Kontrak Harussani sebagai mufti disambung 3 tahun lagi

Monday, May 16, 2011

Kontrak perkhidmatan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria disambung tiga tahun lagi atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Harussani, yang dilantik sebagai Mufti Perak pada 1985, berkata, kontrak beliau yang tamat pada 8 April lepas telah disambung untuk tiga tahun lagi berkuat kuasa 9 April dengan perkenan Sultan Perak.

"Pelantikan jawatan mufti di Perak adalah atas budi bicara Sultan Perak bukan kerana permohonan... saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan kerana umur saya sudah 72 tahun dan saya tak tahu apakah mungkin mampu lagi saya terus berkhidmat pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana diberikan penghormatan untuk terus memegang jawatan penting itu oleh Sultan Perak. – Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI