Sinopsis Cerekarama Aku Ingin Ke Syurga TV3
Aku Ingin Ke Syurga untuk slot Cerekarama di TV3 mengisahkan mengenai Hanafi, remaja yang tersasar jauh dari kehidupan biasa. Dia juga anak yang mementingkan diri sendiri kerana terpengaruh dengan rakan sebaya sehingga bersikap biadap terhadap ibunya, Rabiah.
Hanafi tidak dapat menerima hakikat kehidupan mereka yang agak susah dan seadanya. Seboleh-bolehnya dia mahu ibunya menyediakan apa saja kehendak dan keperluannya tanpa mengira bagaimana cara sekalipun untuk mendapatkannya.
Suatu hari dia melarikan diri dari kampung kerana menyangka dia membunuh ibunya secara tidak sengaja ketika bergelut memaksa ibunya mengikut dia ke bandar untuk mengeluarkan simpanan ibunya bagi membeli motosikal baru.
Hanafi asalnya seorang anak yang baik. Cuma dia berubah setelah berlaku tragedi buruk dalam keluarga. Beberapa tahun sebelum itu, rumah mereka terbakar. Hanafi berjaya menyelamatkan adik-beradik dan ibu kecuali ayahnya. Ayahnya meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan ibunya.
Hanafi tidak berapa rapat dengan ayahnya kerana ayahnya seorang yang panas baran dan suka memukul apabila marah. Kadang-kadang dia lebih suka ayahnya mati daripada berdepan dengan kebengisan ayahnya setiap hari.
Namun kematian ayahnya mewujudkan dilema baru dalam hidupnya.
Benci dan marah serta rasa bersalah berbaur menjadi satu. Mulai hari itu, dia mula berubah, bercampur dengan budak-budak liar sebagai pelarian daripada perasaan yang bercelaru itu.
Hanafi meneruskan kehidupannya di bandar dengan pelbagai kegiatan haram. Kehidupannya bergelumang dosa. Bermula sebagai kaki ragut kemudian terbabit dengan kegiatan samseng yang kemudiannya terseret dengan sindiket pelacuran.
Selama 15 tahun dia bergelumang dengan kejahatan dan kemaksiatan. Selama itu jugalah ibunya tidak pernah putus berdoa agar dia selamat dan akan kembali ke pangkal jalan.
Kehidupan Hanafi berubah apabila dia mula batuk serta sakit-sakit dan tubuhnya mulai ditumbuhi kudis. Suatu hari, pertama kali dalam hidupnya, suara azan yang selama ini tidak dipedulikan bergema dari masjid berhampiran kediamannya, menggamit keinsafannya sehingga mengalirkan air mata. Apakah kesudahan nasib Hanafi? Apakah dia akan diterima baik oleh ibu dan adik-adiknya?
JUDUL: Aku Ingin Ke Syurga
TERBITAN: Enuja Production Sdn Bhd
PENERBIT: Zainuddin Mohd Ismail
PENGARAH: Heykal Hanifah
PENOLONG PENGARAH & KESINAMBUNGAN: Eeon Shuhaini
PERALATAN: Mohd Ghazali Kushairi
PEMBANTU PERALATAN: Mohd Rosdi Razak
SOLEKAN: Tona Nordin
PENGURUS PRODUKSI: Zalle Jainan
PEMBANTU PRODUKSI: Rohanizi Rejab
JURUKAMERA: Mohd Jufri Ayob
PEMBANTU JURUKAMERA: Irwan Saiful Hisham Che Soda
JURULAMPU: Mat Fazli Kamaruddin
PEMBANTU JURULAMPU: Rozailan Zakaria
JURUAUDIO: Mohd Sany A Samah
PEMBANTU AM: Mohd Ishak Mohd Ismail
AKAUN: Shahira Nashriq Rahmat
PELAKON: Zamarul Hisham, Mak Engku (Ku Faridah Ku Shafie), Almy Nadia dan Nazim Othman
Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.
2 Komen:
cite ni mmg sedap & bermakna....suka sgt2....
Tapi ade sesape taw tak lagu nasyid yang dimainkan time Pak Imam tgh mandi mayat Hanafi tu ape tajuk lagu & sape penyanyi lagu tu?
LAGU HADAD ALWI - SATU BINTANG...sayu sangat...
Post a Comment