Kematian Farrah Fawcett

Friday, June 26, 2009

Aktres yang terkenal menerusi siri Charlie's Angels, Farrah Fawcett meninggal dunia pada usia 62 tahun kerana barah, semalam, kata jurucakapnya.

Beliau mulanya dikesan menghidap barah dubur lewat 2006. Majalah People melaporkan aktres itu menghembuskan nafas terakhir di Pusat Kesihatan St John’s, Santa Monica, California pada 9.28 pagi waktu tempatan.

Beliau adalah kekasih pelakon yang terkenal menerusi filem Love Story, Ryan O'Neal.

Fawcett baru-baru ini kembali menjalani rawatan di pusat kesihatan itu selepas barahnya kembali menyerang.

Fawcett meninggalkan seorang anak lelaki, Redmond, 24, yang ketika ini menjalani hukuman penjara kerana kesalahan dadah. Anak lelakinya sempat bercakap dengan Fawcett di telefon sebelum ibunya meninggal. - Agensi

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI