Gelaran 'Datuk' untuk Allahyarham Sudirman

Friday, June 19, 2009

Penyanyi Allahyarham Sudirman Arshad semalam dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran 'Datuk' sempena ulang tahun Hari Keputeraan Ke-78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober tahun lepas.

Anugerah yang disampaikan oleh Sultan Ahmad Shah dalam satu istiadat di Balairong Seri Istana Abu Bakar di sini diterima oleh kakak sulung penyanyi itu, Datin Rodziah Arshad.

Sudirman, anak kelahiran Temerloh, meninggal dunia pada 22 Februari 1992 pada usia 37 tahun.

Rodziah ketika ditemui pemberita melahirkan rasa terharu di atas penghargaan itu.

"Walaupun Allahyarham telah lama tiada, namun anugerah ini melambangkan beliau masih diingati dan dihargai sehingga kini," katanya.

Katanya, beliau bercadang menyerahkan anugerah darjah berkenaan ke Muzium Tokoh di Kuantan selepas berbincang dengan ahli keluarga.

Rakan Sudirman yang juga selebriti terkenal, Yasmin Yusuff, menyifatkan anugerah berkenaan wajar diberikan bagi menghargai bakat dan sumbangan Allahyarham. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI