Almarhum Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah diputerakan pada 28 Disember 1958 di Pulau Pinang. Almarhum merupakan putera kedua dan anakanda ketiga Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Raja Yong Sofia.
Adik-beradik Raja Ashman:
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja (Dr) Nazrin Shah
Yang Amat Mulia Raja Datuk Seri Azureen
Yang Amat Mulia Allahyarham Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ashman Shah
Yang Amat Mulia Raja Datuk Seri Eleena
Yang Amat Mulia Raja Datuk Seri Yong Sofia.
Baginda telah berkahwin dengan Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin pada 26 September 1991 dan dikurniakan seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah, 18, serta dua puteri Raja Eminah Alliyah, 20, dan Raja Bainunisa Safia, 17.
Raja Ashram dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010.
Di kalangan rakyat jelata, Raja Ashman dikenali sebagai putera raja bersifat mesra rakyat dan merendah diri.
Baginda memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of Nottingham, Britain pada 1981 diikuti Diploma Pentadbiran Undang-Undang Perniagaan University of London serta Sarjana Undang-Undang dari Cambridge University pada 1985.
Raja Ashman juga memegang Ijazah (permission of investure) dalam Naqshbandiya Haqqaniya Order of Sufism dari Shaykh as-Sayyid Muhammad Nazim Adil al-Haqqani iaitu Grand Mufti dari Cyprus dan Imam of the Naqshbandiya-Haqqaniya Order of Sufism.
Sepanjang hayat Almarhum aktif dalam sektor korporat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat antaranya Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KKB Engineering Bhd dan Kian Joo Can Factory Bhd., Pengarah Eksekutif Kanzen Berhad, Pengerusi Dwitasik Sdn Bhd dan Pengarah Sanyo Industries Malaysia.
Raja Ashman penyokong setia pasukan hoki negara selain aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan terutama di bawah Yayasan Sultan Azlan Shah.
Pada 30 Mac 2012, Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah mangkat akibat serangan asma di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, kira-kira jam 1.30 pagi ketika usia 54 tahun.
Jenazah Almarhum dibawa pulang ke Kuala Kangsar dan ditempatkan di makan di raja Bukit Chandan.
0 Komen:
Post a Comment