Peterporn: Luna Maya pula ditahan

Friday, July 16, 2010

Model, Luna Maya ditahan hari ini atas alasan tidak memberi kerjasama dalam satu siasatan berhubung skandal video seks yang didakwa membabitkannya dengan teman lelakinya, Ariel daripada kumpulan Peterpan.

Jurucakap polis kebangsaan, Marwoto Soeto berkata, aktres terkenal Indonesia itu yang juga seorang penyampai televisyen ditahan selepas disoal siasat di ibu pejabat polis di sini, malam tadi.

"Dia tidak memberikan kerjasama," kata Marwoto tanpa menjelaskan dakwaan yang dihadapi selebriti tersebut.

Polis bulan lalu menahan bintang pop Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham selepas satu video seks memaparkan individu miripnya bersama Luna Maya dan seorang lagi penyampai televisyen, Cut Tari, tersebar di Internet.

Dia menghadapi dakwaan menerbitkan bahan pornografi dan berhadapan hukuman penjara 12 tahun.

Ariel dan Maya merupakan duta bagi produk sabun kecantikan jenama Lux, tetapi iklan tersebut ditarik balik berikutan skandal seks yang melanda mereka.

Ketiga-tiga selebriti terlibat sebelum ini menafikan mereka terlibat dalam skandal tersebut, namun Cut Tari minggu lalu mengaku dia adalah wanita di dalam video berkenaan.

Skandal itu mencetuskan kegemparan di Indonesia, sebuah negara Islam di mana orang ramai berpandangan konservatif terhadap seks, selain mendapat liputan meluas media selama berminggu-minggu.

Kekecohan orang ramai berhubung video seks itu turut mencetuskan satu perdebatan tentang keperluan untuk mengawal Internet dengan Menteri Teknologi Maklumat, Tifatul Sembiring menegaskan tentang keperluan untuk menapis kandungan laman web tertentu. - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI