Zedonk haiwan kacukan zebra, keldai

Thursday, July 29, 2010



Seekor haiwan dikenali sebagai zedonk, hasil kacukan zebra jantan dan keldai betina yang dilahirkan kira-kira seminggu lalu berjaya menarik perhatian ramai di Pusat Pemeliharaan Hidupan liar Chestatee, di sini.

Anak zebra itu mempunyai jalur-jalur hitam yang jelas kelihatan pada bahagian kaki dan mukanya.

Pengasas dan pengurus besar pusat pemeliharaan itu, C.W. Wathen berkata, anak zebra itu mempunyai naluri yang cenderung kepada zebra dan lebih suka duduk daripada berbaring, seolah-olah berwaspada dengan musuh.

Kebiasaannya keldai dan zebra tidak mengawan, namun kelahiran zedonk merupakan sesuatu yang muncul sekali-sekala.

Wathen berkata, dalam masa lebih kurang dua minggu, zedonk itu dijangka akan mula merayau di pusat pemeliharaan berkenaan bersama-sama dengan haiwan-haiwan yang lain. - AP


Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI