Villa Nabila tersenarai lokasi berhantu dalam Expedia

Tuesday, November 19, 2013

Villa Nabila tersenarai lokasi berhantu dalam Expedia

Rumah berhantu Villa Nabila
Banglo lama yang terbiar, Villa Nabila terletak di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini, disenaraikan antara lokasi berhantu oleh sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.

Banglo itu dikaitkan dengan cerita mistik yang dikatakan berlaku sekitar 40 tahun lalu.

Terdapat beberapa versi antaranya kes pembunuhan yang berlaku dalam kalangan keluarga berada yang tinggal di banglo berkenaan.

Keluarga terbabit memiliki anak bernama Nabila yang turut mewarisi harta peninggalan bapanya.

Bagaimanapun, ibu tirinya dikatakan cemburu dan membunuh Nabila serta menanam mayatnya di dinding sebelum melarikan diri bersama harta terbabit.

Antara kepercayaan karut di sekitar kawasan itu adalah bilangan pelawat yang mahu memasuki rumah berkenaan mestilah dalam nombor genap.

Sekiranya bilangan melawat dalam nombor ganjil, terdapat 'individu lain' dalam kumpulan itu apabila mereka meninggalkan banglo berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Penilaian Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Azmi Miswan berkata, kediaman itu berstatus pegangan bebas.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI