Benjy tunjuk lokasi dadah kepada polis

Wednesday, April 20, 2011

Mahkamah Majistret di sini semalam memutuskan bahawa pelakon Benjy secara sukarela menunjukkan lokasi dadah yang disimpan di rumahnya ketika serbuan pada 11 Mac tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Majistret Hafizza Sauni berkata, pelakon tersebut tidak diancam semasa menunjukkan bahan itu kepada anggota polis yang membuat serbuan.

Sehubungan itu, beliau menerima perkataan 'ada' yang disebut Benjy ketika ditanya oleh pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Mohd. Ashril Md. Johar mengenai bahan salah ketika serbuan itu menunjukkan kerelaan pelakon tersebut.

Pada 19 Ogos tahun lalu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy memohon supaya diadakan bicara dalam bicara bagi menentukan kerelaan pelakon itu menyebut perkataan 'ada' bagi merujuk soalan Mohd. Ashril mengenai barang salah di rumahnya di Menara Duta 2 di sini.

Hafizza kemudian membenarkan permohonan Amer dan menetapkan ia dijalankan dengan pihak pendakwaan memanggil tiga saksi anggota polis manakala Benjy dipanggil oleh pihak pembelaan.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI