Remaja 17 tahun larikan Nissan Grand Livina, rempuh lori tanah

Wednesday, November 06, 2013

Seorang remaja berusia 17 tahun bertindak gila apabila melarikan sebuah Nissan Grand Livina yang masih ada penumpang di dalamnya sebelum merempuh lori muatan tanah dan kemudian merampas pula sebuah Perodua Myvi yang dinaiki satu keluarga dalam drama rampasan kenderaan selama kira-kira dua jam, petang kelmarin.

Difahamkan remaja terbabit sebelum itu cuba merampas kunci sebuah Proton Pesona di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil, Hulu Terengganu tetapi dihalang pemilik kenderaan itu.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang kelmarin, suspek dikatakan tiba-tiba memasuki Nissan Grand Livina terbabit dan memecut laju menghala ke arah Kuantan selepas pemilik kenderaan itu bersama isterinya keluar untuk membuang air kecil di tandas R&R berkenaan.

Ketika kejadian, kenderaan berkenaan mempunyai penumpang iaitu pasangan Pirhat Karim, 34, dan isteri, Che Mastura Che Awang, 31, serta bayi lelaki mereka Muhammad Asyrat Ikhwan, sembilan bulan.


Difahamkan, pemilik kenderaan iaitu adik ipar mangsa yang juga anggota polis berusia 20-an, bergegas ke Balai Polis Ajil untuk membuat laporan apabila menyedari kejadian berkenaan. ~ Metro


0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI