Serpihan dijumpai sah pesawat Air Asia QZ8501

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

Serpihan dijumpai sah pesawat QZ8501
 
JAKARTA: Serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.



Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo, sebentar tadi.

"Buat masa ini ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi," katanya. - AFP

Alasan AirAsia Indonesia QZ8501 tiada panggilan kecemasan

Tuesday, December 30, 2014 0 Komen

Alasan AirAsia Indonesia QZ8501 tiada panggilan kecemasan

Ramai pakar penerbangan yakin ribut tropika tidak mungkin boleh menyebabkan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terhenti secara mendadak hingga menyebabkan ia terhempas.

Menara kawalan udara semalam terputus hubungan dengan pesawat itu selepas juruterbangnya meminta kebenaran menukar laluan bagi mengelakkan cuaca buruk ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Naib Presiden Persatuan Pengurusan Keselamatan Penerbangan Antarabangsa Asia Pasifik Desmond Ross berkata, juruterbang biasanya mempunyai masa untuk memulihkan keadaan jika berlaku perubahan atau pesawat terhenti mendadak.

“Ia (ribut) tidak sepatutnya menyebabkan pesawat terhempas. Biarpun enjin pesawat itu terhenti secara tiba-tiba pada ketinggian 11,582 meter terdapat teknik untuk memulihkannya.

“Ada banyak ruang udara untuk turun sebelum merempuh air atau tanah. Juruterbang mempunyai masa untuk pulih dari keadaan itu,” katanya.

Menurut Ross, cuaca buruk bukanlah faktor tunggal yang boleh menyebabkan sesebuah pesawat hilang.

“Saya tidak rasa kita patut membuat andaian serta-merta bahawa kejadian ini disebabkan oleh cuaca buruk. Realitinya, juruterbang itu tidak sepatutnya berada dalam cuaca buruk seperti itu.

“Kita membuat spekulasi, namun pesawat itu dilengkapi dengan radar cuaca dan ia boleh melihat jauh ke hadapan dan mengetahui di mana sel ribut berada,” katanya.

Ross berkata, juruterbang terbabit boleh menerbangkan pesawat mengelilingi sel ribut itu atau berpatah balik dan mendarat semula di tempat ia berlepas.

“Kapten pesawat itu bertanggungjawab ke atas keselamatan pesawat dalam keadaan terbabit. Pada ketika ini, kita tidak tahu apa yang berlaku.

“Sekiranya ia berkaitan dengan cuaca, banyak lagi perkara selain daripada hanya faktor cuaca. Anda perlu tanya mengapa juruterbang berkenaan berada dalam cuaca itu,” katanya.

Seorang lagi pakar Peter Marosszeky memberitahu ABC News Breakfast, pesawat Airbus A320 yang lebih ringan berbanding pesawat lain akan mengalami kesukaran apabila melalui ribut tropika.

“Saya merasakan pesawat itu mungkin tidak sepatutnya berada dalam kawasan berkenaan pada masa itu,” katanya.

Marosszeky berkata, dia tidak terkejut apabila panggilan kecemasan tidak dilakukan serta-merta kerana juruterbang mengalami kesukaran menerbangkan pesawat dalam cuaca terbabit.

“Saya membayangkan juruterbang sangat sibuk dan dia berusaha mengawal pesawatnya. Hanya ada dua juruterbang di kokpit dan saya mengandaikan kedua-duanya melakukan sedaya upaya bagi memastikan kedudukan pesawat dalam keadaan sepatutnya.

“Ada dua juruterbang dan salah seorangnya berharap panggilan kecemasan dapat dibuat walaupun dalam kecemasan paling sukar. Jika kedua-duanya berusaha keras untuk menyelamatkan pesawat, mereka mungkin tidak ada masa untuk melakukan (panggilan kecemasan),” katanya.

AirAsia QZ8501: Kronologi kehilangan pesawat QZ8501

Sunday, December 28, 2014 0 Komen

AirAsia QZ8501: Kronologi kehilangan pesawat QZ8501

Kementerian Pengangkutan Indonesia mengeluarkan kenyataan mengenai kronologi kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 dalam sidang akhbar di pejabat Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini hari ini, lapor Kompas.com.

Pesawat dengan muatan 155 penumpang itu dipercayai jatuh di perairan Tanjung Pandang dan Pontianak.

Berikut kronologi kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 seperti yang dinyatakan Pengarah Perhubungan Udara, Djoko Murjatmodjo:

- 05.36: Pesawat berlepas dari Surabaya menuju Singapura dengan ketinggian 32,000 kaki. Pesawat dilaporkan mengikuti jalur biasa Surabaya- Singapura, M635.


- Pesawat berhubung kali terakhir dengan menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Jakarta pukul 06.12. Dalam perhubungan itu, juruterbang meminta menghindar ke arah kiri dan meminta izin untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki. Permintaan juruterbang disetujui oleh pihak ATC.

- 06.16: Pesawat masih ada di layar radar

- 06.17: Pesawat hanya tinggal signal dalam radar ATC

- 06.18: Pesawat hilang dari radar. Yang ada, di radar tinggal data jadual terbang. Sepatutnya, di dalam radar ada data lain yakni realisasi terbang namun data itu hilang.

- 07.08: Pesawat dinyatakan INCERFA, yakni tahap awal hilangnya komunikasi. Pihak Ketua Pengarah Perhubungan melakukan komunikasi ke Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas).

- 07.28: Pesawat dinyatakan ALERFA, tahap berikut dalam menyatakan pesawat hilang kontak
Advertisement

- 07.55: pesawat dinyatakan DETRESFA atau rasmi hilang.

“Lokasi hilang komunikasi yakni antara Tanjung Pandang dan Pontianak agak ke selatan. Basarnas masih mencari posisinya itu,” kata Djoko.

Pesawat AirAsia ini membawa 155 orang penumpang yang terdiri daripada 138 orang dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Pesawat juga membawa dua orang juruterbang dan empat krew.

Juruterbang bertugas ialah Kapten Irianto dan pegawai penerbangan, Remi Emmanuel Plesel. - Kompas.com

QZ8501 AirAsia: Juruterbang tukar haluan ke kiri elak awan tebal

Sunday, December 28, 2014 0 Komen

QZ8501 AirAsia: Juruterbang tukar haluan ke kiri elak awan tebal

Juruterbang pesawat AirAsia yang hilang dikatakan sempat membelok ke kiri laluannya untuk menghindari awan tebal pada jam 6.17 pagi waktu Indonesia, seminit sebelum hilang dari radar.



Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia, terdapat awan tebal jenis 'cumulonimbus' di sekitar laluan pesawat yang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Awan cumulonimbus terbentuk hasil dari ketidakstabilan atmosfera yang menghasilkan petir.

Jangan politikkan isu pembelian Bas Amphicoach

Sunday, December 28, 2014 0 Komen

Jangan politikkan isu pembelian Bas Amphicoach

Isu pembelian bas amfibia 'amphicoach'  yang boleh bergerak di darat dan air oleh kerajaan negeri Terengganu tidak sepatutnya dipolitikkan, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
  
Beliau berkata, kerajaan negeri menjangkakan bas itu hanya boleh digunakan pada 2015 memandangkan kilang pengeluar di Malta memerlukan lapan bulan untuk membinanya mengikut rekaan dan spesifikasi yang dimahukan.
  
"Kerajaan negeri telah membayar deposit 50 peratus dan harga yang dipersetujui ketika rundingan ialah sebanyak 600,000 euro untuk sebuah amphicoach.
  
"Kita jangka menerima amphicoach itu pada Mei tahun depan yang akan diserahkan oleh menteri Malta," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas penyebaran di laman sosial tentang kenderaan itu yang masih tidak kelihatan dalam musim banjir ini.
  
Katanya, mengikut perancangan, selain untuk tujuan pelancongan di Tasik Kenyir, kenderaan amfibia itu juga akan digerakkan pada musim tengkujuh kerana kebiasaannya pengangkutan darat tidak dapat digunakan kerana laluan dinaiki air.
  
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata sehingga kini hanya terdapat 12 amphicoach di seluruh dunia kerana kilang kenderaan itu hanya mengeluarkan amphicoach berdasarkan tempahan khas.
  
"Spesifikasi yang kita mahukan ialah boleh memuatkan 50 penumpang dengan kelajuan maksimum lapan knot di dalam air manakala di atas jalan raya, kelajuannya ialah 120 kilometer sejam," katanya.
  
Pembelian amphicoach itu diilhamkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu ia digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyusuri Sungai Terengganu.
  
Ketika musim tengkujuh pula, ia akan digunakan untuk memindahkan penduduk terjejas banjir di kawasan yang tidak berarus deras ke tempat yang lebih selamat. - Bernama

Senarai 155 penumpang Pesawat QZ8501 (Bandung-Singapura)

Sunday, December 28, 2014 0 Komen

Pesawat QZ8501: Kementerian Perhubungan Indonesia keluarkan senarai 155 penumpang

Kementerian Perhubungan Indonesia mengeluarkan daftar penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang terputus hubungan pagi ini ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Dalam daftar itu, terdapat 155 penumpang dalam penerbangan pesawat itu namun 23 penumpang yang lain membatalkan perjalanannya.

Senarai penuh seperti berikut:

Senarai 155 penumpang Pesawat QZ8501 (Bandung-Singapura)

Senarai 155 penumpang Pesawat QZ8501

Penganalisis: Tidak perlu isytihar darurat bencana

Sunday, December 28, 2014 0 Komen

Penganalisis: Tidak perlu isytihar darurat bencana

Pengisytiharan darurat bencana akibat banjir besar yang melanda sembilan negeri ketika ini tidak perlu dilakukan buat masa sekarang kerana kerajaan dilihat masih mampu mengawal keadaan.
  
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha menyelamat dan membantu mangsa terjejas banjir.
  
"Kerajaan masih dapat mengawal keadaan, setakat ini kerajaan tidak perlu membuat perintah-perintah tertentu, misalnya mengambil harta persendirian untuk dijadikan pusat pemindahan.
  
"Seperti kata Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), kalau tidak isytihar darurat banjir, kita masih perlu selamatkan mangsa, kalau isytihar pun sama juga, jadi saya rasa kalau tidak perlu, tak payah isytihar darurat," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Bencana banjir yang melanda beberapa negeri sejak pertengahan bulan iaitu  Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor sehingga kini menyaksikan lebih 130,000 mangsa terpaksa dipindahkan. 
  
Nik Ahmad Kamal berpendapat pengisytiharan darurat akibat banjir hanya akan dilakukan sekiranya kerajaan perlu membuat suatu tindakan drastik atau mengeluarkan perintah-perintah tertentu dengan segera untuk mengatasi bencana itu.
  
"Tujuan diisytihar darurat adalah untuk kerajaan mengambil langkah-langkah yang drastik misalnya memerlukan satu peraturan yang cepat untuk mengatasi bencana banjir itu.
  
"(Selain itu) kerajaan juga tidak boleh menunggu misalnya Parlimen bersidang untuk membuat undang-undang (bagi mengatasi masalah banjir), maka boleh diisytiharkan darurat untuk tujuan itu," katanya yang juga Penasihat Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  
Beliau berkata, antara langkah yang akan dilakukan apabila darurat bencana banjir berlaku ialah pengambilan tempat-tempat persendirian misalnya rumah atau bangunan untuk dijadikan pusat pemindahan atau bilik gerakan.
  
"Tapi buat masa sekarang, itu tidak perlu, dalam keadaan yang terdesak pun tidak perlu undang-undang darurat kerana kerajaan boleh memohon dan berunding dengan pihak persendirian," katanya.  
  
Mengikut rekod, hanya sekali sahaja darurat bencana pernah diisytiharkan iaitu semasa banjir besar melanda negara pada Januari 1971, dengan hampir separuh ibu negara ditenggalami air, manakala Sabah dan Sarawak juga mengalami bah besar.
  
Sementara itu, Geostrategis Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata antara kriteria lain bagi pengisytiharaan darurat bencana adalah apabila bantuan kepada mangsa banjir tidak dapat dihulurkan berikutan keadaan banjir yang sangat meruncing.
  
"Tetapi pada ketika ini, mekanisme bantuan itu masih berjalan dan boleh disalurkan lagi, sebab itu tidak diisytiharkan darurat pada ketika ini," katanya.
  
Selain itu, Azmi berkata darurat juga akan diisytiharkan jika ramai mangsa enggan berpindah dan memilih untuk kekal di rumah mereka walaupun kediaman mereka ditenggelami banjir.
  
"Bila darurat banjir berlaku maka setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa terutamanya oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara), termasuk arahan untuk berpindah dan juga arahan untuk menggunakan aset-aset yang lain (perlu dipatuhi)," katanya.
  
Menurut Arahan MKN No.20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, pengisytiharan darurat bencana, apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif oleh Perdana Menteri atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), tertakluk kepada undang-undang dan tatacara kerajaan yang sedang berkuat kuasa.
  
Apabila diisytiharkan sebagai darurat bencana, pengurusan bencana serta bantuan dan pemulihan kepada mangsa-mangsa bencana akan dikendali dan dibiayai oleh kerajaan Persekutuan mengikut kementerian atau jabatan yang berkaitan. - Bernama

PM Najib arah menteri bercuti luar negara pulang bantu mangsa banjir

Sunday, December 28, 2014 0 Komen

PM Najib arah menteri bercuti luar negara pulang

Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Perdana Menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.
   
"Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya.
  
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku di sini hari ini.
  
Terdahulu, Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang, telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford.

Dalam pada itu, Najib berkata situasi banjir yang semakin reda dan pusat-pusat pemindahan di Kedah yang telah ditutup membolehkan aset serta pasukan keselamatan yang bertugas di negeri itu ditugaskan di negeri-negeri yang masih dilanda banjir.
  
Beliau berkata, perkara itu patut dilakukan segera bagi membolehkan anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan lain dapat dikerah membantu operasi di negeri-negeri lain yang masih berhadapan dengan bencana alam luar jangkaan itu.
  
Berhubung lawatannya ke pusat pemindahan, Perdana Menteri berkata beliau amat berpuas hati kerana pusat-pusat pemindahan diuruskan dengan begitu baik. 
  
"Keadaan pusat pemindahan yang saya lawati dilihat diurus dengan baik, maknanya bantuan makanan dan bantuan lain dapat diberikan dengan agak baik dan saya ucapkan terima kasih pada semua pihak yang membantu dan memberi kerjasama," katanya.  - Bernama

Penjawat awam menangi cabutan istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1 juta

Sunday, December 28, 2014 1 Komen

Penjawat awam menangi cabutan istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1 juta

 Seorang penjawat awam tidak menyangka dia akan memenangi cabutan istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1 juta.

Wan Norisham Pa’Wan Chik, 44, berkata, dia pada mulanya menyangka kemenangan itu hanyalah gurauan daripada rakan-rakannya sebelum dihubungi oleh pegawai BSN.

“Saya dan rakan-rakan sering bergurau mengenai SSP dan apabila dimaklumkan terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah, saya seperti tidak percaya.

“Namun, selepas dihubungi oleh pegawai BSN, baru saya percaya bahawa RM1 juta bakal menjadi milik saya,” katanya selepas program Fiesta Cabutan SSP.


Wan Norisham Pa’Wan Chik

Yang turut hadir Ketua Jabatan Kewangan BSN, Frederick Siew Kin Meng; Ketua Jabatan Perbankan Islam BSN, Damanhuri Mahmod dan Pengarah BSN Bahagian Negeri Cawangan Kuala Lumpur, Noraini Mohd. Johan.

Dalam pada itu, Wan Norisham yang mula melabur dalam SSP le- bih 10 tahun lalu menganggap kemenangan tersebut sebagai rezeki untuk dirinya dan keluarga.

Bapa kepada lima cahaya mata itu berkata, beliau akan terus melabur dalam SSP demi masa depan anak-anaknya.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada BSN kerana memberi saya peluang untuk memenangi hadiah yang begitu besar nilainya,” ujarnya.

Program tersebut turut menyaksikan tiga lagi dipilih sebagai pemenang iaitu Abdul Rahman Tik bagi kategori Cabutan Bulanan yang membawa pulang hadiah sebuah kereta Mercedes Benz C200, Maimunah Ali untuk kategori Cabutan Tempatan yang menawarkan hadiah Perodua Myvi dan Sani Ahmad Jamil bagi kategori Cabutan Kenang Budi.

Program cabutan tersebut akan diteruskan pada tahun hadapan dengan menawarkan sebanyak 88,000 hadiah yang nilai keseluruhan melebihi RM18 juta.~ Utusan

Pesawat AirAsia yg hilang minta tukar laluan

Sunday, December 28, 2014 0 Komen

Pesawat AirAsia yg hilang minta tukar laluan

JAKARTA 28 Dis. - Pesawat AirAsia laluan Surabaya-Singapura yang hilang pagi ini, dilaporkan memohon untuk menukar laluan perjalanannya.

“Pesawat telah meminta laluan yang bukan laluan kebiasaan sebelum putus hubungan,” kata jurucakap Kementerian Perhubungan, Hadi Mustofa di sini hari ini.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan lalu lintas udara di Jakarta pada pukul 6.17 pagi waktu tempatan.

Pesawat QZ8501

Seramai 155 penumpang dan anak kapal terdaftar dalam pesawat Airbus A320-200 itu yang dijangka mendarat di Singapura pada pukul 8.30 pagi.
Advertisement

Sementara itu, ibu pejabat AirAsia di Kuala Lumpur, Malaysia mengumumkan sebuah pasukan pencarian dan penyelamat dibentuk bagi mengesan pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah itu. - UTUSAN ONLINE

Pesawat AirAsia QZ8501 hilang dari Bandung ke Singapore

Sunday, December 28, 2014 0 Komen

Pesawat AirAsia QZ8501 hilang dari Bandung ke Singapore

Pesawat AirAsia QZ8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura pagi ini setelah  dilaporkan terputus perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Memetik laporan Kompas.com, pesawat itu dilaporkan berangkat dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sampai di Singapura seharusnya pukul 8.30 waktu tempatan.

Air Asia kini sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat setelah pesawat milik mereka dilaporkan hilang hari ini .
Pesawat QZ8501

“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan Air Asia hari ini.

Sementara itu, bagi membantu anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang pesawat itu,  AirAsia telah menubuhkan pusat panggilan kecemasan di talian +622129850801.

Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman webwww.airasia.com.

Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.

Pesawat AirAsia dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura pagi ini setelah  dilaporkan terputus perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Nilai keputusan PT3 secara menyeluruh, boleh dijadikan panduan menentukan hala tuju pendidikan

Wednesday, December 24, 2014 0 Komen

Nilai keputusan PT3 secara menyeluruh, boleh dijadikan panduan menentukan hala tuju pendidikan

Para pelajar dan ibu bapa perlu mempertimbangkan keputusan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) secara menyeluruh supaya pentaksiran tersebut boleh dijadikan panduan dalam menentukan hala tuju pendidikan seterusnya.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, keputusan PT3 akan diambil kira bersama Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Sekolah (PS) bagi menentukan aliran yang akan diambil oleh pelajar.

Beliau berkata, selepas ini iaitu dengan berdasarkan keputusan PT3, ibu bapa dan pelajar perlu menentukan sama ada mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang sastera, sains atau latihan teknikal dan vokasional.

"PT3, PPsi, PAJSK dan PS secara bersama membentuk komponen utama sekolah berasaskan pendekatan penilaian yang membolehkan kita memahami dan menghargai dengan lebih baik potensi dan keperluan anak-anak kita.

"Adalah diharapkan menerusi sistem ini kita akan dapat membentuk pelajar yang bersifat lebih holistik dan mengangkat standard sistem pendidikan kebangsaan," katanya dalam status terbaharu laman sosial Facebook miliknya tengah malam tadi.

Selain itu, Idris turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah menduduki PT3 dan guru-guru yang telah bekerja keras bagi menjayakan sistem pendidikan yang baharu diperkenalkan itu.

Sebanyak 453,413 calon yang menduduki PT3 di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara pada Oktober lalu menerima keputusan masing-masing semalam.

Tahun ini adalah kali pertama PT3 dilaksanakan selepas Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diperkenalkan pada 1993.
~ Utusan

Kampung Pantai Kemayan dilanda ombak besar

Wednesday, December 24, 2014 0 Komen

Kampung Pantai Kemayan dilanda ombak besar
Kira-kira 100 penduduk daripada 15 keluarga nelayan di Kampung Pantai Ke­ma­yan dekat sini, terpaksa menyelamatkan diri ke masjid ber­hampiran sele­pas berlaku ombak besar yang mengakibatkan banjir kilat di ka­wasan tersebut malam tadi.

Banjir selama lima jam bermula dari pukul 7.30 malam itu me­nyebabkan hampir kesemua rumah yang terletak dalam lingkungan 80 meter dari pantai digenangi air masin.

Seorang penduduk, Azmi Moha­mad, 47, berkata, angin kencang dan ombak besar yang diikuti limpahan air laut mengalir deras dalam tempoh yang singkat ke kawasan kediaman menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan perka­kasan rumah dan barangan elektrik.
“Saya dengan jelas mendengar bunyi aliran air laut yang bergerak masuk dan semakin dalam sehingga paras pinggang.

“Saya tidak dapat melakukan apa-apa kecuali melaungkan azan dan kemudian meminta jiran-ji­ran memastikan keselamatan anak masing-masing,” katanya ketika ditemui di Kampung Pantai Kemayang, dekat sini malam tadi.

Azmi berkata, keadaan lebih menakutkan penduduk apabila arus deras itu menerjah masuk ke rumah menerusi tingkap dan pintu utama.

“Air mula surut semula pada pukul 11.30 malam dan kami bimbang ia akan berulang kembali apabila air laut pasang besar malam esok.

“Betapa takutnya kami pada ketika itu apabila air yang melimpah dengan arus yang deras itu turut membawa sampah-sarap dan pasir pantai ke dalam rumah,” katanya.

Sementara itu di Pasir Puteh, beberapa pengusaha kilang keropok di Kampung Pachakan mendakwa mengalami kerugian beribu ringgit apabila keropok lekor yang dihasilkan diteng­gelami air laut sedalam 0.6 meter.
Seorang pengusaha keropok, Rasidi Kedah, 36, berkata, dia kerugian kira-kira RM20,000 apabila 1,000 kilogram keropok dihasilkan dan siap diproses musnah dalam fenomena air laut pasang besar.

Kesan ombak besar itu, tambah Rasidi, kilangnya yang terletak 20 meter dari pantai ditenggelami air sebelum beransur surut pada pukul 11 malam.~ utusan

Lirik Without You - Aman AF2014

Wednesday, December 24, 2014 0 Komen

Lirik Lagu Without You - Aman AF2014

Indah, indahnya hatimu
Lembut namamu membuat aku
Tenang atas jalan terang

Mudah, mudahnya caramu
Membuka pintu hati aku
Kau bukakan semua nyata

Jangan, jangan pernah pergi
Tolong datang kembali
Ku kan tetap mencari
Untuk membalas baikmu
Untuk menjaga dirimu

Without you
Aku hilang keliru
Without you
Aku diam membisu
Siapalah diriku
Yang berdiri tanpamu

Hilang, hilang dalam diri
Kotak hatimu dibela sepi
Malam mu nantikan hariku

Jangan, jangan pernah pergi
Tolong datang kembali
Ku kan tetap mencari
Untuk membalas baikmu
Untuk menjaga dirimu

Without you
Aku hilang keliru
Without you
Aku diam membisu
Siapalah diriku
Yang berdiri tanpamu

Without you
Aku hilang keliru
Without you
Aku diam membisu
Siapalah diriku
Yang berdiri tanpamu

Without you
Aku hilang keliru
Without you
Aku diam membisu
Siapalah diriku
Yang berdiri tanpamu

Doa Mohon Dielakkan Dari Banjir

Wednesday, December 24, 2014 0 Komen

Doa Mohon Dielakkan Dari Banjir


 "Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu." - Surah Hud 44


Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami yang kini diuji dengan banjir. Selamatkanlah mereka, tabahkan hati-hati mereka. Aaminn.

Nama Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airom Anizam nama terpanjang di Malaysia

Wednesday, December 24, 2014 0 Komen

Pontian: Menyebut nama yang mengandungi tujuh perkataan dengan 53 huruf mungkin sesuatu yang menyukarkan terutama ketika melafazkan akad nikah, tetapi seorang pengarah syarikat lulus ujian itu.

Kamalrrudin Ahmad, 31, membuktikan dia tidak ‘goyang’ menyebut nama Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri Md Arif, 18, sebelum sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz akad nikah pada 12 Disember lalu.

Kamalrrudin berkata, meskipun nama isterinya panjang berjela-jela, dia tidak mempunyai masalah menyebutnya dengan lancar ketika akad nikah.Katanya, dia memanggil isterinya, Puteri.

"Ramai juga kenalan yang bertanya bagaimana saya akan menyebut nama isteri dengan sekali lafaz akad nikah.


"Bagi saya, itu semua tiada masalah kerana saya berlatih menyebut nama isteri beberapa hari sebelum majlis akad nikah berlangsung," katanya.

Sebelum ini kad jemputan pasangan berkenaan menjadi ‘viral’ kerana keunikan nama Puteri.
Puteri yang juga anak kempat daripada sembilan beradik berkata, dia bangga kerana nama panjang yang dimiliki itu adalah pilihan ibu bapanya selain setiap daripadanya mempunyai maksud tertentu bagi seorang Islam.

Sementara itu, menurut sumber Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tiada halangan untuk mendaftaftarkan nama yang panjang asalkan nama berkenaan tidak lebih 80 aksara meliputi ruang kosong, bin, binti dan nama bapa.

Sebelum ini, JPN pernah memaklumkan nama Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airom Anizam sebagai nama terpanjang di Malaysia.

~ metro

Lirik Ibu - Iqbal Ceria Popstar 2 (2014)

Wednesday, December 24, 2014 0 Komen

Lirik Ibu - Iqbal Ceria Popstar 2 (2014)

Setiap kali ku terperangkap dalam resah
Kau pasti membantu tanpa memikirkan lelah
Kasihmu yang abadi bagaikan bidadari
Kau menjagaku

Korus
Percayalah
Tiada lagi cinta yang tulus
Hanya dikau yang bertakhta di hatiku
Percayalah
Tiada lagi kasih yang setingginya
Yang sedalamnya kasihmu ibu
Hu.. hu..

Walaupun seribu hayat
Tak terbalas jasa
Walau semakin dewasa
Tetapku rasa
Betapanya ku tahu
Di telapak kakimu
Terletaknya syurgaku

Korus

Tak cukup kata-kata
Yang mampu ku lafaz untukmu
Kasihku ibu

Lirik/ Lagu: Audi Mok

Sindrom Sleeping Beauty buat pesakit tertidur berhari-hari

Wednesday, December 24, 2014 0 Komen

Sindrom Sleeping Beauty buat pesakit tertidur berhari-hari

Wabak misteri yang melanda sebuah perkampungan di utara Kazakhstan menyebabkan penduduk tertidur selama beberapa hari.

Sehingga kini, doktor masih gagal untuk mengenal pasti punca yang menyerang penduduk di kawasan terpencil Kalachi sejak empat tahun lalu.

Menurut penduduk tempatan, hampir 14 peratus daripada 600 penduduk kini menderita sindrom Sleeping Beauty tersebut yang turut menyebabkan sakit kepala, tidak boleh berdiri, berasa penat, mengalami masalah memori dan halusinasi.


Kebanyakan penduduk percaya sindrom misteri tersebut mungkin berpunca daripada bekas lombong uranium tinggalan era-Soviet yang terletak berhampiran dengan kampung mereka.

Bacaan radiasi di kawasan tersebut didakwa 16 kali ganda lebih tinggi daripada paras normal, namun gejala yang dialami mereka dikatakan tidak sama dengan simptom keracunan radiasi.

Lyubov Belkova menjadi penduduk pertama diserang sindrom Sleeping Beauty tersebut pada April 2010 dan ia dikatakan berpunca daripada strok iskemik yang berlaku apabila terdapat darah beku di dalam saluran darah hingga menyebabkan otak tersumbat. - Daily Mail

Pengkritik teman wanita pemain Thailand Charly Chappius ditegur

Wednesday, December 24, 2014 0 Komen

Pengkritik teman wanita pemain Thailand Charly Chappius ditegur

Beberapa printscreen yang tertera beberapa komen di laman sosial Instagram tersebar di laman sosial Facebook dan laman mikro Twitter, hari ini.

Komen-komen tersebut, yang rata-rata menghentam dan mengkritik teman wanita kepada pemain Thailand Charly Chappius menarik perhatian seorang lelaki untuk menegur.








Teguran 'makan dalam' lelaki tersebut, Hogan Markus mengatakan bahawa komen-komen tersebut tidak menggambarkan seseorang yang memakai hijab.


Chappius, pemain bola sepak Thailand berjersi nombor 7 menjadi sensasi di internet selepas aksi bola sepak menentang Malaysia di perlawanan pusingan akhir Piala AFF Suzuki.

Difahamkan, raut wajah Chappius yang kacak membuatkan sebahagian peminat-peminat bola wanita tempatan mula 'stalk' akaun Instagram pemain berkenaan. ~ SH

Fenomena air pasang besar : Orang ramai keluar saksi fenomena di Terengganu

Wednesday, December 24, 2014 0 Komen

Fenomena air pasang besar : Orang ramai keluar saksi fenomena di Terengganu
 
KUALA TERENGGANU: Beberapa lokasi termasuk Pulau Warisan, Pasar Besar Kedai Payang (PBKP), Jambatan Sultan Mahmud dan Pantai Batu Buruk di sini, dibanjiri orang ramai yang mahu melihat sendiri dari dekat fenomena air pasang besar, malam ini.

Kebanyakan mereka tidak menghiraukan cuaca hujan serta angin kuat dan berani mengambil risiko keselamatan dengan membawa keluarga melihat air pasang besar.


Biarpun pihak berkuasa memberi amaran angin kencang dan kemuncak air pasang besar, lokasi berkenaan umpama pesta apabila dibanjiri kenderaan sehingga berlaku sedikit kesesakan lalu lintas.

Malah, polis turut mengawal lalu lintas menghala ke Pantai Batu Buruk, bagi menghalang orang ramai menghampiri kawasan pantai itu.

Seorang guru, Latif Mohd, 40, berkata dia membawa isteri dan empat anaknya berusia empat dan 15 tahun untuk melihat fenomena air pasang besar, namun tidak berani menghampiri kawasan pantai lebih dekat.

"Pagi tadi kecoh kawan bercerita mengenai air naik akibat air pasang besar di Pulau Warisan dan PBKP, jadi saya bawa keluarga untuk melihat sendiri keadaannya.

"Nampak air Sungai Terengganu di jambatan Pulau Warisan ini mula meninggi dan PBKP juga sudah mula naik air," katanya.

Tinjauan BH juga mendapati, peniaga di PBKP sibuk menyelamatkan barangan niaga mereka ke tempat tinggi bagi mengelak rosak akibat banjir, manakala orang ramai termasuk kanak-kanak bermain air banjir.

Selain itu, jalan masuk dan keluar di Pulau Warisan; Pantai Batu Buruk dan PBKP sesak dengan kenderaan.

Empangan Kenyir catat bacaan 144.2 meter

Tuesday, December 23, 2014 0 Komen

Bacaan paras air di Empangan Stesen Hidroelektrik Sultan Mahmud dekat Tasik Kenyir di Hulu Terengganu ketika ini ialah 144.2 meter dan masih berada pada tahap selamat, dengan tahap bahaya 145 meter.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat agar tidak mempercayai khabar angin kononnya air di empangan itu akan dilepaskan bagi mengurangkan tekanan air yang boleh memberi kesan kepada sistem takungan empangan itu ketika musim banjir sekarang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah berkata kerajaan negeri memandang serius penyebaran khabar angin itu kerana ia boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai, terutama penduduk sekitar Hulu Terengganu.

"Saya berharap orang ramai jangan mempercayai khabar angin yang tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), aplikasi Whatsapp atau laman sosial Facebook," katanya pada sidang media tentang perkembangan terbaharu banjir di Terengganu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Muhammad Pehimi Yusof.

Menurutnya faktor kejadian banjir di negeri ini turut disebabkan kejadian air pasang besar.

"Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut memaklumkan purata hujan yang tinggi melebihi 100 ml sehari dan berterusan lebih 48 jam serta kenaikan aras laut iaitu setinggi 2.5 hingga 2.8 meter mengakibatkan berlakunya banjir hampir keseluruhan negeri Terengganu.

"JPS menjangkakan air pasang besar  akan terus berlaku sehingga 27 Disember ini bermula jam 9 malam hingga 1 pagi iaitu paras air akan meningkat sehingga 2.7 meter," kata Mazlan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat yang meninjau keadaan di Empangan Stesen Hidroelektrik Sultan Mahmud lewat petang ini berkata keadaan adalah selamat.

Katanya pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan kepadanya keadaan terkawal dan paras air belum lagi mencapai tahap maksimum. - Bernama

Keadaan legenda juara tinju dunia, Muhammad Ali semakin baik

Tuesday, December 23, 2014 0 Komen

LOUISVILLE: Keadaan legenda juara tinju dunia, Muhammad Ali semakin baik sejak dimasukkan ke hospital akibat penyakit radang paru-paru minggu lalu.

Jurucakap Ali berkata, doktor berharap beliau akan bertambah baik.

Ali, 72, dimasukkan ke hospital pada pagi Ahad lalu.

Muhammad Ali

"Keluarga Ali terus memohon masa bersendirian dan menghargai semua doa dan ucapan," kata jurucakap Ali, Bob Gunnell.

Beliau berkata, tiada maklumat lanjut diumumkan.

Bekas juara heavyweight dunia tiga kali dan dianggap salah seorang peninju terbaik dunia, Ali mengalami penyakit Parkinson.

Dia pernah muncul di khalayak ramai pada September lalu untuk menghadiri majlis di kampung halamannya di Louisville, Kentucky sempena Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali. - AFP

Penganggur hidup mewah hasil jenayah

Tuesday, December 23, 2014 0 Komen

Penganggur hidup mewah hasil jenayah

Kehidupan seorang penganggur yang menggunakan wang hasil jenayahnya dengan menyewa sebuah kondo di Teluk Kemang, Port Dickson, bersama rakannya sejak Mei lalu, terbongkar selepas ditangkap polis dalam serbuan di kondo berkenaan, 17 Disember.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, penganggur berkenaan dan kekasihnya dipercayai menyamun seorang wanita di sebuah kedai dekat Pedas Indah, 17 November lalu.

Menurutnya, dengan tertangkapnya lelaki berkenaan yang dikenali sebagai 'Bidik' berusia 22 tahun itu, polis percaya dapat menyelesaikan 12 kes jenayah membabitkan satu kes samun iaitu di Rembau, satu kes curi motosikal dan 10 lagi kes ragut di sekitar Negeri Sembilan
iaitu Seremban dan satu di Port Dickson.

“Lelaki terbabit ditangkap dalam serbuan pada jam 7.20 pagi dan ketika itu, dia bersama kekasihnya berada di dalam bilik, sementara lima lagi rakan mereka berusia 18 hingga 25 tahun termasuk seorang perempuan berusia 20 tahun berada di ruang tamu kondo berkenaan.

“Bagaimanapun, kekasihnya iaitu remaja berusia 17 tahun cuba melarikan diri melalui balkoni bilik di tingkat lima berkenaan dan terjatuh ke tanah. Remaja berkenaan kini koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban,” katanya dalam satu sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, dekat sini, semalam.

Ibrahim berkata, dalam serbuan itu, polis menemui barangan hasil jenayah pasangan kekasih berkenaan berupa kad pengenalan mangsa, telefon bimbitdan beg tangan pelbagai jenama, dompet dan lain-lain lagi.

“Kita juga merampas motosikal curi jenis Yamaha 135 LC, pelbagai nombor pendaftaran palsu, topi keledar dan juga jaket yang digunakan pasangan kekasih berkenaan untuk melakukan jenayah.

“Bagaimanapun, barangan kemas yang disamun serta diragut pasangan kekasih berkenaan sejak Mei hingga awal Disember ini tidak dijumpai dan dipercayai dijual kepada pembeli tepi jalan yang digelar sebagai ‘ulat’," katanya.

Katanya, kini lelaki terbabit disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan pemeriksaan ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek juga mendapati suspek positif dadah. Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Untuk rekod, lelaki berkenaan mempunyai jenayah lampau dalam kes rogol pada Mei tahun lalu dan dadah.

Fenomena ‘new moon’ semakin burukkan keadaan banjir

Tuesday, December 23, 2014 0 Komen

Fenomena ‘new moon’ burukkan keadaan banjir

Fenomena ‘New Moon’ iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd Anip berkata, keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

“Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena ‘new moon’ yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.

“Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Advertisement

Katanya, pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan.

“Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan,” katanya.

Dr. Mohd Hisham menjelaskan, musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Disember diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.

“Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari tersebut, namun kami menjangkakan ada lagi episod keempat iaitu bermula pada 28 sehingga 31 Disember dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari,” katanya.

Dr. Mohd. Hisham berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Dis ini di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai.

“Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015.

“Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir,” katanya. - Bernama

Kenali rumpai miang mexico, berbeza dengan ulam raja

Thursday, December 18, 2014 0 Komen

Kenali rumpai miang mexico

Walaupun baru-baru ini negara kecoh dengan bahaya rumpai miang mexico, namun ramai mempertikaikan persamaan tumbuhan beracun tersebut dengan ulam raja.

Tumbuhan ulam raja adalah tumbuhan liar dan menjadi tambahan hidangan kepada penggemar ulam yang biasanya dimakan mentah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Kedah, Ramli Abdul Rahman berkata, masyarakat tidak perlu khuatir kerana rumpai miang mexico atau parthenium hysterophorus mempunyai tiga ciri berbeza dengan ulam raja.

“Cara pertama dan paling mudah untuk membezakan ulam raja dan rumpai beracun itu adalah dari segi bau. Ulam raja mempunyai bau dan rumpai tersebut tidak.

“Selain itu, rumpai miang mexico mempunyai bulu halus di kesemua batang tumbuhan tersebut berbanding ulam raja.

“Orang ramai juga boleh mengenali rumpai miang mexico tersebut melalui bunganya yang berwarna putih krim berbanding bunga ulam raja bewarna merah jambu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, walaupun kedua-dua tumbuhan tersebut hidup secara meliar di kawasan belukar dan mudah didapati namun tiga perbezaan itu adalah cara mudah untuk mengenali rumput miang mexico tersebut.

“Jangan khuatir, dari jauh kita sudah boleh bau dan melihat bentuk fizikal berbeza antara kedua tumbuhan ini walaupun seakan sama serta dapat mengelakkan alahan akibat rumpai miang mexico itu,” katanya.

Peniaga online wajib daftar SSM

Thursday, December 18, 2014 0 Komen

Peniaga online wajib daftar SSM

Peniaga dalam talian atau online termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), persidangan Dewan Negara diberi­tahu semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, langkah itu diperkenalkan bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga.

Kasut Ku Kusut Synopsis

Thursday, December 18, 2014 0 Komen

Kasut Ku Kusut Synopsis

Kasut Ku Kusut tells the story of a young villager named Manap, who lately has been frustrated because his newly bought shoes went missing. At the same time, one of the members of the gangster group Father Dragon, called Markos, is responsible for taking Suzi to the gang leader.

During the journey, they have gotten lost in a village and Suzi manages to escape from Markos. Suzi stumbles across Manap who is still searching for his missing shoes. When Markos finds Suzi with Manap, Manap realises that the shoes Markos is wearing bear a striking resemblance to his lost shoes.




Director:Pierre Andre
Cast:Shaheizy Sam, Pablo Amirul, Atikah Suhaimie, Along Eyzendy

Tren terkandas dua jam akibat kerosakan lokomotif

Thursday, December 18, 2014 0 Komen

Kira-kira 200 penumpang melalui detik cemas apabila tren yang mereka naiki terkandas di landasan Kilometer 462.75 arah selatan, Seremban-Sungai Gadut di sini, petang tadi.

Pengurus Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Siti Badariah Wan Hanafi berkata kejadian yang berlaku pada pukul 4 petang itu menyebabkan kesemua penumpang terpaksa menunggu selama dua jam bagi proses penukaran lokomotif.







"Tren Ekspres Rakyat tersebut sedang dalam perjalanan dari Butterworth ke Singapura apabila secara tiba-tiba berlaku kegagalan lokomotif untuk berfungsi menyebabkan ia terkandas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya, tren tersebut memulakan perjalanan dari Butterworth awal pagi tadi.

"Selepas dua jam menanti, akhirnya perjalanan diteruskan semula ke Singapura apabila keadaan kembali pulih setelah lokomotif yang rosak ditukarkan dengan lokomatif baharu yang dibawa dari KL Sentral," katanya.

Beliau memohon maaf kepada kesemua penumpang terlibat di atas kesulitan di luar jangkaan itu.  - Bernama

Suspek Macau Sam (penipuan Macau Scam) ditahan polis

Wednesday, December 17, 2014 0 Komen

Macau Scam tumpas

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman menahan 30 suspek terdiri daripada warga China dan Taiwan dipercayai terbabit dalam penipuan Macau Scam dalam dua serbuan berasingan di Seputeh dan Cheras, di sini, petang tadi.

Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Jenayah Multimedia) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata kesemua suspek ditahan selepas risikan yang dijalankan pihaknya bersama pasukan polis dari China selama seminggu terhadap aktiviti sindiket yang dipercayai sudah menipu mangsa di negara China membabitkan kerugian RM12 Juta.

"Kami percaya anggota sindiket menjadikan dua banglo mewah yang disewa sebagai markas untuk mereka menjalankan kegiatan penipuan dengan menggunakan talian telefon dan internet di Malaysia untuk menghubungi mangsa di negara China," katanya di lokasi serbuan, sebentar tadi.

Beliau berkata, taktik kesemua suspek berusia 20 hingga 40 tahun yang menghubungi mangsa dan memberitahu kesemua data peribadi mangsa secara terperinci serta memperdaya kononnya akaun bank mangsa mempunyai masalah membuatkan kebanyakannya mudah terpedaya.

Menurutnya, mangsa yang panik akan menyerahkan nombor akaun mereka kepada suspek kerana percaya suspek adalah pihak yang bekerja di bank dan memerlukan maklumat akaun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa menyedari mangsa sudah ditipu.

Pengantin remaja 15,17 tahun berkahwin di Johor

Wednesday, December 17, 2014 0 Komen

Pengantin remaja 15,17 tahun berkahwin di Johor

Sepasang remaja masing-masing berusia 15 dan 17 tahun yang berasal dari daerah ini menarik perhatian ramai terutamanya pengguna media sosial apabila menamatkan zaman bujang mereka pada hujung bulan lalu.

Difahamkan, pasangan terbabit, Muhd. Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, dinikahkan pada 30 November lalu selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Pengantin remaja

Muhd. Muaz dalam satu entri di laman sosial Facebook miliknya sehari selepas majlis tersebut menafikan perkahwinan pada usia muda itu disebabkan mahu menutup perkara-perkara negatif, sebaliknya atas dasar keluarga.

“Asal (apabila) kahwin muda sahaja mesti orang cakap macam-macam, benda itu Muaz dah ‘prepare’ awal sebenarnya. Perkahwinan Muhd. Muaz bukan atas dasar sebab bunting ke, dia nak mati ke (atau) apa benda semua la (lain-lain hal) tetapi atas dasar keluarga,” katanya seperti dipetik dalam entri Facebook miliknya di sini hari ini.

 

ZONFINITI