Cadangan gelaran 'Tun' diberikan kepada Tan Sri P. Ramlee

Wednesday, March 04, 2009

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk memberikan gelaran 'Tun' kepada seniman agung negara, Tan Sri P. Ramlee kerana sumbangan besarnya dalam bidang seni.

Timbalan Menterinya, Teng Boon Soon berkata, seniman tersebut merupakan seorang tokoh yang mempunyai keupayaan bukan sahaja sebagai pelakon dan pelawak malah merupakan pemuzik, penyanyi serta pencipta lagu.

"Pihak kementerian menyokong penuh pemberian gelaran Tun kepada Tan Sri P. Ramlee memandangkan sumbangan besarnya dalam bidang seni dan akan membawa perkara ini kepada pihak yang berkenaan," katanya ketika sesi penggulungan menjunjung kasih atas titah ucapan diraja di Parlimen semalam.

Tambah beliau, seniman tersebut pernah menerima tujuh anugerah dalam bidang perfileman menerusi Festival Filem Asia di antara tahun 1950 hingga 1960 sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Fotografi Terbaik dan tiga anugerah Filem Komedi Terbaik dan Most Versatile Talent.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI