Penjaga kunci gunung berapi itu Mbah Madrijan turut maut

Thursday, October 28, 2010

Mbah Madrijan,penjaga kunci gunung berapi itu turut maut dalam benacana letusan Gunung Merapi di Sleman.

Madrijan ditemui meninggal dunia dalam keadaan sujud menghadap kiblat di dalam bilik di rumahnya yang terletak kira-kira 4 kilometer dari gunung berkenaan.

Madrijan, 83, sebelum ini berkeras tidak mahu meninggalkan gunung berkenaan walaupun pihak berkuasa mengarahkan penduduk sekitar 10 kilometer (km) berpindah.

Dalam kejadian yang sama tahun 2006, Madrijan juga terus berada di rumahnya dan terselamat menyebabkan dia menjadi ikon kepada penduduk Indonesia kerana keberaniannya dan diambil berlakon dalam iklan minuman pemberi tenaga

Seorang wartawan tempatan, Yuniawan Nugroho turut terbunuh ketika dikatakan pergi ke rumah Madrijan bagi memujuknya turun.

Kebanyakan mangsa yang terkorban yang tinggal sekitar rumah lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan kerohanian dengan gunung berkenaan.

Mayat Maridjan disahkan identitinya berdasarkan bentuk ibu jari tangannya yang bengkok, pakaian dan ujian DNA.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI