Kumpulan Pop Punk Paramore

Friday, July 30, 2010

Paramore dibarisi oleh lima anak muda di mana vokalisnya diterajui seorang gadis bernama Hayley Williams, Josh Farro (gitaris utama & suara latar), Jeremy Davis (gitar bass), Zac Farro (drum) & Taylor York (gitar rhythm) merupakan sebuah band rock Amerika. Mungkin ramai yang belum cukup mengenali band genre emo, pop punk & alternatif rock ni, namun KLiK pasti jika lagu Decode dimainkan, rata-ratanya akan memberi respons, "Oh... Lagu filem 'Twilight'!" Jom kenali Paramore dengan lebih dekat!

Menurut peminat-peminat Paramore, suara penyanyi berbadan kecil ni merupakan satu daya tarikan tatkala korang mendengar lagu dorang diputarkan. Mana taknya, suara Hayley Williams amat halus namun nyaring sekali. Salah seorang wartawan di Amerika pernah mengatakan yang band dorang ni bukan hanya sebuah band pop punk dengan seorang gadis berambut merah yang bersikap kasar, malah sebenarnya dorang menggambarkan imej yang seiring dengan muzik. Bahkan, ada kalanya dia sedikit dibayangi oleh Avril Lavigne.

Album
Tatkala mendengar lagu "Decode", barulah band Paramore mula dikenali. Populariti yang datang sebenarnya bukanlah kerana lagu single untuk filem "Twilight" sebaliknya band yang dah ditubuhkan pada tahun 2004 ni dah pun pernah bertukar-tukar ahli. Sebelum ni, Jason Bynum, John Hembree & Hunter Lamb merupakan ahli asal. Album pertama Paramore berjudul "All We Know Is Falling" (2005), "Riot!" (2007) & "Brand New Eyes" (2009) kesemuanya mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga Paramore banyak mendapat pengiktirafan & penghargaan. Nak dinyatakan memang banyak tapi yang terbaru, Paramore mendapat anugerah "Best Alternative" dari "2009 MTV Latin Music Awards". Tahun ni je, Paramore turut dicalonkan sebagai "Favourite Rock Band" oleh "36th Peoples's Choice Awards" & "Best Song Written For Motion Picture" oleh "2010 Grammy Awards".

Pengaruh
Jiwa yang masih muda menampakkan kejujuran Paramore dalam pembawaan lagu. Sebuah artikel di dalam majalah Alternative Press menulis, album pertama Paramore yang berjudul "All We Know Is Falling" amat lebih pada formula pop punk dengan penyampaian suara yang sempurna. Kombinasi kedua-duanya mencipta sebuah album pop rock & punk yang murni. Album kedua yang berjudul "Riot!" dikatakan mengeksplorasi pelbagai gaya namun ia tetap tak lari jauh dari imej & muzik asal Paramore.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI