Peluang menyanyi dan menari bersama Hi-5

Friday, November 01, 2013

Berdasarkan sambutan diberikan di laman Facebook Dumex Mamil, boleh dikatakan golongan kanak-kanak dan ibu di negara ini memang meminati kumpulan Hi-5.

Justeru, untuk tidak menghampakan peminat mereka, jenama terkenal itu bakal membawa kumpulan muzik kanak-kanak dari Australia berkenaan ke Malaysia untuk menghiburkan mereka.

Peminat cilik di negara ini bukan saja dapat menikmati persembahan secara langsung kumpulan ini pada 27 Disember nanti, malah mereka juga boleh mempelajari kepentingan diet seimbang dengan cara yang menyeronokkan.

Lebih menarik, pencarian bakat secara online juga akan diadakan bagi memberi peluang kepada lima kanak-kanak bertuah untuk melakukan persembahan bersama mereka di atas pentas.

Pengarah Urusan Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd, Connie Ang berkata, Hi-5 ialah pilihan yang tepat untuk menyemarakkan minat dan semangat kanak-kanak mengenai nutrisi makanan.

"Kami berharap, dengan melihat sendiri idola mereka, golongan peminat muda ini dapat mengamalkan pemakanan yang betul, malah ia akan memberi ilham dan menggalakkan kanak-kanak memulakan tabiat pengambilan diet seimbang.

"Aktiviti ini adalah antara rancangan kami untuk menjadikan pendidikan mengenai kepentingan lima kumpulan makanan dan nutrisi kanak-kanak sebagai topik yang menghiburkan, melalui kempen Give Me 5," kata Connie.

Video didik peminat kecil

Sebahagian daripada kerjasama bersama Hi-5 pula ialah penghasilan video pendidikan eksklusif bagi menyampaikan pesanan penting mengenai lima kumpulan makanan dan juga lagu istimewa 5 Food Groups yang bakal dipersembahkan pada konsert terbabit.

Lagu yang menceritakan mengenai lima kumpulan makanan iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat, protein, susu dan lemak itu membolehkan kanak-kanak mempelajari mengenai nutrisi secara interaktif.

Justeru, untuk memenangi tiket ke konsert berkenaan, ibu bapa dan kanak-kanak hanya perlu menyertai peraduan yang dianjurkan, iaitu dengan membeli mana-mana pek Dumex Mamil All `n One dan jawab soalan mudah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Peminat yang menghantar jawapan betul akan memenangi dua tiket percuma bernilai RM200.

Peraduan istimewa ini berlangsung dari 28 Oktober hingga 24 November depan.

Peluang menyanyi bersama Hi-5

Pada masa yang sama, jenama terbabit turut memulakan pencarian bakat muda di seluruh negara, bagi membolehkan mereka membuat persembahan di atas pentas bersama kumpulan muzik pop kegemaran mereka itu.

Bagi kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 10 tahun yang berminat untuk menyertainya, mereka boleh berbuat demikian dengan merakam video pendek mempersembahkan lagu dan tarian 5 Food Groups dan memuatnaik video terbabit ke laman Facebook Dumex Mamil.

Seterusnya, lima video paling menarik akan dipilih dan pemenang berpeluang menyanyi dan menari bersama Hi-5 pada 27 Disember nanti. Maklumat lanjut mengenai peraduan boleh didapati di laman Facebook Mamil atau menerusi talian pelanggan Danone Dumex di 1800381038.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI