Adila terpaksa melupakan hasrat untuk merebut gelaran juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) apabila menjadi peserta pertama yang tersingkir daripada program realiti popular itu.
Pengumuman penyingkiran Adila atau nama sebenarnya, Nas Adila Mohd. Dan (gambar), 22, itu dilakukan oleh hos, AC Mizal setelah mendapat undian terendah daripada peminat dan penonton.
Dalam konsert mingguan kedua yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil itu malam ini, Adila yang juga seorang penyanyi telah menyampaikan dua buah lagu secara medley yang juga merupakan tema pada minggu tersebut.
Adila yang membawakan lagu Merawat Luka Terpendam nyanyian asal Liza Hanim dan Asyik (Amelina) telah memberikan persembahan yang tidak mengecewakan.
Dengan penyingkiran itu, secara tidak langsung telah memberi peluang kepada 13 orang pelajar lain untuk bergelar juara AF7.
Mereka yang meneruskan perjuangan adalah Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 18; Obri (Ahmad Sobri Hasmuni), 24; Aril (Khairil Azam Pilus), 24; Hafiz (Mohd. Hafiz Mohd. Suip), 19; Qhaud (Mohd. Qhauhd Abdul Rashid), 25; Sidi (Mohd. Rashidi Mohamad Isa), 26; dan Yazid (Mohd. Yazid Kamal Ibrahim), 22.
Pelajar lain adalah Claudia (Claudia Fay Geres), 23; Isma (Ismaliza Ismail), 30; Zizi (Nurfazelah @ Zizie Mad Tahil), 24; Rubisa (Rubisa Tiasin), 22; Aishah (Siti Aishah Bujang), 18; dan Rini (Zuzafrini Zulkifli), 24.
Kesemua persembahan pelajar AF7 diiringi muzik yang dimainkan secara 'live' di bawah pimpinan pengarah muzik, Hashridz Murshim Hassim atau lebih dikenali dengan panggilan Acis.
Tiga personaliti terkenal iaitu Edrie Hashim, Datuk Yusni Hamid dan Adlin Aman Ramlie telah diberi mandat sebagai pengkritik tetap untuk musim ini.
Adila pelajar AF7 pertama tersingkir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment