Bajet 2013 beri peruntukan SPRM banteras rasuah

Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013: RM276 juta untuk SPRM banteras rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima peruntukan sebanyak RM276 juta bagi menjayakan peranannya dalam membanteras rasuah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkannya berkata kerajaan juga bersetuju menambah sebanyak 150 perjawatan tambahan setiap tahun sehingga mencapai jumlah 5,000 anggota yang disasarkan suruhanjaya itu.

"Langkah ini diharap akan dapat menyokong usaha kerajaan memperbaiki kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI)," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini. - BERNAMA

Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia

Saturday, September 29, 2012

‘Raja Bola’ Ghani Minhat meninggal dunia
Raja bola, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di institut itu.

Allahyarham, 77, menjalani pembedahan itu pada Selasa lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 10.34 pagi 28/09/2012 , kata adik iparnya, Datuk Nik Kamaruddin Ismail.

Nik Kamaruddin berkata, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di masjid Kampung Baru, di sini sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya.

Allahyarham Abdul Ghani meninggalkan isteri Puan Sri Tengku Aishah Tengku Ibrahim dan empat anak, dua lelaki dan wanita.

Di zaman kegemilangannya di sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an, Allahyarham yang bermain sebagai ”inside forward”, merupakan pemain yang licik dan lincah dan sering menggerunkan pihak lawan.

Walaupun dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan pada 1935, Allahyarham banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor.

Pada 1959, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu.

Allahyarham pernah merangkul anugerah pemain bola sepak terbaik kebangsaan pada 1959 dan 1960 dan pernah melakukan keajaiban dengan menjaringkan 106 gol hanya dalam 15 perlawanan. - BERNAMA 

Bajet 2013: Usaha kurangkan jenayah

Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013: RM591 juta jayakan usaha kurangkan jenayah 
Usaha menambah bilangan jawatan baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah antara langkah untuk mengurangkan jenayah dengan peruntukan berjumlah RM591 juta disediakan tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak 1,000 buah motosikal juga akan disediakan dengan peruntukan RM20 juta bagi kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal yang akan ditubuhkan untuk memantau kawasan perumahan.

"Selain itu, sejumlah RM70 juta akan diperuntuk untuk menambah bilangan anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) seramai 10,000 orang bagi membantu polis membanteras jenayah," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata peruntukan kepada PDRM itu juga meliputi penambahan 496 unit sistem kamera litar tertutup (CCTV) di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara.

Katanya penambahan anggota itu penting sebagai persediaan kementerian untuk berhadapan dengan fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Program Transformsi Kerajaan (GTP) Mengurangkan Jenayah yang akan memberi tumpuan jenis jenayah dan kawasan yang lebih luas serta penglibatan menyeluruh pihak berkepentingan dalam usaha mencegah jenayah. - BERNAMA 

Bajet 2013: 170,000 individu tak perlu bayar cukai pendapatan

Saturday, September 29, 2012

Belanjawan 2013: 170,000 individu tak perlu bayar cukai pendapatan

Kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan berikutan penurunan kadar satu mata peratusan bagi golongan tersebut mulai tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penurunan kadar cukai itu akan menguntungkan kumpulan dengan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000.

Bajet 2013
Beliau berkata langkah itu akan turut memberi manfaat kepada pembayar cukai sedia ada untuk menikmati penjimatan bayaran cukai mereka.

"Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan telah menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan dua rebat cukai yang menjadikan hanya 1.7 juta orang sahaja yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang.

Pada masa ini, kadar cukai pendapatan individu pemastautin adalah progresif iaitu antara kosong peratus hingga 12 peratus ke atas pendapatan bercukai RM2,500 hingga RM50,000. - BERNAMA

Dr. M terima anugerah Habitat-Rafik Hariri PBB 2012

Saturday, September 29, 2012

Dr. M terima anugerah Habitat-Rafik Hariri PBB 2012
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di sini untuk menerima anugerah Habitat-Rafik Hariri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2012, yang dijangka disampaikan hari ini.

Beliau diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr. Mahathir, 87, dinamakan pemenang anugerah itu pada Jun lepas oleh jawatankuasa pemandu anugerah bagi mengiktiraf kepimpinan, negarawan dan tadbir urus yang baik.

Anugerah itu dinamakan sempena bekas perdana menteri Lebanon, Allahyarham Rafik Hariri, ditubuhkan oleh keluarga Hariri dan inisiatif bersama Habitat PBB melalui Yayasan Rafik Hariri pada Mac 2009.

Anugerah dibuka kepada individu, organisasi atau institusi seluruh dunia di atas pencapaian dalam bidang kepimpinan, negarawan, tadbir urus yang baik; pembinaan dan pembinaan semula penempatan dan komuniti, pembangunan sumber manusia; dan aktiviti kebajikan memerangi kemiskinan bandar dan pelaksanaan Agenda Habitat. - BERNAMA

Belanjawan 2013: Bonus: Kakitangan awam dpt tambahan sebulan, pesara RM500

Saturday, September 29, 2012

Bonus: Kakitangan awam dapat tambahan sebulan, pesara RM500
Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas. Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini. - BERNAMA

SPNB beli rumah untuk rakyat

Friday, September 28, 2012

Hasrat golongan pertengahan dan bawahan memiliki rumah sendiri bakal menjadi kenyataan apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membeli rumah secara pukal daripada mana-mana pemaju perumahan sebelum dijual semula pada harga ditetapkan oleh kerajaan.

Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron (gambar) berkata, menerusi kaedah tersebut harga jualan rumah dapat dikurangkan berbanding harga pasaran semasa yang kini mengalami kenaikan mendadak sehingga menyukarkan golongan terbabit membeli rumah.

''Walaupun tindakan ini dilihat merugikan SPNB tetapi sebagai syarikat milik kerajaan kami melakukan tanggungjawab sosial meringankan beban rakyat dalam membantu mereka memiliki rumah.

''Sejak 1997, SPNB sebenarnya telah memainkan peranan utama dalam memberi nafas baru kepada projek-projek perumahan terbengkalai dan membina perumahan untuk semua," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, sudah sampai masanya untuk SPNB memainkan satu lagi peranan sebagai pembeli rumah secara pukal bagi mana-mana projek perumahan berdaya maju di seluruh negara sebelum menjualnya pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

SPNB yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu berkata, SPNB juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan sumber berbanding dengan menggunakan peruntukan yang disalurkan itu untuk membina rumah.

''Bayangkan sekiranya SPNB mempunyai peranan yang sedemikian, sudah pasti syarikat itu dapat mempengaruhi dari segi harga, pakej pinjaman yang menarik dan sebagainya.

''SPNB boleh jual semula rumah pada harga mampu milik dan dengan cara itu objektif untuk meringankan beban rakyat dapat dicapai walaupun dengan cara yang berbeza malah lebih efektif," katanya.

Dalam pada itu, Idris berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan bertindak mengawal harga tanah dan pengeluaran bahan pembinaan kerana kedua-duanya mempengaruhi harga rumah.

Bajet 2013: Rebat RM200 beli telefon bimbit 3G

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013: Rebat RM200 pembelian telefon bimbit 3G

Golongan belia akan menikmati rebat sebanyak RM200 secara one-off atau bayar sekali bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G, yang bertujuan membuka akses untuk golongan itu kepada lebuh raya maklumat, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Perdana Menteri berkata pakej khas itu, yang akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi, terbuka kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

"Sebanyak RM300 juta disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, hari ini. - BERNAMA


Bajet 2013: Bayaran PTPTN dapat diskaun

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013: Diskaun mudahkan bayaran PTPTN

Insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata insentif pertama adalah diskaun 20 peratus daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Okt 2012 hingga 30 Sept 2013.

"Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri turut mengingatkan para peminjam bahawa hukum membayar hutang adalah wajib dan pinjaman PTPTN merupakan satu amanah.

"Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan," katanya.

Sehingga Februari lepas, PTPTN telah meluluskan pinjaman kepada 1.95 juta pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, membabitkan peruntukan lebih RM44 bilion.

Daripada jumlah itu, kira-kira 70 peratus daripada peminjam tabung itu telah melunaskan pinjaman masing-masing berikutan pendekatan PTPTN yang memperkenal kaedah bertolak ansur dan memujuk untuk membayar hutang.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan cadangan untuk memansuhkan keseluruhan PTPTN adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Beliau mempersoalkan cadangan itu dan bertanya siapakah yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN jika ia ingin dimansuhkan.

"Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia? Bertanggungjawabkah kita yang berhutang, masyarakat yang menanggung? Itulah persoalannya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata kerajaan turut mencadangkan pelepasan cukai sedia ada kepada ibu bapa yang mempunyai anak di institusi pengajian tinggi daripada RM4,000 seorang kepada RM6,000 seorang mulai tahun taksiran 2013.

Katanya langkah itu diambil kerana kerajaan prihatin dengan bebanan kos pendidikan tinggi anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa, selain merupakan satu pelaburan untuk meningkatkan tahap pendidikan generasi muda yang akan memberi manfaat kepada negara di masa depan.

Bagi menggalakkan sikap menabung untuk pendidikan, Perdana Menteri berkata pelepasan cukai sebanyak RM3,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sedia ada juga akan dinaikkan kepada RM6,000. - BERNAMA

Bajet 2013: RM820 pencen minimum

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013: Pencen minimum dinaikkan kepada RM820 
Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Jan 2012.

"Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

"Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport berkuatkuasa Januari 2013 dalam usaha mengiktiraf golongan warga emas.

Najib berkata caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.

"Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80," katanya.

Tambahnya, pengurangan caj bayaran pasport itu turut diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. - BERNAMA 

Bajet 2013: I nsentif khas RM200 utk pegawai, anggota ATM

Friday, September 28, 2012

Berita baik untuk ATM. Seramai 125,708 pegawai dan anggota Angkatan Tentera akan menerima bayaran insentif khas RM200 sebulan bermula 1 Januari depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu dalam Belanjawan 2013 hari ini berkata bayaran insentif khas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM301 juta.

Beliau berkata bagi menghargai peranan pasukan simpanan angkatan tentera, elaun bertugas anggota biasa dan pegawai turut dinaikkan kepada RM6 dan RM7.80 sejam daripada hanya RM4 dan RM5.80 sejam sebelum ini.

"Penyelarasan elaun ini melibatkan 65,000 anggota simpanan tentera membabitkan Askar Wataniah, dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara serta pasukan Rela, JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) dan anggota sukarelawan polis (PVR)," katanya di sini. - BERNAMA

Orang Kaya Di China susut

Wednesday, September 26, 2012

Bilangan bilionair di China telah menyusut 20 peratus daripada bilangan tahun lepas ke 251 individu tahun ini tetapi masih tinggi berbanding hanya 15 bilionair enam tahun lepas, kata Institut Penyelidikan Hurun yang berpangkalan di Shanghai dalam satu laporan, Selasa.

Senarai Orang Kaya Hurun 2012 yang di keluarkan pada Isnin berkata daripada 1,000 individu yang berada di tempat teratas senarai itu, 469 menyaksikan kekayaan mereka merosot, di mana 37 daripadanya mengalami penguncupan lebih 50 peratus, terutamanya dari sektor solar, tekstil dan runcit.

"291 lagi melihat kekayaan mereka meningkat, 114 tidak berubah dan 150 lagi adalah wajah baru," kata institut itu.

Ia berkata purata kekayaan mereka yang tersenarai susut 9.0 peratus kepada US$860 juta, tetapi angka ini masih hampir dua kali ganda daripada 2008 iaitu sebanyak US$439 juta.

Pemilik syarikat minuman Wahaha, Zong Qinghou, 67, mengungguli senarai tahun ini, dengan kekayaan sebanyak US$ 12.6 bilion.

Hartawan hartanah China Wang Jianlin, 58 dan pengerusi dan pengasas enjin carian utama China, Baidu, Robin Li Yanhong, 44, masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Senarai Orang Kaya Hurun 2012 adalah senarai kedudukan tahunan 1000 individu terkaya di China. - BERNAMA

Pudu Sentral jadi UTC KL

Sunday, September 23, 2012

Stesen bas Puduraya yang diubah suai kepada Pudu Sentral kini menjalani satu lagi proses tranformasi apabila menjadi Bangunan Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur yang menempatkan 39 pejabat jabatan kerajaan dan swasta.

Bangunan yang melalui proses pengubahsuaian bernilai RM24 juta dalam tempoh enam minggu itu turut menempatkan pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan bagi badan bukan kerajaan (NGO).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam merasmikan bangunan empat tingkat berkenaan yang juga UTC kedua di negara ini selepas melancarkan UTC Melaka yang menempatkan 70 agensi kerajaan, swasta dan NGO.

Katanya, melalui kewujudan pusat berkenaan orang ramai boleh berurusan dengan lebih mudah dan selesa kerana semuanya berada dalam satu tempat di kawasan bandar.

“Konsep UTC ini diharapkan dapat memberi keselesaan kepada rakyat dan khidmat lebih baik kepada rakyat terutama warga kota... serba-serbi ada di sini, pasport (antarabangsa) boleh diambil dalam masa sejam, MyKad dua jam, urusan zakat dan pelbagai aktiviti sukan juga boleh dilakukan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan itu serta Kedai Buku 1Malaysia di bangunan sama semalam.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib.

UTC pusat sehenti diperkenalkan untuk memudahkan masyarakat bandar mendapat akses kepada keperluan yang disediakan agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transformasi Bandar.

Dengan mewujudkan bangunan UTC, warga kota boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayaran zakat, cukai, urusan kad pengenalan selain menyediakan tempat rekreasi seperti studio aerobik dan gelanggang futsal.

Sementara itu, menjawab soalan berhubung isu penyaluran dana asing kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Najib berkata perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa yang terbabit untuk menjalankan siasatan.

“Biar pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa berkaitan siasat (perkara itu),” katanya.

Isu berkenaan timbul selepas siasatan awal SSM mendapati wujud transaksi dana antara Suaram dan Suara Inisiatif Sdn Bhd, namun Suaram yang mendakwa sebagai sebuah NGO didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Jenayah: Tiga kali perkosa nenek

Sunday, September 23, 2012

"Kerat kemaluannya. Itulah hukumannya. Potong juga kaki, kemudian pukul dia dari kepala. Humban dia ke dalam penjara, biar dia meringkuk seumur hidup.”

Begitulah kata seorang nenek berusia 73 tahun yang sangat marah terhadap kelakuan buas David Albert Mitchell, lelaki yang merogol dan mencuri barang peribadinya di sebuah taman dekat Manhattan, New York, Amerika Syarikat.

Dalam kejadian pada 12 September lalu, Mitchell sebenarnya berdendam dengan nenek itu kerana pada hari sebelum kejadian, nenek berkenaan merakam gambar dia melakukan onani di taman berkenaan.

Berdasarkan laporan akhbar New York Post, nenek yang tidak didedahkan namanya itu menjelaskan, sebelum menyerangnya, Mitchell sempat bertanya sama ada mengenalinya atau tidak.

Suspek sebenarnya memburu nenek itu untuk melunaskan dendamnya. Apabila nenek itu berkata tidak mengingatinya, Mitchell terus menerkamnya dan menyerang nenek terbabit dengan ganas. Suspek turut mengugut akan mengerat lehernya jika dia menjerit meminta tolong.

“Dia merogol saya tanpa belas kasihan. Dengan kejam. Selepas merogol saya, dia (suspek) mengugut lagi akan mengerat leher saya.

“Dia lenyek kepala saya ke tanah, kemudian mengarahkan saya jangan bergerak dan mengira sehingga 100. Saya hanya lakukan apa yang dia suruh,” kata nenek itu.
Barangan peribadi nenek itu turut dilarikan suspek.

Begitupun, polis tidak menunggu lama untuk menangkap suspek selepas saksi kejadian menghubungi mereka sejurus kejadian. Polis menangkap Mitchell pada hari sama tidak jauh dari lokasi kejadian.

Jurucakap polis, Paul Browne, berkata suspek bukanlah asing dalam dunia jenayah, dan pernah dipenjarakan kerana kesalahan jenayah serius.

Suspek juga memiliki nafsu pelik dan sering melakukan serangan seksual terhadap wanita tua. Mitchell kali pertama didakwa melakukan jenayah ketika berusia 18 tahun apabila mencabul seorang nenek berusia 87 tahun yang kemudian dipukul hingga mati.

Bagaimanapun, suspek terlepas daripada bersabit tuduhan di mahkamah. Kemudian dia didakwa lagi merogol wanita berusia 70-an dan selepas itu dipenjarakan selama 10 tahun kerana merompak. Dia dibebaskan 2001 lalu.

Bekas teman wanitanya mendedahkan, dia pernah menjadi mangsa suspek pada 2003 dan hampir mencederakannya secara seksual.

“Dia (suspek) hanya melakukan jenayah seksual,” katanya.

Polis kini turut menyiasat semula satu kes pembunuhan yang dikaitkan dengan suspek. Kali ini dalam kejadian di daerah asalnya di West Virginia pada 2002.
Ketika itu suspek terlepas daripada pertuduhan kerana kekurangan bukti.

Seorang jiran berusia 46 tahun yang enggan mendedahkan namanya berkata, Mitchell memang ganas sejak zaman kanak-kanaknya lagi.

“Dia membunuh kucing dan anjing di kejiranannya ini. Dia menggantung binatang itu di pokok dan mana-mana saja. Dia syaitan,” kata jiran itu.

Pada 14 September lalu, Mitchell didakwa di mahkamah dengan tuduhan merogol, menyerang dan menyamun. Dia kini dalam tahanan tanpa ikat jamin.

Suspek juga dituduh bertindak kurang sopan dengan meludah ke arah anggota polis tetapi dia menafikan bertindak sebegitu sebaliknya berkata, dia berbuat demikian terhadap wartawan yang cuba mendekatinya ketika ditahan.

INFO JENAYAH

SUSPEK: David Albert Mitchell
UMUR: 42 tahun
KESALAHAN: Merogol
LOKASI KEJADIAN: Manhattan, New York, Amerika Syarikat
TARIKH KEJADIAN: 12 September 2012
MANGSA: Nenek berusia 73 yang tidak didedahkan namanya

FAKTA JENAYAH: Mitchell menyerang seorang nenek dan merogolnya tanpa belas kasihan. Suspek sebenarnya berdendam dengan nenek itu kerana sehari sebelum kejadian berlaku nenek berkenaan mengambil rakaman gambarnya melakukan onani. Suspek juga didakwa memiliki nafsu pelik dan sering melakukan serangan seksual terhadap wanita bergelar nenek. Dia pernah didakwa melakukan jenayah ketika berusia 18 tahun apabila mencabul seorang nenek berusia 87 tahun yang kemudian dipukulnya sehingga mati.

FAKTA KES: Pada 14 September lalu, Mitchell didakwa di mahkamah melakukan jenayah rogol, menyerang dan menyamun. Dia kini dalam tahanan tanpa ikat jamin. Suspek juga dituduh melakukan tindakan kurang sopan dengan meludah terhadap pegawai polis.

Susunan SHAMRAN SARAHAN

Muka jerawat bernanah lepas buat rawatan kecantikan

Tuesday, September 18, 2012 0 Komen

Kerana mahu memiliki wajah yang cantik dan jelita, seorang wanita bukan saja menderita akibat ditumbuhi jerawat bernanah malah terpaksa mengeluarkan RM8,000 untuk kos rawatan pemulihan.

Mangsa yang berusia 30 tahun terpaksa menanggung kesakitan akibat dipenuhi jerawat selain dijangkiti kuman.

Menceritakan kejadian, mangsa, Hong Peak Cheng, 30, berkata dia menjalani rawatan kecantikan di sebuah pusat kecantikan di Banting, Selangor bermula Januari lalu dengan kos kira-kira RM2,000.

Katanya, selepas rawatan pertama mukanya tiada masalah, namun selepas rawatan kedua, mukanya mula dijangkiti jerawat bernanah yang menimbulkan kesakitan.

"Sebaik timbul jerawat berkenaan, saya ke pusat kecantikan berkenaan dan dimaklumkan keadaan itu adalah proses normal bagi mencantikkan muka.

"Saya tidak mengambil peduli kerana kemungkinan hormon berubah, namun beberapa hari selepas itu, muka saya kini dipenuhi jerawat bernanah dan tidak boleh disentuh kerana terlalu sakit," katanya dalam sidang media di MCA, di sini, semalam.

Hong berkata, dia sekali lagi ke pusat kecantikan itu dan mereka menukar proses rawatan dengan menggunakan kaedah infrared, namun keadaan muka bertambah parah apabila jerawat bernanah semakin banyak.

Katanya, keadaan itu amat memalukan selain menanggung kesakitan hingga tidak boleh tidur malam.

"Saya minta pihak pusat kecantikan berkenaan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku dan mereka memberi jaminan akan memulangkan kembali wang saya kira-kira RM2,000, namun hingga kini mereka mendiamkan diri seperti mahu lepas tangan.

"Kecewa dengan situasi itu, saya berjumpa dengan pakar kulit yang memberitahu muka saya dijangkiti kuman dan memerlukan RM8,000 untuk kos rawatan pemulihan," katanya.

Hong berkata, dia yang tidak puas hati kemudian membuat laporan di Balai Polis Banting Isnin lalu sebelum mengadu kepada Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, semalam.

Tika Masanya Lirik – Mirwana / Hujan

Tuesday, September 18, 2012 0 Komen

Lirik Lagu Tika Masanya – Mirwana & Hujan

Jauh sudah tersasar
Jauh ku lihat oh cahaya
Melimpas waktu-waktu
Hidup yang kian tua
Alunan suara merdu
Menyapa ruang sepi
Menggegar gelita memanggilku kembali

Chorus
Tika masanya ku bertemu denganNya
Tiba saatnya ku serahkan segala
Pastinya ku kan terus melangkah
Menuju cintaNya

Pastinya ku kan terus melangkah
Menuju cintaNya

Putaran waktu tiada menunggu
Takkan ku sia nafas usiaku
Kerna ku tahu agungnya sinar kasihMu

Ulang Chorus

Pastinya ku kan terus melangkah
Menuju cintaNya

Klinik 1 Malaysia bakal beri perkhidmatan kesihatan ibu dan anak

Saturday, September 15, 2012 0 Komen

Perkhidmatan kesihatan ibu dan anak

Kementerian Kesihatan akan menambah baik perkhidmatan Klinik 1Malaysia dengan menyediakan kemudahan jagaan kesihatan untuk ibu dan anak bermula tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perluasan perkhidmatan itu adalah untuk memudahkan akses ibu mengandung serta ibu bapa kanak-kanak dalam mendapatkan rawatan jagaan kesihatan terutamanya dalam kalangan mereka yang bekerja.

Jelasnya, skop perkhidmatan yang diberikan sama seperti perkhidmatan di Klinik Kesihatan iaitu pemeriksaan dan jagaan kesihatan ibu mengandung dan post-natal, jagaan kesihatan kanak-kanak termasuk rawatan ringan, penilaian tumbesaran dan perkembangan imunisasi.

“Bagaimanapun, perkhidmatan itu hanya akan disediakan di Klinik 1Malaysia yang ditempatkan dengan pegawai perubatan dan premis yang luas dan sesuai serta strategik berdasarkan keperluan setempat,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN

(Video) Putera William & Catherine di KLCC

Saturday, September 15, 2012 0 Komen

Lebih 3,000 segenap lapisan masyarakat membanjiri Taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pagi semalam, bagi melihat lebih dekat pasangan diraja Britain, Putera William dan Catherine.



Duke dan Duchess of Cambridge yang tiba jam 10.30 pagi disambut dengan sorakan orang ramai yang tiba seawal 8 pagi sambil mengibarkan bendera Malaysia dan Britain.

Pasangan itu dibawa menaiki buggy dari luar pusat beli-belah Suria KLCC sehingga ke pintu masuk taman dan kemudian berjalan untuk bersalaman dan melambai kepada orang ramai.

Persembahan kebudayaan

Ketibaan pasangan diraja itu disambut dengan paluan gendang dan tarian kebudayaan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta dipersembahkan dengan alunan alat muzik tradisional daripada pelbagai kaum termasuk gambus, kulintangan, sape, sitar dan er hu.

Orang ramai yang hadir ternyata teruja dan kagum dengan kecantikan Catherine yang memakai gaun berwarna putih mutiara dan kesegakan William yang menyarungkan sut berwarna biru gelap.

Putera William dan Catherine atau lebih dikenali sebagai Kate sentiasa melemparkan senyuman kepada orang ramai yang turut memberikan kuntuman bunga mawar.

Priyenshar Sebastian, 19, yang datang sejak 8 pagi bersama rakannya Sangeeta Arokiasamy, 22, gembira sehingga tidak mampu berkata-kata apabila melihat pasangan diraja itu di hadapan mata mereka.

Pelajar di Help Institute itu sanggup berlari untuk mengikut Putera William dan Kate yang berjalan di sepanjang Taman KLCC itu.

"Walaupun kami tidak dapat bersalaman dengan pasangan itu, tetapi kami gembira dan seperti tidak percaya dengan pengalaman ini, mujur kami sempat merakam gambar mereka," katanya yang memakai subang bendera Britain.

Warga Scotland, Lynn Maitland, 40, isteri kepada seorang ekspatriat cukup teruja apabila pasangan diraja itu sempat bersalaman dan berbual pendek dengannya.

Rasa gementar

"Saya rasa gementar. Saya tidak dapat gambarkan perasaan saya. Saya tidak pernah mendapat peluang berada begitu dekat dengan pasangan diraja ini dan baginda berdua bertanyakan saya dan beberapa rakan saya beberapa soalan mengenai di mana kami tinggal di sini dan tempat kerja suami," katanya yang telah menetap di sini selama enam tahun kerana mengikuti suaminya yang bekerja di Petronas.

BERNAMA

Lawatan Putera William dan Catherine ke Malaysia catat sejarah

Friday, September 14, 2012 0 Komen

Lawatan Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isteri, Catherine ke Malaysia mencatat sejarah tersendiri kerana wanita diraja yang lebih dikenali sebagai Kate di negaranya itu buat pertama kali menyampaikan ucapan di luar negara.

Catherine dan Putera William yang memulakan lawatan rasmi empat hari semalam menyampaikan ucapan dalam lawatan ke Hospis Malaysia, iaitu pertubuhan amal yang menawarkan penjagaan paliatif profesional kepada pesakit menghidap penyakit hayat terhad.


Antara lain, baginda bercakap mengenai isu yang dekat dalam jiwanya dan peranannya sebagai penaung East Anglia Children's Hospice.

"Saya sangat teruja melihat sendiri program pertama penjagaan paliatif di Malaysia dan kerja mulia staf Hospis Malaysia," katanya. Pasangan diraja itu turut menemui penghuni hospis dan berbual dengan staf pusat itu.

Malaysia adalah destinasi kedua selepas Singapura dalam lawatan sembilan hari pasangan diraja itu ke negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik bagi mewakili Ratu Elizabeth II sempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda.

Ketika pesawat mereka mendarat di KLIA pada tengah hari, sekumpulan jurugambar media menunggu dengan sabar di tempat laluan kereta diraja. Orang ramai yang berkumpul di lapangan terbang turut mengambil kesempatan merakamkan gambar pasangan itu.

Media sebelum ini melaporkan kira-kira 100 wartawan dan jurugambar dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Jepun, Jerman, China, Perancis dan Indonesia tiba di negara ini bagi membuat liputan lawatan itu.

Lawatan itu bukan saja menandakan hubungan erat Malaysia dan United Kingdom, malah dijangka meningkatkan lagi hubungan mesra kedua-dua negara.

Sejurus tiba, pasangan itu diiringi ke Putrajaya bagi mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, sebelum menghadiri majlis makan tengah hari.

Duke dan Duchess of Cambridge menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah serta menghadiri majlis santapan diraja di Istana Negara, malam tadi.

Hari ini, mereka mempunyai beberapa program termasuk lawatan ke Taman KLCC sebelum mengunjungi Lembah Danum, iaitu hutan hujan tropika utama di Sabah, esok.


Budak sekolah ditangkap berasmara di belakang sekolah

Friday, September 14, 2012 0 Komen

Polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan pasangan terlibat.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya.

“Lelaki tidak bekerja dan tinggal bersama abangnya di sebuah taman perumahan di sini. Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar,” katanya.

Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa

Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penduduk dan memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat serbuan.

Ketika serbuan, pasangan perempuan cuba menyembunyikan diri dalam almari baju gagal mengaburi mata pihak berkuasa.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan ditahan untuk dirakamkan keterangan.

Ghuzlan menasihatkan ibu bapa supaya bersikap lebih peka terhadap pergerakan anak-anak mereka dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab.

Katanya, semakin ramai pelajar perempuan ditahan kerana berkelakuan sumbang.

“Minggu ini sahaja, empat pelajar sekolah terdiri dari dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan berusia di antara 16 hingga 17 tahun ditahan polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS) ketika membuat rondaan cegah jenayah.

"Mereka ditahan ketika berkelakuan sumbang di taman permainan di sini kira-kira jam 1 pagi.

"Dari soal siasat, pasangan itu mengaku ingin melakukan hubungan terlarang di taman permainan di mana mereka ditahan,” katanya.

Kuarters Kastam Diraja Malaysia Johor terbakar akibat khianat

Thursday, September 13, 2012 0 Komen

Kediaman dua tingkat kuarters dua tingkat berkembar Kastam Diraja Malaysia Johor di Jalan Biru 2, Taman Pelangi di sini, musnah sebahagian dalam kejadian kebakaran, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Pematuhan, Ahmad Hassan, Ahmad Hassan yang tinggal di kuarters bersebelahan meninggal dunia di luar kediaman dipercayai kerana mati mengejut, ketika cuba menyelamatkan diri.

Dalam kejadian jam kira-kira 4 pagi itu, bahagian depan rumah terbakar manakala sebuah kereta milik pegawai penguasa jabatan rosak teruk dijilat api dipercayai akibat perbuatan khianat.

Menurut sumber, kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat kumpulan sindiket yang didakwa melontarkan bom petrol di hadapan pintu kediaman terbabit selepas gagal membuat rundingan bersama pegawai penguasa.

Akibat daripada kebakaran itu, sebuah kereta musnah manakala bahagian depan rumah dijilat api, diikuti asap tebal memasuki kediaman sehingga menyukarkan dua pegawai menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, kehadiran bomba membolehkan salah seorang daripada dua pegawai terbabit menyelamatkan diri dan seorang lagi berjaya diselamatkan ketika usaha memadamkan api dilakukan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor Bahru, M Vijayan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.11 pagi sebelum sebuah jentera berserta tujuh anggota bersama pegawai tiba di lokasi sepuluh minit kemudian.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.35 pagi dan bomba menamatkan operasi sekitar jam 5 pagi. Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari kereta, kemudian marak ke bahagian depan kediaman dengan membakar struktur kayu pada rumah ini diikuti asap tebal mula memenuhi ruang dalaman.

"Ketika kejadian, ada dua pegawai di dalam rumah. Seorang daripadanya bertindak menyelamatkan diri sebaik sahaja kami tiba, manakala seorang lagi terperangkap tetapi berjaya diselamatkan. Keseluruhan bomba berjaya memadamkan api daripada terus marak," katanya.

Vijayan berkata, siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian masih dijalankan oleh pihaknya, namun terdapat maklumat memberitahu kejadian disebabkan tindakan khianat.

"Tentang perbuatan khianat ini, bomba belum dapat pastikan dan ia cuma maklumat hasil daripada siasatan awal sahaja," katanya.

Senarai Pemenang Pertandingan Panasonic Kid Witness News (KWN) 2012

Wednesday, September 12, 2012 0 Komen

Senarai Pemenang Pertandingan Panasonic Kid Witness News (KWN) 2012

- Anugerah Utama: SMK Seksyen 9 Shah Alam, Selangor.

- Videografi Terbaik: Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya.

- Skrip Terbaik: SK Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang.

- Dokumentari Terbaik: SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang.

- Cerita Asal Terbaik: SMK Kuhara, Tawau, Sabah.

- Cerita Rekaan Terbaik: SK Pekan Dua, Labuan, Sabah.

- Cerita Motivasi Terbaik: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling Butterworth, Pulau Pinang.

- Penyelidikan Terbaik: SMK Bukit Mewah, Seremban, Negeri Sembilan.

- Penyuntingan Terbaik: SMK Agama Al Irshad, Kepala Batas, Pulau Pinang.

- Drama Terbaik: SK Nong Chik, Johor Bharu.

- Kesan Khas Terbaik: SMK Mergong, Alor Star, Kedah.

- Anugerah Khas Juri: SK Sena, Kangar, Perlis.

Video bertajuk `Paper Chase' hasil kreativiti empat orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9, Shah Alam, Selangor berjaya memikat juri sekali gus melayakkan mereka memenangi Anugerah Utama Pertandingan Panasonic Kid Witness News (KWN) 2012, baru-baru ini.

Idea kreatif yang dihasilkan Ashrafiqal Aleef Noor Azwad, Muhammad Ezzad Emmir Hariss, Khairom Maisarah Baharom dan Nurul Husna Jamali itu mengisahkan mengenai usaha seorang budak kampung bernama Ammar yang berusaha gigih untuk menguasai bahasa Inggeris dengan mengumpul surat khabar lama termasuk bekas bungkusan nasi lemak.

Kemenangan itu melayakkan mereka meneruskan saingan peringkat Asia Tenggara yang dijangka diadakan pada Disember ini.

Guru penasihat sekolah berkenaan, Encik Syed Ahmad Thani Tuan Hadi, berkata idea mengenai kisah yang dipaparkan dalam video berkenaan ialah berdasarkan kisah benar seorang guru di SMK Seksyen 9 yang begitu gigih berusaha untuk mempelajari bahasa Inggeris sehingga sanggup menggeledah tong sampah bagi mengutip akhbar berbahasa Inggeris yang digunakan untuk membungkus nasi.

"Guru berkenaan pernah bercerita kepada pelajarnya mengenai kesusahan yang terpaksa ditempuhi suatu ketika dulu kerana tidak mampu untuk membeli bahan bacaan berbahasa Inggeris menyebabkan dia sanggup mengutip surat khabar terbuang untuk dibaca.

"Jadi, kami ambil idea berkenaan dan tidak sangka pula ia mampu memikat hati juri sekali gus membolehkan SMK Seksyen 9 memenangi pertandingan kali ini," katanya.

Ashrafiqal yang bertanggungjawab sebagai pengarah bagi projek berkenaan pula berkata, dia tidak menyangka sekolahnya akan terpilih sebagai pemenang utama KWN kali ini kerana saingan yang diberikan oleh sekolah lain sangat sengit.

"Bagaimanapun, saya difahamkan oleh pihak juri bahawa satu aspek yang membantu sekolah kami dipilih sebagai juara ialah kepelbagaian sudut yang diambil dalam penghasilan video berkenaan.

"Kami akan memperbaiki lagi proses suntingan video berkenaan untuk pertandingan peringkat Asia Tenggara supaya kenangan manis seperti hari ini berjaya dicipta sekali lagi Disember ini," katanya.

Puan Rosnani berkata, usaha Panasonic yang memasuki tahun kelapan itu amat bermanfaat kepada pelajar kerana boleh membantu mencungkil bakat serta kreativiti mereka dalam bidang penghasilan dokumentari serta drama pendek.

"Program ini juga mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar serta memberi banyak pengalaman baru terutama melalui kem latihan yang diadakan beberapa bulan lalu.

"Saya yakin semua pelajar sudah berusaha keras untuk menghasilkan video yang berkualiti. Tahniah kepada semua pelajar yang terbabit dalam KWN dan Panasonic kerana berjaya menganjurkan program yang cukup bermanfaat ini," katanya.

Sementara Puan Azizah berkata, Panasonic akan meneruskan pertandingan itu sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan.

"Seramai 280 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru daripada 56 sekolah seluruh negara mengambil bahagian dalam KWN tahun ini tetapi hanya 32 video saja dipilih untuk berentap di KWN peringkat kebangsaan.

Selepas diteliti barisan juri yang diketuai pengarah filem terkenal, Encik Othman Hafsham, kami memilih 12 buah video terbaik memasuki pusingan akhir," katanya.


Bapa Datuk Sheikh Mustapha (Angkasawan Negara) meninggal dunia

Saturday, September 08, 2012 0 Komen

Bapa kepada Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor, 77, meninggal dunia jam 9.26 pagi, semalam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras, Kuala Lumpur akibat sakit tua selain menghidapi kanser kolon.

Jenazah arwah selamat dikebumikan bersebelahan kubur anak keempatnya, Sheikh Mustapha yang meninggal dunia pada 2007 ketika berusia 37 tahun di Makam Tuan Said, di sini, pada jam 5.45 petang dengan bacaan talkin diketuai Imam 3, Masjid Negeri, Ustaz Mohd Firdaus Taslim.

Terdahulu, jenazahnya disembahyangkan di Masjid Negeri diketuai Imam 1 Masjid Negeri, Ustaz Zaher Rudin Moktar selepas tiba dari rumahnya Seksyen 12, Petaling Jaya, Selangor kira-kira jam 4.35 petang sejurus jemaah di Masjid Negeri selesai solat Asar.

Allahyarham meninggalkan balu, Datin Zuraida Sheikh Ahmad, 67, serta empat anak iaitu Sheikh Ahmad, 42, Sheikh Taufik, 41, Datuk Dr Sheikh Muszapha, 40, dan Sheikh Arwiz, 34.

Zuraida ketika ditemui selepas pengebumian, berkata dia reda dengan pemergian suaminya dalam keberkatan penghulu segala hari pada hari Jumaat.

“Saya puas menjaganya sepenuh hati selama sebulan dia sakit. Saya tak ke mana-mana, hanya menjaganya dengan sepenuh perhatian sebagai menunaikan tanggungjawab isteri.

“Alhamdulillah kita dapat bersama sembahyangkan dia selepas sembahyang Jumaat di surau PPUKM dan solat jenazah sekali lagi di Masjid Negeri, Negeri Sembilan. Terima kasih yang datang hadiahkan al-Fatihah kepada arwah.

“Memang hati arwah tetap di Negeri Sembilan. Dia selalu balik di tempat kelahirannya di Kampung Arab, Port Dickson dan mahu berjasa kepada negeri ini. Anak yang meninggal dulu pun dia suruh bawa balik Seremban dan dia pun pesan yang sama untuk dikebumi di sini,” katanya.

Dr Sheikh Muszapha pula berkata, sudah seminggu mereka sekeluarga bersama arwah dan memang mengetahui petanda arwah akan pergi meninggalkan mereka terutama sejak dua minggu kebelakangan apabila kerap mengadu penat dan lemah.

“Apapun sudah pastinya akan menjadi kehilangan besar. Ayah seorang yang begitu tegas serta luar biasa, seorang yang menekankan disiplin, kekuatan diri, mental dan psikologi,” katanya.

PARALIMPIK 2012: Muhammad Ziyad menang gangsa di London

Saturday, September 08, 2012 0 Komen

Atlet elit olahraga negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat gangsa dalam acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembalajaran) pada temasya Sukan Paralimpik London di sini, hari ini.

Muhammad Ziyad, 22, menghasilkan pingat kedua Malaysia pada temasya edisi ke-14 dengan lontaran sejauh 15.21 meter.

Sebelum ini, pemanah elit negara Hasihin Sanawi menyumbangkan pingat pertama negara itu pingat perak dalam acara recurve individu lelaki W1/W2 pada Isnin lalu.

Pingat emas acara itu dimenangi Todd Hodgetts dari Australia dengan jarak 16.29m dan perak menjadi milik Jeffrey Ige dari Sweden dengan jarak 15.50m.


Ketiga-tiga atlet telah melepasi rekod berusia 12 tahun milik Krzysztof Kaczmarek dari Poland iaitu 13.10 meter pada edisi di Sydney, Australia, pada tahun 2000.


"Saya memang bersyukur sangat kerana saya dapat menang pingat di Sukan Paralimpik ini. Saya memang sasarkan untuk menang pingat.

"Pingat ini adalah untuk kedua ibu bapa saya dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong kami di sini," kata Muhammad Ziyad, yang kali pertama mewakili negara di temasya Sukan Paralimpik.

Menurut atlet berasal dari Gombak, Selangor itu, beliau sedikitpun tidak merasa tekanan walaupun lontaran ketiga beliau telah dibatalkan.

"Ia memang kesilapan saya tetapi sedikitpun tidak jejas tumpuan saya untuk berikan yang terbaik. Saya telah beri sepenuh komitmen saya semasa di gelanggang," katanya.

Lontaran pingat gangsa Muhammad Ziyad dicatat pada percubaan keduanya selepas percubaan pertama menyamai pencapaian terbaik peribadinya, 13.79m.

Pada percubaan keempat, Muhammad Ziyad melakukan catatan 14.35m dan pada percubaan kelima dan keenam masing-masing dengan 14.13m dan 14.36m.

Sementara itu dalam satu lagi acara olahraga yang berlangsung malam ini, Adderin Majurin sekadar berada di kedudukan ke-15 daripada 20 peserta dalam acara lempar cakera lelaki F32/33/34 (cerebral palsy).

Adderin mencatatkan 24.26m dalam acara tersebut yang dimenangi oleg peserta China Wang Yanzhang dengan jarak 49.03m.

Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Hani Alnakhli dari Arab Saudi (34.65m) dan Lahouari Bahlaz dari Algeria (22.30m). - Bernama


Insiden menunjuk punggung: Bapa pelajar mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Thursday, September 06, 2012 0 Komen

Seorang pelajar sebuah kolej swasta di Cheras, (dua, kiri) ditahan pihak polis berhubung kejadian menunjuk punggung pada gambar pemimpin negara ketika sambutan Ambang Kemerdekaa

 "Mewakili anak saya, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas perlakuan anak saya itu," demikian rayuan A Rahman Abdullah, 53, bapa kepada salah seorang pelajar kolej swasta yang diambil keterangannya oleh polis berhubung kejadian menayang punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, Khamis lalu.
Menurut A Rahman, dia amat menyesali tindakan yang dilakukan anaknya dan masih terkejut dengan apa yang telah berlaku.

"Saya terkejut sewaktu mendapat perkhabaran ini. Setahu saya, anak saya langsung tidak terlibat dalam mana-mana parti politik serta tergolong dalam kalangan pelajar yang rajin.

"Bagaimanapun saya percaya dia terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya atau mungkin dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya dia lebih menumpukan masanya pada pelajaran," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurut A Rahman, pihak polis juga telah memaklumkan yang anaknya dibebaskan kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Sehubungan itu, dia turut menasihatkan anak muda lain agar tidak mudah terpengaruh dengan rakan atau mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam mahupun masa depan sendiri.

"Saya berdoa agar anak saya segera insaf dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut," katanya.

Kerana Sumbang Mahram, Lelaki Dipancung

Thursday, September 06, 2012 0 Komen

Lelaki Arab Saudi Dipancung Kerana Sumbang Mahram
Seorang lelaki Arab Saudi disabitkan bersalah kerana merogol seorang wanita yang merupakan anggota keluarganya dengan menjatuhkan hukuman pancung pada Rabu, kata kementerian dalam negeri.

Kementerian itu dalam satu kenyataannya menerusi agensi berita berkata, Faleh Ali al-Oteibi didapati bersalah kerana melakukan liwat dengan mahramnya, sambil menambah bahawa lelaki itu melakukan perbuatan itu selepas minum alkohol, yang dilarang di negara Islam yang konservatif.

Identiti mangsa tidak didedahkan.

Menurut AFP berdasarkan laporan-laporan rasmi, Oteibi dipancung di sebuah bandar di barat Makkah menjadikannya sebagai yang ke-53 yang menerima hukuman mati setakat ini pada tahun ini.

Selain pembunuhan, berdasarkan undang-undang syariah, hukuman mati yang ditetapkan di Arab Saudi turut disebabkan oleh beberapa kesalahan termasuk rogol, murtad, rompakan bersenjata dan penyeludupan dadah. - AFP

Anak angkat jadi anak susuan

Thursday, September 06, 2012 0 Komen

Saya baru saja mengambil anak angkat lelaki. Adakah batal air sembahyang antara dia dan isteri saya apabila dia sudah mencapai umur akil baliqh?

Sekiranya isteri saya menumpangkan susu badan, adakah perkara di atas dapat diselesaikan?

Jawapan Oleh Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

MENGAMBIL anak angkat dibenarkan dalam Islam. Secara dasarnya anak angkat dikira orang asing dalam keluarga dan bukan mahram. Segala peraturan dengan bukan mahram berlaku termasuk persoalan aurat dan batal air sembahyang apabila mencapai umur baligh. Padahal anda berdua dipanggil ibu dan ayah.

Islam memberi jalan keluar kepada masalah di atas dengan menjadikan isteri anda sebagai ibu susuan iaitu memberi susu badan kepada anak angkat berkenaan.

Malah, Islam mensyaratkan susuan itu dengan lima kali kenyang bagi melayakkan anak angkat menjadi anak susuan. Sekiranya isteri tidak mempunyai susu badan kerana tidak mengandung, isteri dibenarkan berjumpa doktor pakar Islam yang amanah.

Doktor boleh memberi nasihat dan seterusnya membenarkan isteri memakan ubat yang boleh mengeluarkan hormon supaya menghasilkan susu badan.

Pastinya anda berdua tidak bermasalah lagi dengan anak angkat dari sudut hukum kerana sudah menjadi anak susuan. Majlis Fatwa Kebangsaan juga membenarkan wanita menyusukan anak angkat dalam keadaan ini (lihat http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat; http://ustazsyed.blogspot.com/2012/02/hukum-hakam-berkait-anak-angkat.html)

Mahadzir Mohd Khir,ex Timbalan Menteri Pendidikan meninggal dunia

Thursday, September 06, 2012 0 Komen

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mahadzir Mohd. Khir meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini kira-kira pukul 5 petang ini.

Dr. Mahadzir, 67, dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mendapat serangan jantung petang semalam.

Beliau yang dilahirkan di Yan, Kedah pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani selama dua penggal iaitu pada 1999 dan 2004.

Pada 1999, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan manakala 2004 dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran di dalam Kabinet baru yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun beliau digugurkan daripada jawatannya dalam rombakan kecil Kabinet pada Mac 2004. - UTUSAN

Misteri Terowong Piyamit , Betong, Thailand

Saturday, September 01, 2012 0 Komen

Terowong Piyamit di bandar Betong, Thailand.

Terowong bersejarah Piyamit yang meninggalkan suatu episod kekal bagi Kerajaan Malaysia dan rakyatnya itu pada asasnya tidak banyak beza dengan terowong di Vietnam di mana ia turut memiliki kemudahan istimewa termasuklah dewan makan, bilik mesyuarat besar, hospital, bilik penginapan, dapur dan bahagian penyimpanan senjata.




Kubu komunis

Pun begitu, mengenang kembali `pemilik' asal terowong itu, timbul pula perasaan bercampur baur yang mengusik emosi sementelah mengenangkan Terowong Piyamit adalah salah satu kubu kuat milik pengganas komunis ketika zaman darurat dengan kerajaan Malaysia.

Ternyata, membandingkan dengan teknologi yang ada bagi era 1970an, pembuatan terowong sejauh kirakira satu kilometer itu tidak boleh diperkecilkan sama sekali. Ini ditambahkan dengan beberapa kelengkapan dan peralatan yang digunakan pengganas komunis suatu ketika dulu yang kini boleh disaksikan menerusi ruang pameran kepada pengunjung.

Melihat pula kepingan foto hitam putih yang memaparkan pelbagai peristiwa besar di terowong itu termasuklah kunjungan beberapa orang pemimpin berhaluan kiri terasa betapa markas itu benar-benar berbahaya kepada masyarakat sekitarnya.

Terlindung dari pembangunan pusat bandar Betong yang terletak kirakira lima kilometer dari situ, Terowong Piyamit sememangnya agak tersembunyi. Sebagaimana ketika penulis melawat ke lokasi itu dengan kadar bayaran RM5 (bath 50), barubaru ini, memang destinasi itu agak tersorok.

Lokasi tersembunyi

Terletak di balik bukit dengan masih diliputi hutan tebal hingga kini, terowong bersejarah itu bukan lagi lokasi yang patut digeruni kerana ia kini menjadi antara destinasi pelancongan popular di kalangan pelancong ke Betong. Malah, pintu gerbang yang menghubungkan pengunjung ke destinasi itu turut mencatat sejarah ringkas pembinaan Terowong Piyamit.

Sebagai destinasi pelancongan setempat, laluan menghala ke pintu masuk terowong sudah berbeza sama sekali terutama laluan pejalan kaki. Kecuali, struktur dalaman terowong masih dikekalkan untuk memberi pengalaman serupa kepada pengunjung.

Lubang rahsia

Mengikut sejarah terowong Piyamit ini dibina pada 1976, mengambil masa hanya kira-kira tiga bulan disiapkan dengan menggunakan tenaga seramai 50 anggota Parti Komunis Malaya (PKM). Terowong ini boleh menempatkan hampir 300 orang dalam satu-satu masa dan terdapat pelbagai kemudahan di dalamnya seperti tempat memasak, bilik perjumpaan, ruangan simpanan makanan, bilik perubatan dan tempat pembuatan senjata.

Selain memiliki lubang rahsia yang kebanyakannya sudah tertimbus pada hari ini, difahamkan terowong itu dicipta sebagai satu daripada sembilan laluan termasuk lubang rahsia untuk menyelinap masuk ke wilayah Malaysia.

Tidak hairan, kerana sesetengah kedalaman mampu mencapai sehingga 60 kaki dan sejauh lebih 1 kilometer panjang merentas sempadan Malaysia - Thailand.

Penulis yang turut berkesempatan memasuki satu daripada laluan di dalam terowong itu berpendapat yang keadaan di situ tidak panas selain aliran udara yang baik ekoran terdapat corong udara di beberapa sudut laluan terowong.

Meskipun seni bina asas, jelas betapa terowong bersejarah itu mempunyai ciri hebat untuk kemudahan PKM. Pun begitu, melihat kepada keadaan asal sambil gambar yang dipamerkan, ternyata bukan mudah untuk seseorang mampu mengharungi kehidupan serba ringkas dalam terowong ini.

Uniknya pekan Betong

Bersempadan dengan Pengkalan Hulu di Perak, Betong memiliki tarikan tersendiri buat pengunjungnya. Terletak di kawasan paling hujung di Thailand, Betong menempatkan majoriti penduduk Islam berketurunan Melayu.

Menyelak lembaran dari sudut geografi pula, Betong adalah permulaan bagi banjaran Titiwangsa membawa ke hutan Belum di Perak, Cameron Highlands, Fraser Hill dan Bentong di Pahang.

Bandar Betong dulunya cukup sinonim sebagai salah satu markas PKM. Hari ini, Betong cukup membangun dan terkenal sebagai salah satu destinasi menarik bagi pelawat dari Malaysia.

Selain menyediakan banyak hotel penginapan, Betong menawarkan banyak pilihan untuk beli-belah dengan harga berpatutan. Bagi pelawat dari Malaysia, kunjungan ke Betong selalunya dimanfaatkan pada cuti hujung minggu untuk membeli barang keperluan harian.

Uniknya di pekan Betong juga, kebanyakan penduduknya fasih bertutur dalam bahasa Melayu.


Lokasi menarik sekitar Betong

- Kolam Air Panas Betong

- Taman Bunga Betong

- Peti Surat Terbesar di Thailand

- Menara Jam Bandar Betong

- Air Terjun Bu Ke Pilo

- Gua Krachaeng

- Hutan Bala-Hala

- Taman Padang Gajah Putih

INFO

- 50 PEKERJA membina terowong

- 3 BULAN tempoh terowong disiapkan

- 300 ORANG boleh masuk dalam terowong pada satu masa

- 60 KAKI kedalaman terowong

- 9 LALUAN jalan keluar dan masuk

 

ZONFINITI