Ariel Peterpan dibebas 23 Oktober

Sunday, October 17, 2010

Bekas penyanyi kumpulan pop Peterpan, Ariel alias Nazriel Irham akan dibebaskan minggu depan selepas 120 hari ditahan di penjara polis.



Jurucakap polis kebangsaan, Marwoto Soeto berkata, penahanan Ariel secara rasminya akan tamat pada 23 Oktober ini.

"Penyiasat tidak lagi mempunyai hak untuk menahannya," kata Marwoto yang dipetik oleh Tempointeraktif.com.

Dia bagaimanapun masih lagi perlu melaporkan diri secara berkala kepada polis sehingga perbicaraan.

Ariel menjadi suspek kes video lucah bersama kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari.

Skandal itu buat pertama kalinya didedahkan pada Jun lalu. - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI