Estet atau Magika Filem Terbaik FFM23 ?

Saturday, October 23, 2010



SENARAI pendek atau Top 5 kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik tidak dikeluarkan oleh pihak penganjur Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) pada tahun ini.

Ia bukan pertama kali berlaku dalam sejarah penganjuran FFM. Malah, secara tidak langsung ia juga menyulitkan sedikit perkiraan para peramal dalam meneka calon atau pemenang bagi dua kategori utama dalam Anugerah Perdana pesta filem itu.

Festival filem berprestij anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) itu akan berlangsung pada 24 Oktober (malam esok) di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor mulai pukul 8 malam.

Klimaks pada Malam Kemuncak FFM23 itu juga nanti tentunya bagi kategori Filem Terbaik yang menawarkan hadiah berupa trofi dan wang tunai RM50,000 kepada penerbit filem tersebut.
Banyak petunjuk yang boleh meramalkan filem cereka manakah yang akan diangkat sebagai Filem Terbaik pada festival kali ini. Ia antaranya berdasarkan pencalonan dan kategori-kategori yang telah dimenangi oleh filem terbabit menerusi Anugerah Cipta FFM23 Rabu lalu.

Setakat ini, filem Magika dan Estet memperlihatkan petanda cerah untuk salah satu daripadanya mengungguli pesta filem yang diiktiraf kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu.

Magika contohnya, terlebih dahulu mengungguli kategori Penataan Seni Terbaik di mana kategori ini sedikit sebanyak menyumbang kepada gaya persembahan yang menarik dalam sesebuah filem.

Pengarah Magika, Edry Abdul Halim juga merangkul kategori Pengarah Harapan menerusi filem arahannya itu. Di sini panel juri boleh dikatakan agak ‘nakal’ kerana memberikan ‘kemenangan awal’ itu kepada Edry.
Secara psikologinya, ia secara tidak langsung ‘boleh menidakkan’ peluang anggota KRU itu untuk terus mara termasuklah memenangi kategori Pengarah Terbaik atau Filem Terbaik pada festival tersebut.

Alasannya mudah sahaja. Mana mungkin Edry yang merupakan pengarah baru dan Magika pula filem pertama arahannya melangkaui pengarah-pengarah lain yang lebih berpengalaman terutamanya Mamat Khalid?

Selain itu, panel juri yang diketuai oleh Tan Sri Kamarul Ariffin Yassin tentunya akan mendapat banyak kritikan kalau Edry diangkat sebagai Pengarah Terbaik selepas dia Rabu lalu telahpun mengungguli kategori Pengarah Harapan.

Tanpa adanya kemenangan Pengarah Terbaik menerusi Magika, berapa banyak lagikah ruang untuk filem itu bagi melayakkannya diangkat sebagai Filem Terbaik?

Cabaran dan persoalan buat juri di sini ialah, adakah Pengarah Terbaik mampu mengangkat filem arahannya muncul sebagai Filem Terbaik?



Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI