Menang Tiket Loteri AS$20 juta

Wednesday, April 14, 2010



Sepasang kekasih yang memenangi hadiah loteri terbesar di Israel tampil untuk menuntut wang kemenangan berjumlah AS$20 juta (RM64.5 juta).

Pasangan itu berkata, selama empat bulan mereka tidak tahu bahawa mereka memiliki tiket loteri bertuah itu.

Kedua-duanya muncul di hadapan pemberita semalam di sebuah pejabat tiket loteri dengan memakai topeng bagi menyembunyikan identiti mereka.

Pasangan itu berkata, tiket bertuah itu diletakkan di bahagian bawah timbunan tiket loteri lama sebelum ia ditemui semula pada minggu ini.

Mereka kemudian memeriksa nombor tiket tersebut berulang kali dan mendapati ia merupakan tiket kemenangan.

Identiti pemenang loteri di Israel lazimnya tidak didedahkan bagi menjaga hak persendirian. - AP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI