Penyanyi popular, Celine Dion selamat melahirkan anak kembar lelakinya yang juga anak kedua dan ketiganya semalam, lapor majalah People.
Menurut jurucakapnya, penyanyi kelahiran Kanada yang berumur 42 tahun itu melahirkan anak kembarnya di Pusat Perubatan St. Mary di Palm Beach Barat, Florida pada pukul 11.11 pagi dan 11.12 pagi waktu tempatan.
"Celine, Rene (suami) dan anak mereka Rene Charles begitu gembira," kata jurucakap Dion dalam majalah People edisi dalam talian.
Rene Charles yang merupakan anak sulung pasangan itu, kini berumur sembilan tahun.
Kehamilan ini adalah percubaan keenam Dion dalam kaedah persenyawaan in-vitro.
Menurut wakil penyanyi itu lagi, bayi lelaki kembar tersebut ketika ini sihat namun terpaksa diletakkan di dalam inkubator kerana dilahirkan tidak cukup umur.
Pasangan itu masih belum memutuskan nama yang akan diberikan kepada bayi baru mereka.
Dion, pemenang lima kali anugerah Grammy, berharap akan kembali ke Nevada, Las Vegas pada Mac depan bagi memulakan kontrak tiga tahunnya di Caesers Palace. - AFP
0 Komen:
Post a Comment