American Idol: Nikki Reed bercinta dengan peserta Idol

Monday, April 18, 2011

Tersingkir dari rancangan realiti American Idol baru-baru ini mungkin merupakan mimpi buruk buat seorang daripada pesertanya, Paul McDonald.

Namun, mimpi buruknya berkesudahan baik apabila McDonald kini dilapor sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktres filem Twilight Saga, Nikki Reed.

Bekas peserta American Idol itu mengesahkan dia dan Reed kini sedang bercinta kepada pengacara rancangan Access Hollywood, Billy Bush.

Pasangan tersebut bertemu semasa McDonald membuat persembahan ketika dia masih dalam pertandingan American Idol.

Penyanyi itu bagaimanapun menjelaskan hubungan mereka masih di peringkat awal dan Reed banyak membantunya ketika dia di dalam pertandingan.

"Dia sangat hebat dan sentiasa menyokong saya," kata McDonald.

Kesibukan menjadi penghalang buat pasangan kekasih itu untuk mengadakan temu janji apabila McDonald sibuk dengan persediaan jelajah American Idol manakala Reed pula dengan penggambaran filem Twilight Saga - Breaking Dawn: Part II.

"Walaupun kami sibuk dengan karier masing-masing namun kami berusaha untuk meluangkan masa bersama," ujar McDonald. - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI