Kelab Putera 1Malaysia laksana misi kemanusiaan Taufan Haiyan

Tuesday, November 12, 2013

Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan menghantar seramai 38 sukarelawan ke Filipina bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Taufan Haiyan bermula esok hingga Ahad ini.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kumpulan berkenaan terdiri daripada 11 doktor, 15 petugas media dan 12 sukarelawan daripada KP1M.

“Sebanyak 11 tan barangan keperluan asas seperti makanan dan pakaian serta tiga tan ubat-ubatan, peralatan hospital serta bantuan kemanusiaan lain akan dibawa ke sana.

“Kesemua barangan itu akan diagihkan kepada kira-kira 5,000 buah keluarga di empat wilayah yang terjejas teruk akibat Taufan Haiyan iaitu di Cebu, Tacloban, Ilo-Ilo dan Tagbilaran," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI