Syamsul Menang Pengarah Terbaik

Monday, October 25, 2010

Pertama kali dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Anugerah Pengarah Terbaik dimenangi oleh pengarah muda, Syamsul Yusof, menerusi filem Evolusi KL Drift pada FFM23, yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, Ahad.



Syamsul mengalahkan saingan terdekatnya iaitu Mohd Khalid (Estet), Jason Chong (Belukar), Edry Abdul Halim (Magika) sekali gus menerima sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM20,000.

Menurut Syamsul dia tidak menjangkakan kemenangan tersebut kerana saingannya merupakan pengarah-pengarah hebat dalam industri perfileman tempatan.

"Saya bersyukur atas kemenangan ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada ayah saya, Datuk Yusof Haslam yang banyak mengajar saya. Rasanya, kalau dia tidak paksa, saya tak mungkin meraih kejayaan ini,' katanya.


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI