Sinopsis Drama Ulek Mayang TV3
Ulek Mayang mengisahkan Ali lakonan Fezrul sebagai nelayan yang sering diganggu dengan bayangan puteri di persisiran pantai.
Bagaimanapun, Ali hanya mendengar suara gurau senda, tetapi tidak pernah melihat wajah puteri itu.
Semakin hari, bayangan puteri itu semakin menghantui Ali. Justeru, Ali sering ke pantai untuk mencari puteri itu. Malah, dia dapat merasa kehadiran puteri di dalam mimpi kerana bilik tidurnya mula berbau wangi.
Melihatkan keadaan Ali, ibunya, Mariam (Mariani) semakin risau kerana anaknya seperti orang angau.
Sebenarnya, Ali pernah bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein) dan sejak itu Ali selalu menyeru nama Puteri Mayang Sari. Kali pertama bertentang mata mereka terus jatuh cinta.
Namun, pada masa sama Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) juga menyimpan perasaan terhadap Ali. Jadi, dia cuba mengabui mata manusia supaya melihat Mayang Sari sebagai 'hantu.'
Drama bermula hari ini, Isnin penonton setia TV3 akan berpeluang menyaksikan drama Ulek Mayang arahan pengarah berkaliber, Rashid Sibir menghiasi slot Lagenda yang ke udara setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang.
Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.
Drama Ulek Mayang TV3
Entri Lain
- Sinopsis Cicakman 3 (Synopsis)
- Teman Lelaki Upahan Sinopsis - kisah gadis bongkak
- Sinopsis Istikharah Cinta, drama slot Akasia TV3
- Sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan (Akasia TV3)
- Sinopsis Paku lakonan Aishah Ilias dan Johan
- Sinopsis Miranda lakonan Dazrin dan Fasha
- Sinopsis filem Balistik + Official Video
- Balistik Sinopsis - Filem lakonan Rosyam Nor
- Sinopsis The Stolen Years + Official Trailer Video
- Sinopsis Thor: The Dark World + Trailer Video
Permalink: Drama Ulek Mayang TV3
Categories Sinopsis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment