KUKUBESI (Muhammad Fazli Ab Latif) kongsi ilmu

Wednesday, November 13, 2013

KUKUBESI atau Muhammad Fazli Ab Latif, adalah nama tidak asing lagi bagi penggiat seni fotografi tanah air.

Dia mempunyai kelompok peminat setia yang menggelarnya Raja Grafik kerana minat menghasilkan karya seni dengan mengaplikasikan kreativiti foto manipulasi.

KUKUBESI adalah dipilih kerana ia mudah disebut dan diingati dan kemuncak kejayaannya apabila dia dijemput KRU Studio menghasilkan poster filem Hikayat Merong Mahawangsa yang diiktiraf poster filem terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 pada November 2011.

KUKUBESI adalah graduan dari Kolej Cosmopoint yang menjadi kolej bersekutu Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC).

Walaupun menempah kejayaan dan dikenali ramai, KUKUBESI masih mengekalkan sifat rendah diri dan pemurah berkongsi ilmu.

Menyedari hakikat ini, KLMUC melantik KUKUBESI Ikon Seni Reka Grafik bagi membimbing pelajar.

"Saya akan memastikan pelajar KLMUC mendapat ilmu terkini dalam industri di Malaysia agar mereka lebih yakin menempuh alam pekerjaan kelak," katanya.

Pada sesi bertemu pelajar tahun akhir, baru-baru ini KUKUBESI berpeluang melihat dan menilai hasil kerja projek akhir pelajar selain berkongsi pendapat dan tunjuk ajar.

Pelajar tahun akhir kursus Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik, Nursurainie Mohamed Shateri berkata dia teruja dengan tunjuk ajar diperoleh.

"Pengalaman diperoleh ini sangat berharga kerana dapat berkongsi pendapat dengan KUKUBESI yang menempa kejayaan dalam industri.

"Malah, perkongsian ini boleh membantu saya dan rakan - rakan mengembangkan kemahiran sedia ada," katanya.

Konsep Ikon KLMUC adalah bertujuan mendedahkan pelajar kepada realiti dunia sebenar melalui perkongsian ilmu dan pengalaman bersama ikon kerana di KLMUC pelajar dilatih di bawah falsafah institusi iaitu `Praktis Dunia Sebenar'.

Pelajar boleh memilih pelbagai jenis kursus di dalam kurikulum 50 program KLMUC iaitu Fakulti Bahasa & Komunikasi, Fakulti Seni dan Rekaan, Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Fakulti Perniagaan & Pengurusan, Fakulti Hospitaliti & Pelancongan, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Persekitaran Binaan.

Pengambilan pelajar baru untuk sesi November 2013 kini dibuka. Sebaik mendaftar, pelajar akan menerima bantuan kewangan bernilai RM4,000 untuk memenuhi keperluan pendidikan mereka.

Manfaat bantuan kewangan ini diberikan kepada semua pelajar yang berdaftar sebelum 30 November 2013. Ia tertakluk kepada terma dan syarat.

KLMUC adalah institusi pengajian tinggi di bawah portfolio pendidikan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) membabitkan lima institusi pendidikan terkemuka di Malaysia.

Sejak dimiliki Ekuinas, KLMUC sentiasa memberi fokus kepada mempertingkatkan tahap pendidikan pelajar dengan menawarkan pengajian tinggi berkualiti dengan kos pendidikan berpatutan.

Layari laman web di www.klmu.edu.my atau hubungi 1800-88-5568 atau hantar SMS kepada KLMUC melalui KLMUC MAGN NAMA NEGERI ke 36600 untuk maklumat lanjut.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI