The Twilight Saga: Eclipse cipta rekod tayangan

Saturday, July 03, 2010

The Twilight Saga: Eclipse cipta rekod tayangan

Filem The Twilight Saga: Eclipse mencipta rekod baru bagi tayangan tengah malam semalam apabila berjaya mengutip jualan tiket lebih daripada AS$30 juta (RM97.5juta).

Menurut syarikat pengedar Summit Entertainment, syarikat itu masih mengira jumlah rasmi dan angka muktamad akan diketahui hari ini.

Summit melaporkan jumlah itu dijangka melebihi AS$30 juta (RM97.5juta).

Kutipan terbesar pada hari pembukaan Eclipse telah meletakkan siri terbaru romantik puntianak itu sebagai tayangan pembukaan terbesar.

New Moon turut memegang rekod mengutip jualan tiket berjumlah AS$72.7 juta (RM236.4 juta) pada hari pertama tayangannya.

Rekod baru bagi tayangan tengah malam itu nampak lebih mengagumkan jika mengambil kira Eclipse ditayangkan tengah minggu dan berbanding pembukaan tayangan New Moon pada hari Jumaat yang kebiasaannya pawagam dipenuhi dengan orang ramai.

Peminat berbaris panjang pada tengah malam semalam bagi tayangan pertama Eclipse, yang meneruskan penceritaan kisah cinta tiga segi yang dihadapi seorang remaja, Bella Swan (Kristen Stewart) dengan puntianak, Edward Cullen (Robert Pattinson) dan serigala, Jacob Blac (Taylor Lautner).

Menjelang tayangannya pada hujung minggu ini sempena hari kemerdekaan Amerika Syarikat, Eclipse diunjur bakal mengutip jumlah kutipan tertinggi bagi tayangan pada lima hari pertama.

Rekod terbesar untuk lima hari pertama tayangan sejak pembukaannya semalam setakat ini dipegang oleh filem Transformers: Revenge of the Fallen yang berjaya mengutip sebanyak AS$200 juta (RM651.6 juta) tahun lepas. - AP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI