Peraduan Go Gourmet with Carnation

Friday, November 01, 2013

Peraduan Go Gourmet with Carnation

Minum susu amat digalakkan sebagai antara diet seimbang mengikut piramid makanan. Bagaimanapun, pemilihan susu juga perlu bijak kerana sesetengahnya mengandungi gula dan lemak yang tinggi hingga boleh menjejaskan kesihatan.

Krimer adalah pilihan susu rendah lemak dipilih sebagai pengganti susu pekat manis. Boleh digunakan untuk membuat minuman dan menjadi penambah rasa dalam kopi, teh, coklat dan sebagainya, ia juga kini banyak dimanfaatkan dalam kreativiti memasak.

Menjanjikan kenakan pada campuran minuman atau makanan, jenama krimer tidak asing lagi, Carnation kini tampil mendekati penggemarnya menerusi peraduan Go Gourmet with Carnation.

Menawarkan pelbagai hadiah menarik, peserta hanya perlu menghantar dua label krimer sejat Carnation bersama borang penyertaan dan jawapan ditetapkan untuk peluang membawa pulang pakej percutian ke Korea bersama dua orang dan hadiah lumayan lain.

Buku resipi menarik

Menjadi kepercayaan dalam kalangan peminatnya, sejak empat tahun lalu, Carnation sudah bergabung tenaga dengan chef terkenal, Amy Beh untuk menyajikan pelbagai masakan enak dengan mempelbagaikan kegunaan krimer Sejat Carnation.

Kini, penggemarnya boleh mengumpul resipi menarik menerusi Buku Masakan Edisi Terhad.

Sementara itu, untuk menyemarakkan lagi seisi keluarga memasak menggunakan produk itu, bengkel memasak bertemakan Kit chen Secrets turut dianjurkan di seluruh Semenanjung Malaysia bermula Mei hingga September lalu.

Selain itu, kelembutan tekstur krim, rasa dan aroma krimer itu menyelerakan, krimer sejat Carnation juga sesuai untuk menyediakan juadah dan manisan. Ia juga pilihan alternatif makanan sihat untuk pelbagai masakan.

Terkenal dalam kalangan peminat mi kari kepala ikan kerana mampu menjad ikan masakan menambat selera, krim itu juga enak digunakan untuk tambahan sup berkrim, telur dadar dan sos berkrim.

Contest Period :
15th September till 30th November 2013

Link website: http://www.fndairies.com/Carnation-Go-Gourmet-Contest.html

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI