Filem Titanic ditayang semula dalam bentuk 3D

Thursday, May 26, 2011

Filem arahan James Cameron,Titanic berjaya mencapai kutipan pecah panggung terhebat dan muncul filem paling lama ditayangkan di pawagam.

Kepada mereka yang begitu menggemari kisah cinta penuh tragik ini, Paramount Pictures, Twentieth Century Fox dan Lightstorm Entertainment mengumumkan filem Titanic akan ditayangkan semula dan kali ini dalam versi 3D. Filem itu akan ditayangkan di seluruh dunia pada 6 April 2012, sempena sambutan ulang tahun ke-100 kapal Titanic berlayar.

Cameron berkata, filem arahan dan tulisannya ini menjadi lebih hebat apabila ia dipindahkan kepada teknologi 3D.

"Dengan emosi yang sarat dan visual memukau, saya yakin filem ini akan memberi pengalaman baru kepada peminat baru dan lama," katanya.


Sementara itu ketika mengulas projek terbaru itu, Ketua Pegawai Eksekutif Fox Filmed Entertainment, Tom Rothman dan Pengerusinya, Jim Gianopulos berkata perhubungan yang terjalin selama 30 tahun bersama Cameron serta fenomena yang pernah dicetuskan Titanic membuatkan mereka terpanggil untuk menerbitkan semula filem itu.

"Bermula dengan filem Alien hinggalah Avatar, hubungan selama tiga dekad itu sering memberikan pulangan yang baik. Justeru, untuk meraikan hari bersejarah ini, kami mahu penonton generasi baru berkongsi perasaan gembira ini dengan menonton Titanic dalam versi 3D," kata mereka.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI