Pengaruh black metal di kalangan remaja

Monday, October 25, 2010

REMAJA merupakan individu yang berumur antara 13 hingga 20 tahun. Ia merupakan peringkat antara alam kanak-kanak dengan alam dewasa.

Pada ketika ini, berlaku proses perubahan besar dari aspek fizikal, kognitif dan sosial selain kematangan seksual lebih ketara dan mencabar dalam peringkat peralihan ini.

Mengapa remaja terlibat?

# Terdorong inginkan keseronokan

# Pengalaman baru

# Suka-suka

# Unik

# Cabaran baru

# Kaitkan dengan minat genre muzik

# Mencari keyakinan diri

# Tingkatkan tahap kendiri

Black metal

Black Metal ditakrifkan kepada pelbagai penaksiran antaranya ialah black dan metal bermaksud hitam dan logam. Haris M. Berger dari universiti Indiana menakrifkan muzik metal sebagai muzik yang menggunakan gitar yang diubah dan mempamerkan kepandaian pemain secara individu dan bentuk muzik lagunya adalah kompleks.



Metal pula mempunyai pelbagai genre atau aliran muzik di dalamnya. Antaranya genre yang paling utama adalah Proto Metal, Heavy Metal, Doom Metal, Power Metal, Speed Metal, Death Metal, Progressive Metal dan Black Metal.

Istilah black yang digunakan dalam ungkapan ini difahamkan berasal dari asas ajaran Satanism di mana setiap dogma atau amalan yang diajar dalam setiap doktrin Satanism mestilah berbeza 100 peratus dengan doktrin yang hampir serupa dengan agama Kristian dan lain-lain agama.

Oleh yang demikian, mass di dalam gereja Katolik Rom disongsangkan perlaksanaannya sebagai Black

Metal Mass di dalam ajaran Satanism. Manakala Pope menjadi Black Pope dan muziknya dipanggil Black Metal.

Black Metal ditarifkan sebagai kumpulan muzik yang mengadakan persembahan separuh gila, menggunakan senikata yang tidak difahami dan berunsur lucah dan kesyaitanan serta berpakaian ala syaitan dan hantu, seni katanya juga menjurus ke arah pemujaan iblis dan roh.

Sejarah penubuhan

Genre muzik Black Metal bermula dalam tiga peringkat fasa mengikut perubahan masa dan aliran kefahaman mereka yang terlibat.

Metal fasa pertama berkembang di sekitar tahun 1969 hingga 1983.

Fasa kedua bermula pada 1983 hingga 1988 yang bergerak selari dengan Perang Dingin. Ketika itu, Ideologi Black Metal dipengaruhi oleh budaya konsumer pada era 80-an.

Budaya konsumer ini memberi pengaruh kepada struktur konvensional kepada Speed Metal yang menjurus kepada nihilistik.

Fasa ketiga bermula pada 1988 hingga sekarang. Pada latar sejarahnya, ketika itu adalah era pasca-Perang Dingin yang penuh dengan kebosanan.

Bagaimana beroperasi

Pergerakan Black Metal dipengaruhi oleh Inner Circle yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa sahabatnya. Ia bermula di bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell).

Lokasi tersebut turut mempunyai studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan beberapa kumpulan muzik lain yang terikat dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence Productions.

Mereka merakam lagu-lagu yang berunsur anti ketuhanan di lakasi tersebut. Matlamat yang dinyatakan bagi Deathlike Silence merupakan “menerbitkan rekod oleh kumpulan pemuzik yang merupakan kebangkitan kejahatan dalam bentuk paling sempurna”.

Bagaimana tersebar

Black Metal tersebar melalui lirik lagu yang dicipta bagi tujuan menarik minat remaja agar memuja syaitan. Lirik-lirik lagu yang dicipta adalah berunsur kematian, anti-Tuhan, kebangkitan kembali dan penentangan.

Subjek bagi lirik yang terkandung dalam muzik mereka adalah darah, kematian, keganasan, kehidupan selepas mati dan banyak lagi.

Kumpulan Black Metal Barat yang paling ekstrem serta membawa fahaman kesyaitanan adalah seperti Mayhem, Burzum dan Immortal (Norway), Katatonia (Sweden) dan Thou ArtLord (Greece).


Oleh DR. KHAIDZIR ISMAIL


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI