Farah AF akan berkahwin J akhir tahun

Wednesday, April 13, 2011

Setelah mengikat tali pertunangan bersama lelaki bernama J pada bulan Disember tahun lalu, penyanyi dan pengacara Farah Anuar atau Farah AF menjelaskan dia bakal mengakhiri zaman bujangnya pada penghujung tahun ini.


Masih belum memutuskan tarikh pernikahannya, namun kata Farah AF, ia akan ditentukan sedikit masa lagi.

"Tarikh belum ditentukan lagi, mungkin kedua ibu bapa kami yang akan tentukan kelak. Cuma harapan saya biarlah tarikh bersejarah itu dapat dihadiri oleh insan-insan yang saya sayangi seperti nenek-nenek saya.

"Maklumlah mereka ini semua dah tak berapa sihat jadi itu yang paling saya risaukan. Doa saya semoga mereka dapat hadir di majlis tersebut," katanya membuka bicara mengenai majlis perkahwinannya tersebut.

Sudah mula sibuk mencari kelengkapan dan persiapan perkahwinannya, bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kedua ini, mengakui teruja bercampur risau untuk menantikan detik bersejarah dalam hidupnya itu.

"Saya sangat sibuk kini namun sudah mula mencari-cari kelengkapan yang perlu. Tapi yang sangat terujaadalah kedua-dua orang tua saya. Mereka yang bertungkus lumus mahukan itu dan ini. Mereka pilih apa saja dan saya tak ada masalah untuk terima cuma kadang kala bertukar-tukar pendapat sahaja,"jelasnya lagi kepada murai.com.my.

Ditanya mengenai perkenalannya bersama J yang juga mengusahakan perniagaan sendiri, dalam tersenyum malu, Farah menjelaskan segalanya berlaku secara tidak sengaja.

"Kami bertemu secara tak sengaja. Terserempak sebenarnya dan lokasi di mana kami terserempak tu biarlah ianya menjadi rahsia. Lama-lama bila dah berkawan saya semakin senang dengannya.

"Dia amat memahami memandangkan kami ini bercinta jarak jauh sebab saya di Kuala Lumpur dan dia pula di Pulau Pinang, tapi sikap saling mempercayai antara satu sama lain banyak membantu membina hubungan ini jadi kukuh dan sempurna," katanya yang tidak mempunyai masalah untuk menetap di Pulau Pinang selepas berkahwin.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI