Drama bersiri Di Sebalik Tirai Besi TV2 bermula 18 Oktober

Monday, October 18, 2010

Drama bersiri Di Sebalik Tirai Besi TV2 mengisahkan kehidupan pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara ketika berdepan pelbagai masalah termasuk yang dicetuskan banduan adalah paparan menarik dalam drama bersiri, Di Sebalik Tirai Besi terbitan MDAG Marketing Sdn Bhd.

Drama bersiri 13 episod arahan Jamal Khan ini diterajui Zizan Nin, Nasir Bilal Khan dan Sheera Iskandar.

Barisan pelakon yang turut menjayakan cerita ini ialah Haryanto Hassan, Adam Corrie, Melissa Saila, Fauziah Nawi, Liza Shadan, Khairil Anuar, Tony Eusoff, Kenji Sawahi, Jesse Lim, Janet Khoo dan Raissudin Hamzah.

Drama bersiri Di Sebalik Tirai Besi akan menemui penonton saluran TV2 bermula hari ini, 18 Oktober.



0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI