Ekspo 100 Peranti Rahsia Doraemon

Friday, November 15, 2013

Ekspo 100 Peranti Rahsia Doraemon akan diadakan bermula 14 Disember 2013 sehingga 31 Mac 2014 di Viva Home Expo Hall, Kuala Lumpur bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Tiket boleh didapati bermula 30 November ini dengan harga RM25 bagi dewasa, RM15 bagi kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun manakala kanak-kanak berumur tiga tahun ke bawah dan warga emas masuk secara percuma.

700,000 pengunjung dijangka melawat Ekspo 100 Peranti Rahsia Doraemon yang julung kali diadakan di Malaysia dan Asia Tenggara.


Pengarah Animation International (M) Sdn Bhd Steve Chow berkata, RM8 juta dilaburkan bagi menjayakan ekspo itu yang akan mempamerkan animasi terkenal Doraemon serta gajet yang sering digunakan watak itu dalam kartun bersiri Doraemon seperti mesin masa, kain magis dan pelbagai lagi.

“Dari segi promosi, kami akan memulakan pengiklanan melalui televisyen, radio, surat khabar dan medium lain.

“Saya berharap ekspo ini bukan sahaja menarik minat rakyat Malaysia terutamanya penggemar Doraemon tetapi mampu menarik peminat Doraemon dari  Singapura, Indonesia, Thailand,” katanya.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI