LANGKAWI BUSKERS FESTIVAL 2013
Tarikh: 2nd & 3rd November 2013
Organizer: MALAYSIAN BUSKERS CLUB (MYBC)
LANGKAWI BUSKERS FESTIVAL 2013 (LBF 2013) adalah sebuah program berbentuk festival selama 2 hari yang akan dilangsungkan di Pulau Langkawi pada 2 dan 3 November ini. LBF 2013 adalah himpunan Resident Buskers dari Malaysian Buskers Club untuk membuat persembahan dan mempromosikan budaya persembahan jalanan dalam mempelbagai dan meningkatkan seni budaya negara. Seramai 100 peserta akan mengambil bahagian dalam program yang julung kali diadakan dan beberapa penghibur jalanan dari luar negara akan turut beraksi.
Antara penghibur jalanan yang diundang khas adalah Pengamen Cilik dari Indonesia iaitu Tegar, Nu Raggae Man dari Thailand, Mr Yuta Tanaka dari Jepun dan OAG dari Malaysia. Program ini akan menampilkan fenomena industri busking yang dibahagikan kepada 4 sesi iaitu Hello Langkawi, Musicians Clinic, Busking Sport dan Cenang Nite.
Secara khususnya persembahan akan melibatkan kategori muzik jalanan, tarian jalanan, bakat semulajadi dan pelukis jalanan. Program ini telah mendapat kerjasama dan sokongan dari MOTAC, KPKT, Kerajaan Negeri Kedah, Sekretariat Visit Malaysia Year 2014 (VMY 2014), Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Festival ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YB Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan perasmian penutup oleh YB. Dato’ Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sememangnya industri busking harus terus dipersembahkan kepada umum kerana dapat dieksplorasikan ke arah pelbagai cabang.
Buskers mampu memainkan peranan besar dan penting ke arah menyumbang industri pelancongan. berobjektif, kreatif, gaya ceria, penampilan budaya, hiburan santai dan aktiviti sihat adalah ketrampilan yang bakal diolah dalam Langkawi Buskers Fest 2013. Program ini juga mampu menggamit panggilan menjelang Visit Malaysia Year 2014.

0 Komen:
Post a Comment